Sunday, June 30, 2013

Cat-Scratch Disease (CSD) --- Penyakit Cakaran Kucing

KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.
Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia dikesan sejak awal 1900.
Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai ‘pembawa’. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.
B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.
CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.
Secara umumnya kata Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan doktor jika terkena gigitan atau cakaran kucing. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Di sana saban tahun 24,000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat gigitan atau cakaran kucing.
Begitupun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.
Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.
“CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid,” katanya.
Dr Fazilah berkata, jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.
FAKTA / GEJALA
1) Demam
2) Letih
3) Sakit Kepala
4) Hilang selera makan. Kurang lima peratus berhadapan dengan komplikasi yang teruk berikutan kekurangan daya imun tubuh.
5) Bengkak yang sangat sakit dan tidak surut dalam tempoh yang lama.

Golongan Berisiko
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit barah
4) Pesakit HIV
5) Penghidap diabetes
6) Pesakit yang mengambil steroid
7) Mereka yang membela dan gemar membelai kucing.

Diagnosa dan Rawatan
Tiga jenis ujian untuk mendiagnos CSD
a) Ujian kulit
b) Ujian darah
c) Ujian B.henselea (menggunakan cecair atau tisu dari kelenjar limfa yang bengkak)
Secara umum ia bukan penyakit yang serius dan tidak memerlukan rawatan tetapi bagi pesakit yang berhadapan kelenjar limfa yang membengkak dan sangat sakit, antibiotik diberikan. Jika kelenjar bernanah, pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Komplikasi CSD
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Dapatkan rawatan jika;
a) Cakaran atau gigitan tidak sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu
b) Kawasan gigitan bertukar merah dan membesar dua hari atau lebih selepas ia terjadi
c) Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas terkena cakaran atau gigitan
d) Kelenjar limfa yang membengkak dan sakit lebih dari dua atau tiga minggu
e) Sakit sendi atau tulang, sakit perut (muntah atau cirit-birit tetapi tidak demam
f) Berasa sangat letih lebih dari dua atau tiga minggu

Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh

JOM MAIN KELIK-KELIK


=== STICKY POST ===
( NEW ENTRY? SCROLL DOWN PLZ..! )

Haiii.. jumpa lagi kita yewww.. heee.. teman xde entri nk buat tp rasanya kalau yg ni bole gak kot jadi entri kann.. heh3.. nak mintak tolong korang KELIK-KELIK kat bawah ni leh ke? jangan risau.. kalau korang KELIK, teman akan KELIK korang punya lak.. siyes.. ni janji org Islam.. korang jujur KELIK sini, teman pun akan 101% jujur KELIK korang punya lak.. deal?? heeee... kira suka sama suka lea yea.. buleh?? heee.. okeh.. klu dh KELIK korang tinggalkan komen kat entri ni.. nti teman akan bw ke blog korang n KELIK2 nuffnang korang yew.. heeee.. pilih lea mana korang nk klik.. xyah semua pun xpe..

NAK MENANG iPAD?     AUSTRALIA TRAVEL    U MOBILE UNTUNG BEB!   
 NAK KURUS?      KLIK SINIS        KLIK DSYR         klik IKEA       KLIK AXIATA   
BELI BRG DPT 3 SAMPLE FREE      JOM GOSOK GIGI GUNA COLGATE       HUGGIES JOIN CONTEST DPT KERETA    AERON AZIZ  tOtE BaG?     Bubble Bottle

klik yea.. dah klik tunggu sapai dah kua gambar, jgn klik tutup terus yea.. mekasih byk2.. he2.. moga korang dimurahkan rezeki... aminn... 

Saturday, June 29, 2013


Kucing bermata satu yang berlaku di Tawau, Sabah telah mengejutkan seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.
“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.
Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Thursday, June 27, 2013

Toxoplasma - Parasit yang hidup dalam usus Kucing..

Hemm.. bila teman jumpa Artikel ni, teman ada rasa takut dan rasa macam kerisauan sangat sebab teman pun ada membela kucen.. dan memang ada terdengar orang2 bercerita pasal penyakit yang boleh dijangkiti daripada kucen.. hemm.. mintak Allah jauhkan.. Artikel apa yang teman nak share ni? okeh.. jom baca sama2.. semoga menjadi ilmu buat kita semua.. 

Penyakit Toxoplasma, Toxoplasma Ini sejenis parasit yang hidup di usus kucing. Maka parasitnya berpotensi menulari lewat tinja kucing.
jika tinja kucing berceceran di sekitar rumah anda, bisa jadi parasit juga berpotensi tersebar di sekitar permukaan tanah, lantai, dan pekarangan rumah. Parasit juga melekat pada bulu, mulut, dan wadah bekas makan kucing.

          Parasit dalam usus kucing ini juga bisa hidup di tubuh manusia. Maka kita sebut penyakit hewan yang bisa juga pada manusia atau zoonosis. Berdekatan hidup dengan kucing berisiko tertular parasit ini. Tenang dulu Tentu tidak semua kucing membawa parasit ini. Hanya kucing yang tertular saja yang menjadi sumber penular.

 Bukan hanya kucing. Bisa juga anjing, kambing, sapi, kerbau, atau hewan apa saja yang tertular parasit ini. Biasanya hewan yang merumput. Kambing dan kerbau mendapatkannya setelah makan rumput yang sudah tercemar parasit ini. Kotoran kucing yang berceceran terbawa kaki kucing ke rumput yang kemudian dimakan kambing atau hewan pemakan rumput lainnya.
          Parasit dalam bentuk kiste yang masuk ke tubuh kambing atau pemakan rumput yang tercemar parasit akan tumbuh di dalam daging. Maka hati-hati makan daging kambing, kerbau, atau sapi setengah matang, jika ternyata ternak tersebut mengidap toxoplasmosis.
            Bagi bayi, toxoplasma sama risikonya dengan pada orang dewasa. Namun kelak pada kaum Hawa, parasit ini menimbulkan masalah bila sedang hamil positif toxoplasma. Tahunya berpenyakit, dari pemeriksaan darah di laboratorium, kedapatan positif toxoplasma. Kehamilan dengan toxoplasma berakibat anak cacat dalam kandungan, kalau bukan anak mati. Maka sebaiknya tidak hamil dulu kalau positif toxoplasma.

           Ada jenis penyakit lain yang dibawa kucing, berupa penyakit cacing. Tapi tidak lebih berbahaya dibanding toxoplasma.

Infeksi pada manusia dewasa seringkali tidak bisa dikenali sejak dini karena sebagian besar kasus tidak bergejala atau hanya menimbulkan gejala ringan seperti demam ringan. Infeksi pada ibu hamil dapat menyebabkan infeksi kongenital pada janin yang dikandungnya sehingga menimbulkan gejala subklinis sampai berat berupa hidrosefalus, gangguan penglihatan (retinochoroiditis), gangguan pendengaran  sampai retardasi mental.

Gejala lainnya antara lain :
1) hidrosefalus,
2) demam,
3) jaundice (kuning),
4) memar/ perdarahan bawah kulit,
5) anemia atau pembesaran limpa/ hati.Beberapa langkah tersebut antara lain,
1) menghindari tidak mengkonsumsi daging mentah atau setengah matang karena parasit ini juga bisa menginfeksi mamalia lain selain manusia. Selain itu, Toxoplasma hanya akan mati jika dipanaskan 700C selama 15-30 minit.

2) Usahakan untuk selalu mencuci sayuran atau buah yang akan dikonsumsi serta pisau dan perkakas dapur lainnya sehingga kotoran yang mungkin melekat bisa dihilangkan.

3) Budayakan mencuci tangan dengan sabun sebelum mengolah dan mengkonsumsi makanan. Mencuci tangan dengan sabun atau disinfektan ternyata bermanfaat untuk mencegah penularan berbagai penyakit, di antaranya diare disentri dan juga toxoplasmosis ini.
4) Hindari kotak dengan tanah yang seringkali terkontaminasi kotoran kucing atau hewan lainnya. Jika kontak tidak bisa dihindari, lindungi tangan dengan sarung tangan dan biasakan mencuci tangan sesudahnya. Untuk wanita hamil, hindari kontak dengan kucing terutama dengan kotorannya. Pemeriksaan serologis untuk toxoplasmosis perlu dilakukan jika ada riwayat keguguran apalagi jika lebih dari satu kali.
5) Menyediakan tempat khusus untuk buang air (kecil dan besar) kucing, sehingga orang yang berniat/ senang memelihara kucing hendaknya juga melatih haiwan peliharaannya tersebut untuk bisa buang air besar/ kecil pada tempatnya.

Wednesday, June 19, 2013

SPESIES KUCING - WORDLESS WEDNESDAY!

MANA SATU KUCING KORANG? 

Sunday, June 16, 2013

MUZIUM KUCING DI KUCHING, SARAWAK

GAMBAR2 FROM GOOGLE
Alohaa.. haa.. amacam? hari ni ada kemana2 ke? kalau xde kemana2 jom kita pi Muzium Kucing nak? heee.. besttt.. (macam lea teman pernah gi.. hu3.. ) Muzium kucing ni terletak di Kuching, Sarawak.. jauh pun.. kalau nak gi kena terbang ke sana lea nampaknya.. he2.. tapi kalu korang memang ada ura2 nak ke sana.. apa kata singgah lea sekejap ke Muzium ni.. pasti banyak benda menarik bila dah sampai ke situ kan... pepe pun, bagi yg berminat nak gi sana, jom baca ni..

Muzium Kucing Kuching merupakan sebuah muzium yang pamerannya berkaitan dengan kucing di KuchingSarawakMalaysia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah. Muzium ini merangkumi keluasan 1,035.9 meter persegi di sebuah bukit berhampiran Kuching dipanggil Bukit Siol. Pada tahun 1987, pertunjukan kucing pertama diadakan di Kuala Lumpur. Pada 1 Ogos, pameran sama diadakan di Kuching apabila ia diberi jolokan "Bandar Raya Kucing"














HEEE.. YANG NI SAJA TEMAN AMIK, SEBAB ADA NAMA BUTANG DISITU.. =p


Saturday, June 15, 2013

KISAH WANITA TUA DAN SEEKOR KUCING

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.


Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Sekadar perkongsian dari orang lain.


ilham_nafi' ,

Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Friday, June 14, 2013

SAMPEL PERCUMA WHISKAS JUNIOR


Untuk sape2 yang sayang kucing tu, heee.. ni ada sampel Whiskas untuk si bulus kesayangan korang.. untuk dapatkannya just isi jea borang, mudah je pun.. x susah lansung.. yang penting rajin kan... so, apa tunggu lagi? jom join! KLIK gambar kat atas ni yea.. heee.. 

CATS COMIC

I
I
I
V

I
I
I

Thursday, June 13, 2013

Hayat Kucing dan Manusia

Kucen teman si Butang yg kini dah berumur 1 tahun.. huuu.. 
bersamaan 15 tahun umor manusia.. 

hai rakan blogger yang encem &sweet.. jom baca entri teman ni.. untuk tambah pengetahuan kita tentang hayat kucing kesayangan kita.. he2.  sebelum baca seterusnya, jom tengok carta bawah ni dulu.. carta hayat kucing liar dan kucing peliharaan.. Kita sering anggap kucing kita seperti anak-anak, walaupun umur mereka sudah beberapa tahun. sebenarnya kalau korang nak tau, umur biologikal kucing peliharaan dan kucing liar adalah berbeza.. jom tengok Berapa umur si comel korang sekarang? pandai kan tengok carta ni? heee.. klu x reti soh kawan tolong tengokkan..

Yang bawah ni lak carta perbezaan umur kucing dengan manusia.. hu2.. jom tengokk..
Hayat Kucing & Manusia
Sumber ini dipetik daripada Facebook Dunia Kucing II
Korang rasa kucing korang umo berapa dah sekarang? cer bandingkan dengan umur manusia lak.. huuu.. kucen teman banyak yang dah tua rupanyaaaa.. fuh.. penting untuk kita tahu Hayat Kucing & Manusia ni kan.. =)


KUCING KESAYANGAN RASULULLAH - MUEEZA

Muezza (atau Mu'izza) (Bahasa Arab: معزة‎) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad S.A.W yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.
Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah

Wednesday, June 12, 2013

3 FAKTA TENTANG KUCING


Tuesday, June 11, 2013

KOMIK KUCING.. BUAT CUCI MATA .. =p




Sunday, June 9, 2013

INFO KUCING

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinakdan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
Kucing dan Islam 

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.