Jumaat, 27 Februari 2015

FLUTD SIRI 1 – CALCULI / BATU KARANG

Posisi yg boleh digunakan utk kenalpasti jangkitan FLUTD

MASALAH SALURAN KENCING (Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD) atau BATU KARANG!

Disebabkan teman punya kucen pun dah hadapi masalah ini.. so, teman terpaksa mengkaji punca-punca penyebab Butang dapat FLUTD tu.. dan inilah info paling teman suka bca..

Uikk.. sebelum korang baca habis.. teman nak gitau.. entri ni bukan teman yang tulis tau.. teman just share dari FB aje.. leh klik kat bawah kalau nak baca macam2 nota lagi.. best gaya penyampaian Misi Gojes.. teman suka baca.. senang faham wehh.. apa-apa pun.. jom baca sama-sama..

Bismillahirrahmanirrahi…Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…apa khabar anak-anak sekalian? Hari ini, misi nak sharekan sikit info berkenaan masalah yang biasa terjadi di kalangan kucing jantan…seperti tajuk yang misi highlightkan di atas iaitu FLUTD aka Batu Karang! Bukan terumbu karang yang cantik dan berwarna warni di pulau SIPADAN tu ya anak-anak…tappiiiiiiiiii…BATU KARANG yang sangkut dalam saluran pundi kencing kucing kita!!!. Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…” Gitteww!

Haaa…si comel kite merupakan sebahagian dari ahli keluarga kita…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yg berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing tu membuatkan kite senyum x cukup pipi ye. Mahal kan…well good food for good health!

Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].

Pekejadahnya CALCULI niii??
Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu (STRUVITE) terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan iritasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Bayangkan kalo saluran kencing korang yang tersumbat kan! Bengkak ala-ala ikan buntal! Hikss…

APA SIMPTOM-SIMPTOM FLUTD- CALCULI NI? Sila rujuk dibawah yer…
  1. Kepayahan membuang air kecil
  2. Kerap buang air kecil
  3. Air kencing bercampur darah
  4. Kurang selera makan
  5. Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
  6. Dehidrasi  dan muntah-muntah [tahap kronik]
Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbezaaa..

APA PUNCA NYA?
1.    Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.
2.    Kurangnya minum air.


Pakcik Kayo!! 
GITTEW…ACANER PULAK DARI SEGI RAWATAN?
Kalau le kata kucing korang terkena penyakit ni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. 
“catheter”Instriument yg digunakan sewaktu Surgery.
Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkinan berlaku semula (berulang) itu ada. Kene ikut etika penjagaan di rumah yang vet ajarkan sewaktu discaj! Senang kata…prosedur “surgery” utk rawatan batu karang ni agak kompleks dan berisiko…
Batu Karang

PENCEGAHAN
Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya. Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya.. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.

Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. Betul tak?
Sedikit Tips pembelian makanan. Memang la jenama Science Plan dan Royal Canin agak mahal di pasaran…trick mereka mudah sahaja…makin besar pek makanan yang dijual…makin murah harganya…xde la murah sangat tapi pada misi berbaloi la harga dengan jumlah pengambilan sehari dan bekalan nutrisi yang dibekalkan.

Semoga nota ini bermanfaat buat semua… Insyaallah. daaaaaaaaaaa


Nota ini disediakan oleh :
Misi Gojes.. 
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036

FB : Helo Vet Disini   

2 ulasan:

  1. salam tb ..
    perkongsian yg menarik ..
    tu la delema bila meow sakit ni ..
    sanggup ke kita berabis utk bagi meow tu kembali sihat ..
    kos rawatan tinggi , apatah lg bila melibatkan rawatan follow up ..
    blh fening tuu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. NB .. aby dh buat reply psl helmet AGV tu

      Padam

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers