
KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae†(B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.
Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia dikesan sejak awal 1900.
Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing....