Tuesday, May 28, 2013

PERLAWANAN PAHANG VS JOHOR DITUNDA

Haiiiiiiiiiiiiiiiii.. haiiiiiiiiiiii.. haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Lama jugak teman x hupdate belog kucen teman ni kan.. hu3.. semua sebab terlalu bz dengan Official Blog teman SHARING MY CERITERA (kalau rajin, singgah2 lea yea.. (^__^).. he2 )..selalunya teman akan update blog ni kalau jumpa citer2/info2 terbaru tentang Kucen dan teman dah terjumpa citer terbaru untuk di share.. =) 

kali ni saja update belog yg ni sebab malam tadi dengar citer lawak tentang kucen.. hee.. ada dengar x org bising2 citer pasal kucen berak kat padang? ha2.. teman asyik terbaca jea komen2 org kat FB tentang kucen ni.. fuhyoo.. fofular pulak tucen ni bila dia buat 'persembahan' kat tengah padang malam tadi.. aish.. macam2.. hemm.. tapi disebalik gambar ni ada citer lain lagi.. bagi yang x tahu apa citer tu.. 
jom baca petikan berita dari KOSMO ni.. 
LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.
tiket palsu
Ia dikatakan berpunca daripada pengedaran tiket palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang mengaut keuntungan daripada perlawanan tersebut.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di kawasan trek stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula oleh anggota keselamatan.
Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit memasuki kawasan trek untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.
Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd. Johari Hussain, kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.
Disebabkan terlalu lama padang dikosongkan oleh pemain kedua-dua pasukan yang cemas dengan insiden itu, seekor kucing tiba-tiba memasuki kawasan tengah padang dan berak di situ sambil disambut dengan hilai ketawa para penonton di stadium.

Pada pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri kawasan trek kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.
Sebaik pengumuman itu dibuat, para pemain tuan rumah memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan.
Pasukan Johor DT dikatakan terlebih dahulu meninggalkan kawasan padang selepas penyokong tuan rumah bergerak memenuhi kawasan trek.
Keadaan bagaimanapun tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan objek keras ke kawasan padang.

Ekoran dibaling dengan objek keras, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.
Perbuatan berbaur provokasi oleh penyokong Johor DT itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah yang menyanyikan lagu 1Malaysia.
Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan malam tadi dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Malangnya, pengumuman tersebut tidak diterima baik oleh penyokong kedua-dua pasukan apabila masing-masingnya bertindak berlari ke tengah padang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.
Dalam insiden tersebut, dua penyokong Pahang terpaksa digari dan ditahan polis, manakala para penyokong lain bertindak memenuhi padang.
Kekecohan yang pertama kali berlaku di Pahang itu berlarutan sehingga pukul 11.30 malam sebelum diarah bersurai oleh polis.
Mohd. Jasmani Yusoff berkata, keadaan stadium melebihi kapasiti berpunca daripada tiga pintu masuk yang dipecahkan oleh para penyokong yang tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai tiket.
"Keadaan masih terkawal walaupun berlaku kekecohan akibat provokasi pihak-pihak tertentu.
"Polis tidak menahan mana-mana penyokong, tetapi hanya meleraikan bibit-bibit pergaduhan," katanya kepada pemberita selepas keadaan terkawal.
Dalam pada itu, Mohd. Jasmani menambah, pihak polis juga mengiringi para penyokong Johor DT keluar dari stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Perlawanan malam tadi merupakan detik penentuan buat kedua-dua pasukan bagi menempah tiket ke final Piala FA.
Kelebihan kini memihak kepada Johor DT selepas mencatat kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.

Gambar Credit to : Berita Harian & Kosmo

Reactions:

7 comments:

  1. kecoh semalam kan? he he he...apa2 pun... dah jadi retis dah kucing tu... hari ni tup tup terus popular...

    ReplyDelete
  2. lbh kecoh dr penyokong kelate..apa2 pon klate dah gomo terengganu ptg smlm..:)

    ReplyDelete
  3. Kucing pulak disalahkan..kesian kt kucing..hehe..tp relax je dia berak..

    ReplyDelete
  4. glemer la kucing tu pas ni

    ReplyDelete
  5. wahhh glamerlah meow nie kekekee

    http://www.khairilmazri.com/kata-kata-ustaz-mohd-kazim-elias

    ReplyDelete
  6. macam-macamlah diaowang ni,tak pasal-pasal kucing femes

    ReplyDelete
  7. Hey there! Nissy here. Thanks so much for following Nerissa's Life.

    I tried to follow you but I'm gettin' that stupidy-dupidy 404 error. I get it ALL the time. Blogger is so mean to me, sometimes.

    Anywho... can I follow your blog by e-mail? I couldn't find an e-mail follow. THAT I can always do.

    Purrs,
    Nissy

    ReplyDelete

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..