ad now

Pelik, Kucing Ini Menjadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam

tenku butang | 11:26 PM | 3 comments



Seorang pemilik kucing terkejut apabila mendapati kucing peliharaannya dilihat manja dengan sekumpulan anak ayam. Kejadian ini seolah-olah dilihat kucing tersebut menjadi ibu angkat kepada anak ayam tersebut.
Jangan terkejut jika anda melihat sekumpulan anak ayam bermain-main berdekatan dengan seekor kucing yang comel. Tindakan ini dilihat amat mengejutkan pemiliknya. Seekor kucing yang diberi nama Niu niu ini menjadi ibu angkat kepada 30anak ayam yang baru lahir. Bayangkan betapa comelnya mereka kerana tidak takut dengan fizikal kucing. Bukankah kucing itu mampu ‘menelan’ anak ayam jika ia terlalu lapar. Namun itu yang berlaku sebaliknya.
Lao, seorang petani berasal dari Heilongjiang, China, pada  awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.
“Saya datang ke rumah dan menemui Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya,” katanya,
“Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu keluar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mahu keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain,” tambah Lao.
Sekarang Lao tidak risau lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama anak-anak ayam, sementara dia pergi ke ladang.
“Menakjubkan,” ujar Lao. “Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut ketika tidur, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.
“Niu Niu menjilat anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana,” jelas Lao.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

3 comments:

  1. tu kelebihan yg allah beri kat haiwan..diaorang pon pandai berkasih sayang..:-)

    ReplyDelete
  2. noor liyana-->betu 2.. kucen pun ada perasaaan sayang pd haiwan yg lain kan..

    Payzo-->he2.. menarik kan..

    ReplyDelete

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..