Sabtu, 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

2. Wajib Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!
klik pada banner untuk join.... atau klik link bawah ni..

Isnin, 15 September 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

Ahad, 24 Ogos 2014

Cakkkk!! Good Morningg!!!

 
 

Rabu, 13 Ogos 2014

REAL MAN LOVE CATS!

Butanggggg... eh.. bukannn.. tapi macam Butang lah.. | heee.. saja nak share gambo2 yang teman suka.. dan Caption dalam gambo tu macam sejuk je mata membaca .. kan.. kan.. ha3..
  Heee.. suka tang bling-bling tu...
Suka tengok rancangan ni..  
Aishhh.. Oren mestilah ada.. heee..
suka gak tengok gambo ni..
Yang ni pun cumey..

Sabtu, 19 Julai 2014

Cat Etiquette

Hahahaha.. macam Butang ajeee.. alahai.. 

Jumaat, 18 Julai 2014

Language Of Cats

Macam-macam gaya.. macam-macam ragam kucen kita.. fahami bahasa tubuh kucen kita.. ehehehehehe.. jom kita nengok.. kucen kome ada rupa tu tak??

Khamis, 17 Julai 2014

UNTUK PENCINTA KUCEN YANG BERPUASA...


Comel kan semuanya tido camni.. terlentang aje yea.. alalala.. cute sangattt.. yg beso tu macam Butang aje.. heh3.. comel tul tengok gelagat kucen2 ni.. perut sakit pun leh lupa sebab tengok telatah kucen2 ni kan.. hu3.. selamat Berbuka Puasa buat semua yea.. eh.. bukan sekarang.. tapi bila time Azan Maghrib kang.. nanti ada plak yang terus berbuka bila teman ucap Selamat berbuka ni yea! ha3.. Miscommunication! Apa2 pun.. korang suka kucen yang mana satu? ehehehehe.. cer komen!

Rabu, 9 Julai 2014

KEJAM! KUCING BERNAMA ARIAL DICAMPAK DARI TINGKAT 7

Kucing Bernama Arial Dicampak Dari Tingkat 7 | Tadi teman ternampak gambo kucen hidung berdarah ni dekat FB, tapi tak berapa clear.. rasa nak jugak tengok gambo ni betul2.. pastu teman download.. dan buka dekat Paint.. MasyaAllah.. baru nampak jelas.. dengan darah yang melanyau.. kesian sangat2 teman tengok kucen ni.. 

Dah le muka dia seakan-akan Butang.. lagilea teman rasa sebak dan nak nangis.. Apalah dosa kucen ni sampai manusia takde hati perut campak dia dari tempat tinggi ke bawah. 

Teman yang dok tingkat 2 ni pun selalu risau takut kucen teman tu jatuh ke bawah, sebab diorang selalu bertenggek depan balconi tu.. memang teman akan selalu perhatikan depa.. risau kalau2 tersalah pijak ke depa boleh terjatuh.. walau tingkat 2 sekali pun.. teman tak sanggup tengok depa cedera.. inikan pulak kalau dari tingkat 7, memang buta hati betul orang yang campak kucen ni! 

Opss.. ter Emosional lak.. sambung cerita balik pasal Arial ni... Menurut saksi Arial mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia tidak boleh makan dan minum dan darahnya masih mengalir dari rahangnya yang retak teruk. Ia diberi makan dan minum melalu tiub sahaja.

Untuk makluman semua, kejadian ini berlaku di Singapura. Namun demikian ia telah menimbulkan kemarahan semua pecinta haiwan ini. Ikuti cerita ini :




Doakan si comel ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya. kesian tengok Arial.. makan pun guna tiub sebab rahangnya retak.. ya Allah.. kesian.. seksa hidup kucen ni disebabkan manusai yang tak berperikemanusiaan..

Note : tak rela kucen2 kesayangan teman jadi macam ni.. Moga Allah pelihara kucen2 teman dan semua kucen2 kat dunia ni.. Jauhkanlah depa dari manusia yang kejam.. Aamiin.. 

Selasa, 24 Jun 2014

Jom Sebut EEEEEEEEEEE.... Senyum!

Rabu, 11 Jun 2014

MISHA MEOW MEOW CAT LITTER

Ho2.. nak share pasal kegembiraan teman sebab dah dapat pasir yang boleh buat Oyen suka berak dengan betul.. ha3.. maksud teman yang beno nya.. Oyen sebelum ni tak suka berak dalam bekas pasir tu, dia rela berak kat tepi bekas tu, di luar bekas tu, dekat celah2 lantai tepi sangkar kucen lah.. mana2 lah dia suka berak dia akan berak disitu.. 

Tak tahu nape dia tak mau berak dalam bekas pasir tu.. pastu teman dah buntu sebab tak larat kot nak buang cookies dia yang terkeluar dari sempadan kan? nak pulak yang jenis basah n lembik2 tu.. aigooo.. kadang rasa nak menangis je sebab Oyen takmau lansung berubah.. hu3.. tapi dia bukan paham pun kan.. redha jelah.. 

Baru-baru ni sembang dengan abg ipar, dan terkeluarlah cerita pasal kucen yang berperangai sama jugak mcm Oyen.. kekekeke.. ingatkan Oyen je macam tu.. Abg ipar citer pasal Pasir yang depa guna, teman dengar macam tertarik sebab MURAH.. ha2.. MURAH yeaaa.. pastu saja la beli nak try.. tengok2 Oyen boleh berak dalam bekas tuuu.. waaaaa.. Mungkin Oyen suka pasir tu sebab Pasir tu jenis macam serbuk bulat2 macam tanah liat dan memerangkap bau kot.. 

Selama ni maybe pasir yang teman guna takde Less Odour tu kot.. Huhh.. bersyukur sangat2 Oyen suka pasir tu.. dia dah kurang berak kat luar dah.. kecuali kalau bekas pasir tu dah penuh dengan cookies la kannn.. heee.. ngada2 betul Oyen nim, sib baik pasir ni murah.. hi3.. RM 8.90 je sepaket tu.. 5 Liter tak silap pasir tu.. Murah kan?? heeee.. teman siap beli buat stock lagi sebab pasir tu memang senang dan memudahkan teman nak mencuci toilet depa2 nih.. legaaaa.. meh tengok camne rupa dia .. heee.. ni lea dia Misha Meow Meow Cat Litter
 
 Misha Meow Meow Cat Litter
Extra Absorbent
Ultra Deodorizing
Clumping 
Ooooo.. patutlaaaaa.. ada muka Oyen kat situ, patut dia sukaaa.. ha3 
hemm.. memang serupaa 
5 Liter dengan harga RM8.90..
beli kat Speedmart99
Murah kann... =)

Jumaat, 6 Jun 2014

How to Have a Good Day - Cats style

Selasa, 3 Jun 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Sempena dengan ulangtahun perkahwinan yang ke-8, Syue buat Giveaway  Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014... Giveaway ini akan berlangsung selama hampir sebulan. So, meh kita ramai2 join.. sebab.. Pemilihan Pemenang adalah secara random, so.. sape2 pun ada peluang menang hadiah.. jom2 join cepat..  KLIK BANNER ATAS NI yea!

Hadiah :
Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang

Rabu, 23 April 2014

Risiko Membela Kucing Kepada Janin / Ibu Hamil

Risiko Membela Kucing Kepada Janin / Ibu Hamil

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru-paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
  • Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
  • Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
  • Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber | Gambar

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers