Selasa, 28 Mei 2013

PERLAWANAN PAHANG VS JOHOR DITUNDA

Haiiiiiiiiiiiiiiiii.. haiiiiiiiiiiii.. haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Lama jugak teman x hupdate belog kucen teman ni kan.. hu3.. semua sebab terlalu bz dengan Official Blog teman SHARING MY CERITERA (kalau rajin, singgah2 lea yea.. (^__^).. he2 )..selalunya teman akan update blog ni kalau jumpa citer2/info2 terbaru tentang Kucen dan teman dah terjumpa citer terbaru untuk di share.. =) 

kali ni saja update belog yg ni sebab malam tadi dengar citer lawak tentang kucen.. hee.. ada dengar x org bising2 citer pasal kucen berak kat padang? ha2.. teman asyik terbaca jea komen2 org kat FB tentang kucen ni.. fuhyoo.. fofular pulak tucen ni bila dia buat 'persembahan' kat tengah padang malam tadi.. aish.. macam2.. hemm.. tapi disebalik gambar ni ada citer lain lagi.. bagi yang x tahu apa citer tu.. 
jom baca petikan berita dari KOSMO ni.. 
LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.
tiket palsu
Ia dikatakan berpunca daripada pengedaran tiket palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang mengaut keuntungan daripada perlawanan tersebut.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di kawasan trek stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula oleh anggota keselamatan.
Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit memasuki kawasan trek untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.
Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd. Johari Hussain, kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.
Disebabkan terlalu lama padang dikosongkan oleh pemain kedua-dua pasukan yang cemas dengan insiden itu, seekor kucing tiba-tiba memasuki kawasan tengah padang dan berak di situ sambil disambut dengan hilai ketawa para penonton di stadium.

Pada pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri kawasan trek kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.
Sebaik pengumuman itu dibuat, para pemain tuan rumah memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan.
Pasukan Johor DT dikatakan terlebih dahulu meninggalkan kawasan padang selepas penyokong tuan rumah bergerak memenuhi kawasan trek.
Keadaan bagaimanapun tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan objek keras ke kawasan padang.

Ekoran dibaling dengan objek keras, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.
Perbuatan berbaur provokasi oleh penyokong Johor DT itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah yang menyanyikan lagu 1Malaysia.
Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan malam tadi dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Malangnya, pengumuman tersebut tidak diterima baik oleh penyokong kedua-dua pasukan apabila masing-masingnya bertindak berlari ke tengah padang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.
Dalam insiden tersebut, dua penyokong Pahang terpaksa digari dan ditahan polis, manakala para penyokong lain bertindak memenuhi padang.
Kekecohan yang pertama kali berlaku di Pahang itu berlarutan sehingga pukul 11.30 malam sebelum diarah bersurai oleh polis.
Mohd. Jasmani Yusoff berkata, keadaan stadium melebihi kapasiti berpunca daripada tiga pintu masuk yang dipecahkan oleh para penyokong yang tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai tiket.
"Keadaan masih terkawal walaupun berlaku kekecohan akibat provokasi pihak-pihak tertentu.
"Polis tidak menahan mana-mana penyokong, tetapi hanya meleraikan bibit-bibit pergaduhan," katanya kepada pemberita selepas keadaan terkawal.
Dalam pada itu, Mohd. Jasmani menambah, pihak polis juga mengiringi para penyokong Johor DT keluar dari stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Perlawanan malam tadi merupakan detik penentuan buat kedua-dua pasukan bagi menempah tiket ke final Piala FA.
Kelebihan kini memihak kepada Johor DT selepas mencatat kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.

Gambar Credit to : Berita Harian & Kosmo

Isnin, 13 Mei 2013

Mega giveaway : Santai banyak banyak

NAK JOIN? KLIK BANNER YEA!

TARIKH TAMAT :
15 MEI 2013

Rabu, 1 Mei 2013

heee.. okeh lah .. buat blogger Ayie Abas yang tercari2 siapakah pelukis Komik Kucing dalam Bahasa Jawi ni.. ini untuk tatapan awak yea.. teman google n cari maklumat kejap tadi gak.. hee.. actually teman pun nak tau gak siapa pelukis sebenar.. ingatkan perempuan rupanya lelaki.. sorry tersalah bg maklumat plak kat FB tadi.. heeee... Ok.. moh lea kita baca sama2 yea.. buat peminat Komik Kucen dalam Bahasa Jawi boleh jea baca sekali entri ni.. komen sekali kalau udah baca yew.. nak baca entri sebelum ni tentang komik kucen yg lucu sila klik KOMIK KUCEN JAWI 1 
dan KOMIK KUCEN JAWI 2
Okeh lah Ayie? Camne? puas ati tak? heeee.. upah dua posen cepattt.. hu3.. gurau aje.. huargh.. ngantok.. pepe pun selamat membaca yea semua.. Ayie, harus baca sampai abes.. =P

Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu.
“Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.
Katanya, dia memilih Annur untuk menjadi watak penting kerana gadis itu seorang yang lemah-lembut dan sopan dalam tutur caranya.
Bagi menambah elemen humor di dalam komik itu, dia mencipta watak Meow dan Afi sebagai pelengkap jalan cerita.
“Kebetulan saya memang mengenali diri Annur dan keluarganya sejak dahulu lagi, secara tidak langsung ia memudahkan saya memahami dan menyelami kesemua watak-watak yang berada di dalamnya,” katanya.
Ujarnya, sebaik sahaja tersiar di Facebook, komik itu terus mendapat komen-komen positif daripada pembaca. Malah ia juga turut popular dalam kalangan pemilik-pemilik blog di negara ini.
Komen positif
Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.
“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.
“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.
“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu
Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.
Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.
“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.
“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.
Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.
“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya.
Sememangnya nampak ringkas sahaja kartun Annur dan Meow ini. Walaubagaimanapun telatah kucing tersebut berjaya menambat hati kita disamping boleh mempelajari tulisan jawi dan mengaplikasikannya. Sememangnya kartun yang baru popular ini ternyata diterima oleh semua lapisan masyarakat biarpun dalam tulisan jawi.

Sabtu, 13 April 2013

Kerenah Kucen Bunting yg bolat.. heee

Sape pernah berhadapan dgn situasi kucen bunting nak beranak? heee.. pasti ramai yg bela kucen pernah kot hadapi situasi ni kann.. heee.. termasuklea teman, teman pernah jugak lea berapa kali menghadapi mak kucen yg nak beranak.. hu3.. kalut jugak lea mula2.. yelea risau mak kucen 2 terberanak tgh2 rumah kang.. x pasal je kan.. hik3.. apa yg teman leh kongsi ialah time mak kucen nak beranak, dia akan mengiau2 kuat mcm mintak mkn tp bkn nk makan.. dia nk kita ni bersiap siaga untuk sediakan persiapan dia nk beranak.. 

hik3.. aku dulu xtau.. tp gerak hati mmg terasa mak kucen nk beranak dh, sebab tau mak kucen dh mengandung ckup bulan dh, he3.. perut pun beso teman tengok.. mmg x mustahil mak kucen dh tiba masa nak beranak... apa lagi.. cepat2 cari kotak kosong.. bg kat dia, pastu dia masuk kotak 2.. dia baring.. x sampai 5 minit dia kua balik.. ngiau2.. adoiii.. apa pulak dia nk ni.. teman udah x ketahuan.. hu3.. pastu mak kucen ni gi dekat kucen remaja (sebab muda lagi.. hik3) yg ada dkat situ dia ngiau2 n jilat2 kucen 2.. pastu kucen renaja 2 pun bg respon manja gak.. yelea.. dh mcm mak n ank kan.. pastu dia follow ibu kucen masuk kotak.. hik3.. aku x paham nape.. pastu kucen remaja 2 kuo lik, adoi.. apa lagi.. mak kucen pun follow kuo jugak sambil ngiau2 kuat mcm td.. 

hoh.. baru aku faham.. RUPA2NYA MAK KUCEN NAK ADA TEMAN DIA MASA DIA BERANAK... so, aku pun amik kucen remaja td pastu letak dalam kotak mak kucen tu, letak sekali mak kucen dlm 2.. pastu letak penyendal x bg kucen berdua 2 kuo lagi.. x lama pastu.. teman terkejut.. dah denga sora anak kucen kecikkk.. sweet sgt bunyi sora dia.. ahaaa.. intai2 dh kuo sekor.. tp agak menggelikan sebab ada lendir 2.. so teman x mo tengok lg.. dh lama pastu baru tgk.. huuuu,, cumey2  bolat2.. dahi jendul lak 2.. hik3... hooo.. rupanya mcm 2 mak kucen kalau nak beranak yea.. heee..

Sabtu, 6 April 2013

TIPS BAWA KUCEN TRAVEL

ha3.. tengok muka kucen 2.. lawokk..

contoh beg carrier kucen..

Haiiii.. kali ni teman nak bagi tips tentang bagaimana nak bawak kucen travel.. maksudnya kalau balik kg rasa kesian nak tinggalkan si bulus sorang2 kat umah, leh jea bawak lek kg sekali.. janji pandai n dah standby apa yg patut untuk yg terbaek buat bulus kita kan.. heee... teman x pernah bawa kucen travel jauh2 lg.. setakat dari KL ke KLANG ada lea.. itupun sebab nak minta tolong adik jagakan Butang teman 2.. sebab kami nak balik kg.. he2.. so, nak bg tips pun x reti lg.. tapi ada sorang kawan teman ni memang selalu travel dengan kucen2 nya all the times...dalam sebulan adalah dalam 1 hingga 2 kali sebulan.. kucen dia Ada 2 ekor yang jenis tak kisah dalam kereta tapi seekor lg mmg cepat nervous naik kereta. First time naik kereta dia mengiau tak berhenti hingga hilang suara. Ok mari kita baca serba ringkas tips2 dari beliau.. cewah..

Cara yang saya cuba buat adalah bg mengatasi masalah ni:

1. Try to travel early in the morning or night (kucing akan nervous apabila hari cerah)

2. Selubungkan carrier tu dengan kain gelap supaya dia tak rasa terancam dengan keadaan sekeliling.

3. Letak dibahagian bawah, kalau letak bahagian atas seat, carrier akan bergoyang dan membuatkan dia lebih nervous.

4. Guna Feliway (mengurangkan nervous dia)

5. Cari pet bag carrier (berbanding carrier biasa, beg carrier lebih lembut dah lebih gelap...selesa untuk kucing)

6. Puasakan kucing at least 8 hours before travelling (supaya dia tak terkencing or poo poo)

7. Utk kucing yg cepat nervous, jgn biarkan dia lepas didalam kereta,

8. Letak kucing tu secara bercouple (nervous+kurang nervous) sekor lagi akan tolong tenang kan yg nervous tu

9. Bg constant vitamin kitzyme (salah satu fungsi vitamin tu , control the nervousness)

So Far dia still mengiau tapi tak lah all the way... 1/3 dari perjalanan je dia mengiau (itu pun bukan mengiau macam org gila)

So gud luck in trying.

Ok.. dapat tak tips ni? he2.. dah bersedia bawak kucen kome travel? heeee..
okeh.. untuk cuci mata.. leh tengok gambar2 kat bawah ni lak.. daripada blogger Izyahya .. cumey kan kucen2 dia.. jom baca lak tips beliau camne lak.. heee.. kelakar cara penyampaian beliau. teman tergelak sorang2 baca kerenah kucen2 dia yg dua ekor 2.. Lilo n Ichi... 

Nengok apa 2 Ichi...

 Ichii! Budak yang stress naik kereta. Masa kete stop, kemain tunjuk hebat lagi..

ni namanya Lilo.. matanya jernih kan..

Awat lea asik tengok belakang 2 kome oit..


Ahad, 31 Mac 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH


Hari ni Kucen nak join SEGMEN lah.. nak tambah follower.. kot ada yg minat kucen, leh lea tambah kenalan n follow memfollow.. heeee... jom join ramei2!

49

Rabu, 27 Mac 2013

KOMIK KUCEN DALAM BAHASA JAWI - PART 2


HAISHHH.. teman ingat nak asingkan komik kucen dalam bahasa jawi ni jadi part 1 and part 2.. tapi last2 terpublish semua sekali lea pulak.. hu3.. malas nak edit2 so, teman masukkan baki2 komik berkenaan kucen bole x? heee.. nanti lah kalu ada lagi komik kucen yg teman jumpa, teman upload lagi yea.. setakat ni.. ini saja... enjoy reading yea!



 Miawww...
Kenapa ni Miaw?
Oooo.. tong isi makanan tersumbat..
Patutlea botol susu anak buah Annur hilang, Miaw sorok kat sini rupanyaaa..!

KOMIK KUCEN DALAM BAHASA JAWI-PART 1

haii.. hari ni nak wat wordless wednesday punya entri tapi mcm x bole jea.. kena menulis juga nampaknya.. he2.. tp x tulis byk lea kann.. teman nak ngajak baca komik yg ditulis dlm jawi.. sape pandai baca jawi silakan baca.. dan sape yg masih belajar jawi bole gak try baca.. klu xleh phm baca translate kat bawah 2.ini part 1.. untuk part 2 akan teman upload nanti yea.. heee.. enjoy baca komik yeaa..

Miaw nak apa ni? td kan dh bg makan? Annur sibuk buat kerjalah..
Haah??
HiiH gerammnya.. Annur belum save lagi la miaww!


Annur, nanti kau kawen sape nak jaga miaw ni?
Huda lea jaga...
Apa pulak Huda yg jaga, bagi org jelah..
Ok.. bg org lah klu mcm 2..
Ini Kucingnya.. 
terima kasih Annur (sambil amik miaw dari Annur)
Haa.. kan senang..
Alamak Annur, Miaw dah balik..
Aha.. Huda jaga diaaa..


Sejuknya malam nii..
Horeyy.. keje pun dh siap..!
Eh? Miaw nak pakai Laptop kea?
Hah? nak pusing?
Laaa.. nak tido kat situ rupanyaaa..


Hari ni Annur Demam, Miaw Jangan Kacau Tau...
Terima Kasih Yea Miaw..
Orang Tak Pernah Tuam Dahi Pakai Kucen Lea Miaw..


 Miaw sakit ke ni?
Yea.. Kejap Lagi aku nak bawak dia dapatkan suntikan
O.. maksud kau injection?
Aaa...
Lain kali sebut lea suntikan.. dia jarang dengar
Manalah aku tahu Miaw paham cakap orang putih...

Miaw!! (bola jatuh dlm adunan kek Annur)
Eh Miaw, jangan usikk..
Adunan ni Annur nak buat kek..
Opocot kau meletoppp.. 


Hari tu makanan miaw habes,
Annur lambat balik dan Miaw sangat lapar..
Annur dah balik.. Miawww... Prankkk..!!
Kenapa ni? 
Langgra Cermin pintu...




 Suka betul Miaw bila kau datang Aisyah..
O.. yeke?
memanglah, kalau kau ada dengan aku pun dia dah takmau manja2..
ha.. ha..
Wah.. kasut aku pun dia sorok atas bumbung..
Dia Tak mau kau balik lea tue..


Panas pulak malam ni, miaw tolong bukakan kipas...?
Sekejap lagi Annur bagi makan yea..
Laaa... betul2 punya buka niii..


Miaw.. Tido tauu..
Aduhh.. takde karan pulakk... (elektrik)
X apa.. boleh pasang lilin..
Accchumm..
Yg tadi 2 mancis terakhir tau tak.. ?


 Ini Kucen saya..
Lapaq kaaa?
kesian hang.. 
XXXXX bole ka?
ayat yg ni teman x paham.. sape leh gitau?
Laaa.. dia nak habaq soh katop(tutup) paipp..


Annur baru lepas goreng ikan, nanti mak belilah lauk buat tambah2..
Haaa! miaw buat apa??
Miaw2 (sambil sayang ikan..konon ngigauu.. ha3)
Cover Kantoi lea 2...


Miawwww..
Eh, Miaw buat apa main kat luar tingkap 2??
Tolong kak Annur, Pintu Kunci.. Miaw nak masuk..
Hah!? Miaw bole bercakap??
Kamu ni Jihah, suka menyakat kakak tauu, kamu ingat miaw 2 patung puppet ?
Haha.. kakak terkenaaa..


Jangan buang bising tau, anak buah Annur tgh tido..
Miawwww...
Baby : Haippp.. mana mau pergi haaaaa..
Miawwww...

========================================================================
Ha2.. semoga korang semua enjoy baca komik kucen ni.. he2.. teman xtau nak credit ke sape komik ni sebab dh lama dh teman simpan buat bacaan masa lapang.. heee.. ingat yea.. baca Jawi dulu.. kalau xleh baca baru tgk translate yg teman buat kat bawah 2.. he2.. bkn ikut ayat pun.. teman buat ikut phm teman jea.. hihihihi.. walau pepun ada jugak yg teman x paham.. gambar ke 4 terakhir.. sape leh bag tau teman apa dia yea..? teman x leh tangkap lea ayat apa yg ditulis dlm jawi 2.. heeee..

Rabu, 20 Mac 2013

Anak Kucing di dera sampai mati.. Manusia Berhati Binatang!

Apa perasaan korang bila tengok gambar ni? rasa mcm nk peluk2 jea kitten ni kan?! cumey giler..! tp ada pulak manusia yg berhati binatang boleh plak bertindak kejam terhadap kucen2 yg bernyawa ni!! memang vongok punya manusia.. teman benci pada pendera binatang, terutamanya pendera binatang kesayangan Nabi ni.. mana letaknya perikemanusiaan dalam diri 2? baik xyah jadi manusia klu dh perangai macam binatang.. haaa.. amik kau.. sekali teman marah.. abes semua teman kuo.. aishhh! geramm!

Opsss.. marah punya pasal.. lupa nk say Salam kat korang semua.. sorry kepada semua.. hari ni baru teman dapat buat entri terbaru.. sebab sejak beberapa hari lepas teman x berapa sihat.. sakit perut.. mcm2 lah.. tp hari ni nak jugak luang sikit masa untuk share dgn kawan tentang gambar yg teman lihat di inetrnet baru2 ni.. amat2 sedih tengok gambar ni.. memang kurang ajar betul org yg dera anak2 kucen 2 sapai mati.. memang bukan manusia.. kejammm! 

Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni?


Rabu, 13 Mac 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

WORDLESS WEDNESDAY #2


AWAS!! PANADOL MEMBUNUH KUCING ANDA!!

Selasa, 12 Mac 2013

Wordless Wednesday--> Follower ke 100


Hai kome semua.. dah makan tengahari kah? heeee... entri hari ni teman nak share tentang Follower teman yang ke 100 .. tak sangka pulak blog ni leh gak sapai angka 100 yea.. apa2 pun.. TQ pada yg Follow blog ni.... mana2 blog yg teman tlepas pandang nak follow or singgah sila tinggalkan komen disini.. teman akan jejak korang balik n follow korang.. okeh? he2..

Okeh.. x mo citer byk2 sebab nama pun Wordless kan..buat Angiela lak..  thanx buat Angiela kerana sudi follow sini yea.. keep in touch okeh.. kawan2 lain yg nak kenal Angiela boelh la ke blog Angiela ni.. sila KLIK kat Banner atas ni.. salam perkenalan buat semua.. he2.. =)

# Angiela suka kucing X? =?)




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers