Rabu, 19 Jun 2013
Ahad, 16 Jun 2013
MUZIUM KUCING DI KUCHING, SARAWAK
Posted on Jun 16, 2013 by Tengkubutang
GAMBAR2 FROM GOOGLE
Alohaa.. haa.. amacam? hari ni ada kemana2 ke? kalau xde kemana2 jom kita pi Muzium Kucing nak? heee.. besttt.. (macam lea teman pernah gi.. hu3.. ) Muzium kucing ni terletak di Kuching, Sarawak.. jauh pun.. kalau nak gi kena terbang ke sana lea nampaknya.. he2.. tapi kalu korang memang ada ura2 nak ke sana.. apa kata singgah lea sekejap ke Muzium ni.. pasti banyak benda menarik bila dah sampai ke situ kan... pepe pun, bagi yg berminat nak gi sana, jom baca ni..
Muzium Kucing Kuching merupakan sebuah muzium yang pamerannya berkaitan dengan kucing di Kuching, Sarawak, Malaysia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah. Muzium ini merangkumi keluasan 1,035.9 meter persegi di sebuah bukit berhampiran Kuching dipanggil Bukit Siol. Pada tahun 1987, pertunjukan kucing pertama diadakan di Kuala Lumpur. Pada 1 Ogos, pameran sama diadakan di Kuching apabila ia diberi jolokan "Bandar Raya Kucing"
HEEE.. YANG NI SAJA TEMAN AMIK, SEBAB ADA NAMA BUTANG DISITU.. =p
Sabtu, 15 Jun 2013
KISAH WANITA TUA DAN SEEKOR KUCING
Posted on Jun 15, 2013 by Tengkubutang
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin
Sekadar perkongsian dari orang lain.
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Jumaat, 14 Jun 2013
SAMPEL PERCUMA WHISKAS JUNIOR
Posted on Jun 14, 2013 by Tengkubutang
Untuk sape2 yang sayang kucing tu, heee.. ni ada sampel Whiskas untuk si bulus kesayangan korang.. untuk dapatkannya just isi jea borang, mudah je pun.. x susah lansung.. yang penting rajin kan... so, apa tunggu lagi? jom join! KLIK gambar kat atas ni yea.. heee..
Khamis, 13 Jun 2013
Hayat Kucing dan Manusia
Posted on Jun 13, 2013 by Tengkubutang
Kucen teman si Butang yg kini dah berumur 1 tahun.. huuu..
bersamaan 15 tahun umor manusia..
hai rakan blogger yang encem &sweet.. jom baca entri teman ni.. untuk tambah pengetahuan kita tentang hayat kucing kesayangan kita.. he2. sebelum baca seterusnya, jom tengok carta bawah ni dulu.. carta hayat kucing liar dan kucing peliharaan.. Kita sering anggap kucing kita seperti anak-anak, walaupun umur mereka sudah beberapa tahun. sebenarnya kalau korang nak tau, umur biologikal kucing peliharaan dan kucing liar adalah berbeza.. jom tengok Berapa umur si comel korang sekarang? pandai kan tengok carta ni? heee.. klu x reti soh kawan tolong tengokkan..
Yang bawah ni lak carta perbezaan umur kucing dengan manusia.. hu2.. jom tengokk..
Korang rasa kucing korang umo berapa dah sekarang? cer bandingkan dengan umur manusia lak.. huuu.. kucen teman banyak yang dah tua rupanyaaaa.. fuh.. penting untuk kita tahu Hayat Kucing & Manusia ni kan.. =)
KUCING KESAYANGAN RASULULLAH - MUEEZA
Posted on Jun 13, 2013 by Tengkubutang
Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah
Rabu, 12 Jun 2013
Selasa, 11 Jun 2013
Ahad, 9 Jun 2013
INFO KUCING
Posted on Jun 09, 2013 by Tengkubutang
Kucing (Jawi:Ú©ÙˆÚ†ÙŠÚ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinakdan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Jumaat, 7 Jun 2013
KEJAM! MANUSIA YANG TAKDE HATI PERUT!
Posted on Jun 07, 2013 by Tengkubutang
Geramnya teman bila tengok orang buat kucing macam ni.. kejam sungguh! kalau orang tu depan mata teman, nak jea simbah minyak panas biar dia rasa cne sakitnya macam apa yg kucing2 ni rasa.. kalau korang semua tengok pasti korang pun akan sedih n rasa marah kerana haiwan kesayangan Rasullah ni didera sebegini rupa.. mati secara perlahan2 dan kemudian dijadikan perhiasan oleh mereka yg tidak ada perikemanusiaan!
Artikel ni teman dapat dari Facebook.. dan mengalir air mata tengok gambar2 kucing2 ini diperlakukan sedemikian.. mari kita baca apa kisahnya dan siapa manusia kejam macam binatang yang xde perasaan buat haiwan yg lemah ni terseksa hidup2.. :::::::::
Seorang lelaki Jepun yang tinggal di New York telah memperkenalkan satu hiasan baru yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Hiasan ini dibuat dengan sangat kejam iaitu memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan berupa dadah ini selepas anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.
Barangan hiasan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dipasarkan bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Khamis, 6 Jun 2013
BLOG KUCEN BERWAJAH BARU..
Posted on Jun 06, 2013 by Tengkubutang
Langgan:
Catatan (Atom)