Jumaat, 6 Jun 2014
Rabu, 23 April 2014
Risiko Membela Kucing Kepada Janin / Ibu Hamil
Posted on April 23, 2014 by Tengkubutang
Risiko Membela Kucing Kepada Janin / Ibu Hamil
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru-paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
- Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
- Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
- Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
- Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.
Sumber | Gambar
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
Isnin, 21 April 2014
IBU AYAM MENGERAMKAN ANAK KUCING
Posted on April 21, 2014 by Tengkubutang
Gambar dibawah menunjukkan seekor ibu ayam telah mengeram anak kucing yang comel. Menurut sumber, ibu ayam itu pada mulanya tidak mahu memberikan anak kucing itu apabila ibu kucing itu datang untuk menuntut anaknya kembali.
Ahad, 20 April 2014
DIJANGKITI KUMAN KERANA DICAKAR KUCING PELIHARAAN
Posted on April 20, 2014 by Tengkubutang
RUSITA menerima rawatan di HSB. Gambar kecil, kesan cakaran kucing peliharaan pada lengan Rusita.
“Ketika cuba memasukkannya ke dalam sangkar dengan memegang lehernya, Putih tiba-tiba meronta-ronta sambil bergayut dan bertindak agresif menggigit pergelangan tangan kanan saya, manakala kuku kakinya yang tajam mencakar berulang kali pada lengan.Saya terpaksa ‘bertarung’ dengan Putih selama tiga minit dan darah menitis dengan banyak di atas lantai sebelum berjaya melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hemm.. teringat pulak teman dengan kisah tangan kanan adik teman yang digigit seperti daging dan seperti nak dibawa lari tangan adik teman itu.. adik teman tak meronta sebab takut luka lagi besar.. masa tu kucen jiran tu gigit kuat sampai berlubang tangan adik teman tu bekas kena gigit.. mujur adik teman berjaya lepaskan tangan tu dari digonggong kucen "garang" itu.. dengan cara meniup telinga kucen tu.. hemm.. kenangan tuu.. bahaya kalau nak usap2 kucen ni tau.. kadang kita tak tau tempat kita usapa tu sebenarnya kawasan kecederaan kucen tu yg kita tak nampak dengan mata kasar.. kot ada patah kat dalamnya ke.. kucen tu melawan sebab rasa diri dicederakan.. apa2 pun.. jom baca citer dalam akhbar baru2 ni.. teman share aje..
Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang, Rusita Ahmad, 50, mahu membawa pulang kucing berusia enam tahun yang diberi nama Putih itu selepas disedari keluar dari kawasan rumahnya di Taman Setia, di sini, sebelum kucing itu menyerangnya dan terpaksa ‘bertarung’ dengannya selama tiga minit.
Kecederaan teruk akibat digigit dan dicakar kucing itu menyebabkan Rusita terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, berikutan jangkitan kuman pada Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Rusita berkata, dia berehat di ruang tamu sebelum dimaklumkan oleh anak sulungnya Nurhafifi Mohd Zuki, 23, bahawa kucing yang dibela sejak kecil dilihat keluar merayau-rayau di kawasan perumahan mereka.
Katanya, sebelum ini kucing berkenaan tidak pernah keluar atau bergaul dengan kucing lain, sebaliknya hanya berada di dalam kawasan rumah, selain ditempatkan di dalam sangkar khas.
Katanya, Nurhafifi enggan mengambil kucing itu, sebaliknya menyuruhnya membawa pulang ke rumah kerana mungkin masih fobia berikutan kakinya pernah dicakar haiwan berkenaan, dua bulan lalu. “Saya kemudian mengekorinya sejauh kira-kira enam meter sambil memanggil nama Putih sebelum bulu-bulunya dilihat mengembang lalu menyerkupnya dengan bakul baju dan membawanya pulang ke rumah bagi dimasukkan ke dalam sangkar.
Rusita yang turut menghidap penyakit kencing manis berkata, ketika itu Nurhafifi dipercayai panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Katanya, sebaik melepaskan gigitan, Putih masih menjegilkan matanya berwarna kebiruan sebelum melarikan diri selepas dibaling dengan bakul baju berkenaan.
Nurhafifi yang bekerja sebagai jururawat membasuh lukanya dengan air dan sabun sebelum menyapukan iodin serta ubat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20
Jumaat, 11 April 2014
Pengorbanan seorang wanita untuk kucing dan anjing
Posted on April 11, 2014 by Tengkubutang
Ha Wenjin, pencinta anjing dari Cina, telah menyerahkan pekerjaannya, menjual rumahnya, kereta dan perhiasan untuk merawat lebih daripada 1.500 anjing dan 200 kucing... dengan 10 pekerja yang merawat anjing serta 2orang lagi merawat kucing. ha wenjin mengeluarkan kos untuk mengurus haiwan2 ini lebih dari $37.500
Dia memiliki sejumlah sukarela yang datang, dan sedikitnya sekali seminggu untuk memeriksa anjing-anjing, dan orang-orang yang menyumbangkan sebagian besar makanan. Tapi sekarang, 1.500 anjing dan 200 kucing harus pindah ke rumah baru,,,,
Khamis, 10 April 2014
ARTIS DAN KUCING-KUCING MEREKA
Posted on April 10, 2014 by Tengkubutang
ARTIS INDONESIA-ASMIRANDAH
ATILIA
CAMELIA
FASHA SANDA
FASHA SANDA
KILAFARY
KILAFARY
BAIM WONG
DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
Rabu, 9 April 2014
Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah
Posted on April 09, 2014 by Tengkubutang
Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah
Khamis, 29 September 2011 Milbury (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.
Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness.Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan.
Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja.Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.
Selasa, 8 April 2014
DATO SERI NAJIB TUN RAZAK PUN SAYANG KUCING
Posted on April 08, 2014 by Tengkubutang
olololo.. bertuah kucen ni kan..
Alalalaa... teman suka orang yang sayangkan kucen tauuu.. siyess.. bagi teman orang yang sayang kucen ni adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang orangnya.. walau segarang2nya orang tu, walau sekeras2nya orang tu.. kalau dia sayang kucen tu maknanya dalam hati dia masih ada taman.. heeeee.. Opsss.. bagi sape2 yang tak suka gambo ni sila fokus pada apa yang teman nak sampaikan aje yea.. heeee.. apa2pun.. thanx buat Dato Seri najib Tun Razak sebab sayangkan kucen.. siyes.. teman suka semua foto2 ni.. siap ada anak2 kucen lagi tu.. MasyaAllah.. gemuk2 kucennya.. tandanya depa dijaga dengan baik kan! apa kata jom nengok gambo2 kat bawah ni.. heeee.. sweet belako tauu..
tengok.. so sweettt..
lupa lak.. ni gambo tahun 2012 tauu.. dah beso agaknya anak2 kucen kecik tu..
hu2.. siyes.. i like muka Dato Seri Najib time ni..
Kasih sayang bukan boleh dibuat2.. setuju tak?
kucen2 tu pun macam sayangkan PM kita ni kan..
alalala.. gerammmnya..
gebus2 belaka kucen ni..
Ha2.. hope korang2 yang suka kucen tu terhibur nengok gambo ni yea.. teman tau gambo ni dah lama.. tahun 2012 (July) hari tu.. tapi saja nak letak dalam blog teman ni.. sekurang2nya ada something teman suka tentang PM kita ni utnuk diletakkan dalam blog ni.. i like him coz dia seorang Pencinta Kucen jugak..
Gambo :
FACEBOOK NAJIB RAZAK
FACEBOOK NAJIB RAZAK
Isnin, 7 April 2014
ADIBAH NOOR DAN 34 EKOR KUCING
Posted on April 07, 2014 by Tengkubutang
Ramaiiinya kucen Adibah Noor...
PETALING JAYA – Penyanyi Adibah Noor mengakui sanggup berhabis wang demi membela sebanyak 34 ekor kucing di rumahnya.
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing-kucing yang dibela.
“Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.
“Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada mSTar Online pada Selasa.
Tambah Adibah, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah satu penghalang untuk mengingati setiap nama kucing-kucingnya dan boleh mengesan sekiranya salah satu daripada kucing tersebut hilang.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM bakal muncul dengan sebuah album berkonsep duet tidak lama lagi.
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu, setakat ini dia telah merakamkan sebanyak empat buah lagu dan antara penyanyi yang terlibat termasuklah Dina Nazir, Sam Innuendo, Datuk M. Nasir, Azlina Aziz, Liza Aziz, Asmidar, Hazama dan Faizal Tahir.
“Alhamdulillah, proses rakaman masih lagi dijalankan. Sebenarnya konsep album duet ini sudah lama ada di negara luar cuma kita sahaja yang tidak pernah praktikkan di sini.
“Jadi saya mahu cuba konsep duet sebagai pembaharuan dalam industri muzik tempatan kita.
“Dalam pada itu saya mahu lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai konsep yang pelbagai dengan kolaborasi bersama penyanyi lama dan baru. Saya percaya pendekatan ini pasti dapat menarik minat pendengar muzik tidak kira usia mahupun golongan,” ujarnya.
Kata Adibah, dia juga percaya pengeluaran album masih lagi relevan kerana terdapat segelintiri peminat muzik yang ingin mendengar lagu menerusi album berbanding memuat naik lagu di iTunes. – mStar Online
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu, setakat ini dia telah merakamkan sebanyak empat buah lagu dan antara penyanyi yang terlibat termasuklah Dina Nazir, Sam Innuendo, Datuk M. Nasir, Azlina Aziz, Liza Aziz, Asmidar, Hazama dan Faizal Tahir.
“Alhamdulillah, proses rakaman masih lagi dijalankan. Sebenarnya konsep album duet ini sudah lama ada di negara luar cuma kita sahaja yang tidak pernah praktikkan di sini.
“Jadi saya mahu cuba konsep duet sebagai pembaharuan dalam industri muzik tempatan kita.
“Dalam pada itu saya mahu lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai konsep yang pelbagai dengan kolaborasi bersama penyanyi lama dan baru. Saya percaya pendekatan ini pasti dapat menarik minat pendengar muzik tidak kira usia mahupun golongan,” ujarnya.
Kata Adibah, dia juga percaya pengeluaran album masih lagi relevan kerana terdapat segelintiri peminat muzik yang ingin mendengar lagu menerusi album berbanding memuat naik lagu di iTunes. – mStar Online
Ahad, 6 April 2014
KUCING DICELUP MINYAK DAN HAMPIR DIBAKAR
Posted on April 06, 2014 by Tengkubutang
Vemale.com - Tak tahulah kenapa dengan manusia yang berhati kejam ni, tak ada kah sedikit rasa belas dalam diri diorang? sampai sanggup menyiksa kucen-kucen ni.. kesian sangat teman nengoknya.. apalah dosa kucen-kucen ni sampai diperlakukan begitu.. memang manusia bertopengkan syaiton betul deme ni.. Aishh.. sorry.. ter emosional lak.. hemm.. meh baca citer pasal kucen yang amat2 kasihan ni.. beberapa orang budak cuba menenggelamkan anak kucing dalam minyak dan hampir membakar anak kucing tersebut.
Untungnya kejadian itu cepat diketahui pejalan kaki yang sedang lalu disitu, sehingga anak kucing itu masih sempat diselamatkan. Anak kucing yang kini diberi nama Chester itu akhirnya dirawat dan dipelihara di Wear Valley and Darlington Cats Protection.
Chester ditemukan oleh seorang lelaki yang tak mahu disebut namanya di Chester-le-Streets. lelaki yang bekerja di jalanan tersebut ketika itu sedang bercakap di henfon, apabila melihat kejadian dia segera berteriak ke arah remaja-remaja yang kira-kira berusia 14 tahun itu.
Sang kucing tentu saja ditemukan dalam keadaan trauma. Bayangkan aja, anak kucing yang malang ini dicelup ke dalam minyak hingga nyaris tenggelam dan yang paling sedih mereka berniat membakarnya. Sungguh mulia hati orang yang telah menyelamatkan Chester dalam mala petaka itu.
Chester adalah anak kucing berbulu kekuningan. Saat ditemukan, bulunya menghitam akibat minyak yang digunakan untuk menyiksanya. Kucing itu kini dipotong sebahagian besar bulunya.
Perilaku Manusia Pada Haiwan
Hemm.. makin banyak cerita mengenai penyiksaan pada haiwan yang terjadi secara langsung maupun tidak langsung. Ada kes penyiksaan haiwan seperti di atas, ada yang tak memberi makan walaupuin kucing itu adalah dibawah tanggungjawab dia, dan ada juga haiwan yang mati akibat eksploitasi alam.
Hal ini sangat membimbangkan.. sebab itu ibu bapa perlu mengajar anak2 mereka menyanyangi mahluk bernyawa seperti kucing dan haiwan-haiwan lain yang tak merbahaya..
Sabtu, 5 April 2014
BUTANG, OYEN, ADIK
Posted on April 05, 2014 by Tengkubutang
Heee.. gambo ni nak beritahu kat korang semua.. teman ada kucen 3 ekor..
namanya Butang Oyen dan Adik a.k.a Shiro...
Langgan:
Catatan (Atom)