ad now

DIJANGKITI KUMAN KERANA DICAKAR KUCING PELIHARAAN

tenku butang | 7:34 PM | 3 comments

RUSITA menerima rawatan di HSB. Gambar kecil, kesan cakaran kucing peliharaan pada lengan Rusita.
“Ketika cuba memasukkannya ke dalam sangkar dengan memegang lehernya, Putih tiba-tiba meronta-ronta sambil bergayut dan bertindak agresif menggigit pergelangan tangan kanan saya, manakala kuku kakinya yang tajam mencakar berulang kali pada lengan.Saya terpaksa ‘bertarung’ dengan Putih selama tiga minit dan darah menitis dengan banyak di atas lantai sebelum berjaya melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Hemm.. teringat pulak teman dengan kisah tangan kanan adik teman yang digigit seperti daging dan seperti nak dibawa lari tangan adik teman itu.. adik teman tak meronta sebab takut luka lagi besar.. masa tu kucen jiran tu gigit kuat sampai berlubang tangan adik teman tu bekas kena gigit.. mujur adik teman berjaya lepaskan tangan tu dari digonggong kucen "garang" itu.. dengan cara meniup telinga kucen tu.. hemm.. kenangan tuu.. bahaya kalau nak usap2 kucen ni tau.. kadang kita tak tau tempat kita usapa tu sebenarnya kawasan kecederaan kucen tu yg kita tak nampak dengan mata kasar.. kot ada patah kat dalamnya ke.. kucen tu melawan sebab rasa diri dicederakan.. apa2 pun.. jom baca citer dalam akhbar baru2 ni.. teman share aje.. 
Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang, Rusita Ahmad, 50, mahu membawa pulang kucing berusia enam tahun yang diberi nama Putih itu selepas disedari keluar dari kawasan rumahnya di Taman Setia, di sini, sebelum kucing itu menyerangnya dan terpaksa ‘bertarung’ dengannya selama tiga minit.
Kecederaan teruk akibat digigit dan dicakar kucing itu menyebabkan Rusita terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, berikutan jangkitan kuman pada Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Rusita berkata, dia berehat di ruang tamu sebelum dimaklumkan oleh anak sulungnya Nurhafifi Mohd Zuki, 23, bahawa kucing yang dibela sejak kecil dilihat keluar merayau-rayau di kawasan perumahan mereka.
Katanya, sebelum ini kucing berkenaan tidak pernah keluar atau bergaul dengan kucing lain, sebaliknya hanya berada di dalam kawasan rumah, selain ditempatkan di dalam sangkar khas.
Katanya, Nurhafifi enggan mengambil kucing itu, sebaliknya menyuruhnya membawa pulang ke rumah kerana mungkin masih fobia berikutan kakinya pernah dicakar haiwan berkenaan, dua bulan lalu. “Saya kemudian mengekorinya sejauh kira-kira enam meter sambil memanggil nama Putih sebelum bulu-bulunya dilihat mengembang lalu menyerkupnya dengan bakul baju dan membawanya pulang ke rumah bagi dimasukkan ke dalam sangkar.
Rusita yang turut menghidap penyakit kencing manis berkata, ketika itu Nurhafifi dipercayai panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Katanya, sebaik melepaskan gigitan, Putih masih menjegilkan matanya berwarna kebiruan sebelum melarikan diri selepas dibaling dengan bakul baju berkenaan.
Nurhafifi yang bekerja sebagai jururawat membasuh lukanya dengan air dan sabun sebelum menyapukan iodin serta ubat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

3 comments:

  1. Semoga makcik 2 dalam keadaan sihat dan tabah

    ReplyDelete
  2. Kuku dan gigi kucing memang penuh dengan bakteria. Jika dicakar, kebarangkalian untuk infection adalah tinggi.

    ReplyDelete
  3. kucing pun nak hidup bebas!!
    kucing tak punya akal, tapi punya perasaan dan naluri! cube klau kite terkongkong, ape rase?? macam tu gak lah dgn kucing tu.

    mane tau kot2 si putih tu nak jumpe kekasih ke, tak baik tau menghalang sebuah pencintaan! hehe..

    ReplyDelete

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..