Rabu, 1 Mei 2013

heee.. okeh lah .. buat blogger Ayie Abas yang tercari2 siapakah pelukis Komik Kucing dalam Bahasa Jawi ni.. ini untuk tatapan awak yea.. teman google n cari maklumat kejap tadi gak.. hee.. actually teman pun nak tau gak siapa pelukis sebenar.. ingatkan perempuan rupanya lelaki.. sorry tersalah bg maklumat plak kat FB tadi.. heeee... Ok.. moh lea kita baca sama2 yea.. buat peminat Komik Kucen dalam Bahasa Jawi boleh jea baca sekali entri ni.. komen sekali kalau udah baca yew.. nak baca entri sebelum ni tentang komik kucen yg lucu sila klik KOMIK KUCEN JAWI 1 
dan KOMIK KUCEN JAWI 2
Okeh lah Ayie? Camne? puas ati tak? heeee.. upah dua posen cepattt.. hu3.. gurau aje.. huargh.. ngantok.. pepe pun selamat membaca yea semua.. Ayie, harus baca sampai abes.. =P

Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu.
“Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.
Katanya, dia memilih Annur untuk menjadi watak penting kerana gadis itu seorang yang lemah-lembut dan sopan dalam tutur caranya.
Bagi menambah elemen humor di dalam komik itu, dia mencipta watak Meow dan Afi sebagai pelengkap jalan cerita.
“Kebetulan saya memang mengenali diri Annur dan keluarganya sejak dahulu lagi, secara tidak langsung ia memudahkan saya memahami dan menyelami kesemua watak-watak yang berada di dalamnya,” katanya.
Ujarnya, sebaik sahaja tersiar di Facebook, komik itu terus mendapat komen-komen positif daripada pembaca. Malah ia juga turut popular dalam kalangan pemilik-pemilik blog di negara ini.
Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya.
Sememangnya nampak ringkas sahaja kartun Annur dan Meow ini. Walaubagaimanapun telatah kucing tersebut berjaya menambat hati kita disamping boleh mempelajari tulisan jawi dan mengaplikasikannya. Sememangnya kartun yang baru popular ini ternyata diterima oleh semua lapisan masyarakat biarpun dalam tulisan jawi.

7 ulasan:

  1. as salamualaikum..tengkubutang :)

    wow..lengkap selengkap2nya...baiknya hati pencinta kucen nih...hehe

    terima kasih ya :)

    BalasPadam
  2. he3.. sama2.. berusaha memberi maklumat yg diperlukan.. =P

    BalasPadam
  3. nice sharing dear...aik..tukar lagi kulit?

    BalasPadam
  4. heeeeeee.. ni blog kucen teman farah.. x pnh tuko kulit lagi.. mmg ni kulit dia dari dulu.. heee.. =)

    BalasPadam
  5. Komik jawi yg comel mesti dapat tarik minat anak2 kecil membaca jawi

    BalasPadam
  6. yup.. betul tu err.. nak panggil apa ni yea.. ?

    BalasPadam
  7. assalam,

    salam ukhuwah dari bunda

    BalasPadam

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers