Khamis, 9 Januari 2014

Kucing Bernama Dusty Ditangkap Mencuri Bra & 600 Barangan Lain..

Kucen Comel ini bernama Dusty

California 2011- Seekor kucing akhirnya dikesan sedang melakukan tindakan pencurian. Kucing tersebut dianggap bertanggung jawab atas kejahatan pencurian tersebut selama tiga tahun ke atas lebih 600 barangan.

Selama ini warga California bertanya-tanya siapa yang mencuri pakaian, patung beruang serta beberapa barang kecil yang terus menerus hilang. Namun pertanyaan itu akhirnya terjawab ketika seekor kucing bernama Dusty selalu kembali ke rumahnya dengan barangan milik orang lain.Tertangkapnya Dusty hasil kamera khas di malam hari. Kamera itu berhasil merakam aksi kucing pencuri itu saat ia sedang menjalankan kerja pencuriannya.
Pemilik kucing itu Jean Chu dan Jim Coleman mengaku binatang peliharaannya selalu membawa 11 barang berbeza dalam satu malam.
"Dia terus membawa tuala mandi, sarung tangan, kasut, alas kaki, mainan dan masih banyak lagi," ungkap Chu..
Sejumlah lebih dari 600 barang yang hilang dari sekitar lingkungan tempat kucing itu tinggal. Para tetangga mengatakan kucing itu suka mengambil pakaian mandi dan kucing nakal tersebut bahkan tertangkap kamera dengan sarung bra di mulutnya.


nak tengok Video? klik--->  CAT BURGLAR

14 ulasan:

  1. mcm nak gigit kuceng gmok tu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. geram kan! cumey sangat.. dah tengok video kat bawah ni? geram .. he3

      Padam
  2. Balasan
    1. hahahaha.. lum ada penjara kucen lagi.. maka dilepaskan.. kikiki

      Padam
  3. Comel kucing tu.. tp kuat mencuri pulak. Nasib baik org tak tuduh tuannya yg curi semua tu hahaa.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa.. kalau tak.. tak pasal2 tuan dapat nama buruk.. sib baik jiran depa faham..

      Padam
  4. she?
    11 items per night? nakalnya meow ni!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha2.. tau xpe.. dah tengok viedo bawah ni? cer klik link tu.. lawak tengok cara dia bawak lari barang2 tu

      Padam
  5. semua yang komen sini teman udah bw balik.. thanx sudi singgah n komen yea.. =)

    BalasPadam
  6. amboiii.. kucing ni, org suh pi tangkap tikus die pi tangkap lain pulak...

    BalasPadam

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers