Khamis, 3 April 2014

Kucing seludup telefon bimbit untuk dibawa masuk ke dalam penjara

Kucing seludup telefon bimbit untuk dibawa ke dalam penjara

Wednesday, June 5, 2013
SYKTYVKAR, Rusia - Seekor kucing telah ditangkap oleh beberapa wardar kerana haiwan itu digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecaj ke dalam sebuah penjara dekat sini.

Beberapa wardar yang meronda di penjara itu menemui seekor kucing yang memanjat sebuah pagar dan terdapat beberapa barang pada badannya.

Selepas mendekati haiwan itu, wardar-wardar tersebut mendapati ia membawa beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas.

Beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas itu didapati diikat pada perut haiwan tersebut.
Menurut pihak Perkhidmatan Penjara Persekutuan Republik Komi kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu.

Penjara itu terletak 1,000 kilometer dari timur laut Moscow.

1 ulasan:

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers