ad now

ADIBAH NOOR DAN 34 EKOR KUCING

tenku butang | 11:36 PM | 9 comments

Ramaiiinya kucen Adibah Noor...

PETALING JAYA – Penyanyi Adibah Noor mengakui sanggup berhabis wang demi membela sebanyak 34 ekor kucing di rumahnya.
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing-kucing yang dibela.

“Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

“Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada mSTar Online pada Selasa.

Tambah Adibah, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah satu penghalang untuk mengingati setiap nama kucing-kucingnya dan boleh mengesan sekiranya salah satu daripada kucing tersebut hilang.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM bakal muncul dengan sebuah album berkonsep duet tidak lama lagi.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu, setakat ini dia telah merakamkan sebanyak empat buah lagu dan antara penyanyi yang terlibat termasuklah Dina Nazir, Sam Innuendo, Datuk M. Nasir, Azlina Aziz, Liza Aziz, Asmidar, Hazama dan Faizal Tahir.

“Alhamdulillah, proses rakaman masih lagi dijalankan. Sebenarnya konsep album duet ini sudah lama ada di negara luar cuma kita sahaja yang tidak pernah praktikkan di sini.

“Jadi saya mahu cuba konsep duet sebagai pembaharuan dalam industri muzik tempatan kita.

“Dalam pada itu saya mahu lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai konsep yang pelbagai dengan kolaborasi bersama penyanyi lama dan baru. Saya percaya pendekatan ini pasti dapat menarik minat pendengar muzik tidak kira usia mahupun golongan,” ujarnya.

Kata Adibah, dia juga percaya pengeluaran album masih lagi relevan kerana terdapat segelintiri peminat muzik yang ingin mendengar lagu menerusi album berbanding memuat naik lagu di iTunes. – mStar Online

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

9 comments:

  1. Moga kucing2 tersebut kekal sihat begitu juga dengan tuannya.. ;)

    ReplyDelete
  2. adibah noor memang minat bela kucing selalu nampak kat Instagram dia dan juga kat Twitter dia...

    ReplyDelete
  3. Ada bau kucing tk kt baju AN tu.
    Hehe
    Aby pun senang2 ada 30 ekor juga

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka kucing . Ishh , comeyy nyaa :))

    ReplyDelete
  5. Done follow..harap leh follow blog saya juga yea..tq

    http://mylittleprince-da.blogspot.com
    Dan
    Http://tudung-danisha.blogspot.com

    ReplyDelete

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..