Friday, August 30, 2013

KUCING PALING BESAR DI AUSTRALIA - RUPERT


Cakkk aaaaa... hari ni Hari Merdeka kan? teman xdak story tentang Merdeka sebab semuanya teman dah buat entri dekat blog Official teman.. so, kalau nak jenguk2 sana leh lea KLIK Banner kat side bar belah kanan ni yea.. yang ni my 2nd blog jea.. tp most favourite blog jugaklah wlu jarang update.. siyess.. bz n terabai blog ni.. sabo jelah.. walauapapun thanx pada yg singgah yea.. teman akan bw balik nanti yea.. insyaAllah.. moga diberi waktu yang mencukupi.. aminn..
ok lah.. cerita sebenar yang teman nak share kali ni ialah tentang keratan akhbar menarik yang teman baca dari Harian Metro.. tapi dah lama punya story.. wlu apa pun ia tetap sejarah kan.. hihihi.. jom kita baca.. story tentang kucing paling beso di Australia.. beso gabak.. x caya??

errrr.. macam ghimau...
SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.
Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk. Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.
Hemm.. sekali tengok macam kucen teman jea.. 
Butang dan Oyen.. aishhh..
Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang 3X menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat. Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya. 
“Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”
Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar. “Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”
aiyaakk.. kalau kucen teman beso cenggini acane lea rupanya kann.. 

Wednesday, August 21, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Macam Butang dan Oyen 
haiii.. lama sungguh teman x hupdate blog ni.. masyaAllah.. dah taktau jadi apa blog ni.. kesian kucen2 dalam ni kan.. giler2 punya bersawang n beku kat sini.. 
hemm.. ni teman cuba luang masa hupdate blog ni.. memandangkan hari ni wordless wednesday punya entri.. memang amat sesuai teman share kan gambo2 kucen2 yg cumey kan.. xyah taip panjang2.. lupa lak, yg mana kawan2 dh komen sini tu.. mintak maaf lmbt kunjungbalas.. mi teman sedang usaha kunjungbalas yea..