BACA SINI --> FLUTD SIRI 1
Cystitis ~~ Feline Interstitial Cystitis (FIC)
Bismillah…Assalamulaikum warga Pencinta Kucing sekalian. Bertemu kembali kita di nota seterusnya. Hari ini, misi nak huraikan sedikit topic berkenaan FLUTD siri 2. Kelas kann ade siri satu dan dua….hahah. Siri pertama tempoh hari, misi dah terangkan sedikit tentang Calculi aka Batu Karang kan! Hari ni…Cystitis pulekkkkk. Selamat mengulang kaji uols.. #fliparmpithair
Misiii… Feline Interstitial tu apa?
Haaaaa…sebenarnya Cyctitis ni merupakan pembengkakan pada pundi kending yang mengakibatkan gangguan pada system perkumuhan sekaligus mengakibatkan jangkitan. Beza antara FLUTD 1 = Calculi dan FLUTD 2 = Cystitis ni simple sahaja. Rujuk jadual dibawah ya.
FLUTD 1 : CALCULI/BT. KARANG
FLUTD 2 : CYSTITIS
Jantina % DIJANGKITI Batu Karang (FLUTD1) % DIJANGKITI Cystitis (FLUTD 2)
JANTAN 70% 30%
BETINA 30% 70%
Simple kan…kalau mengikut kajian, peratus serangan Batu Karangn cenderung kearah si jantan manakala cystitis pula lebih cenderung menyerang betina. Kenapa? Kerana salur kencing si jantan jauh lebih panjang dari betina. Hehehe..
Ayo Misi…bagi iols blur jew.. Ape symptom-simptom Feline Interstitial Cystitis ni?
Simptom-simptom penyakit ni adalah :
Posisi Kencing
- Percubaan untuk kencing yang sangat kerap
- Meneran sewaktu Qada Hajat
- Kencing di tempat-tempat yang tidak sepatutnya – bukan di litter box.
- Membuat bunyi bising sewaktu kencing…sakit oooooooo
- Kecing yang berserta darah
Kerap jilat anu dia.. (sorry agak kurang sopan gambo ni)
Haaaa…kalau Nampak tanda-tanda mcm ni kat kucing korang tu…bersedialah yerr..cepat2 bawak ke Klinik Veterinar tauu..
Pundi Kencing yang membengkak!
Aisehmannnn…takot la Misi…cer bagi tau ape punca terjadi Cystitis ni ek?
Haaaaa…nama pun jangkitan pada pundi kencing. Biasanya berpunca dari :
- Stress. Akibat dari perangai yang suka tahan kencing.
- Jangkitan bakteria dari salur salur kencing naik ke pundi kencing- kotak pasir yang kotor!!!
- Jangkitan Virus (FeLV – Feline Leukemia Virus)
- Hormon yang tidak stabil – berpunca dr masalah Diabetes atau Tiroid.
Amat penting untuk korang bawa kucing korang ke Klinik untuk pemeriksaan berkala. Bukan apa, kalau la kata mereka ada masalah kesihatan, Vet akan cadangkan kaedah rawatan awal supaya mampu membendung masalah lebih besar yang mungkin terjadi akan dating. Pemeriksaan fizikal di sesetengah klinik (termasuk la Klinik kami free jahhh)
Amboi…kelas kau misi…sempat promot. Dah..jangan merapu lagi…cer bagitau mcm mana nak diagnosi penyakit ni cepat…
Ahahaha…kesian korang kene baca repekan misi sebelum dapat info kan! Nasib la labuuuuuuuuuuuu…dah misi korang ni perangai mcam Sailormoon..nak acaner kann..haha.
Well, diagnosis untuk FIC ni bergantung pada symptom yang ditunjukkan. Seperti yang dimaklumkan, FIC ni masalah yang hamper sama symptom dengan Batu Karang! Jadii..
- Vet akan kenalpasti jangkitan berdasarkan History atau Sejarah kesihatan yang dimaklumkan oleh tuan mereka dan meraba bahagian pundi kencing si comel. Apabila symptom FIC dimaklumkan/dikenalpasti :
- Vet akan cadangkan X-ray yang merupakan salah satu kaedah yang Klinik gunakan untuk kenalpasti jenis jangkitan yang berlaku didalam pundi kencing.
- Ujian air kencing…biasanya digunakan untuk memeriksa kandungan protin..darah dan apa-apa sahaja yang abnormal didalam nya.
- Kaedah terbaik untuk kenalpasti FIC adalah dengan kaedah Ultrasound.
I see…mcm tu ek misi…mcm mana pulak dengan rawatan nya?
Biasanya, kalau si comel memang dah disahkan oleh Vet menghidap Cystitis ni…mereka akan berikan rawatan yang sewajarnya. Bersesuaian dengan masalah yang dihadapi..
Vet Juga akan mencadangkan kaedah pemakanan yang bersesuaian bagi mengawal jangkitan di dalam pundi kencing dia.
Kaedah rawatan = Tidak dapat didedahkan kerana itu merupakan prosedur Klinikal.
Fine…prosedur la sangat ya Misi…ko takut kene report kan! Hahaha…dah..cepat ajar kaedah mencegah!!!
Hahahaha…sendiri mau faham la ya…well…kaedah pencegahan yang boleh diaplikasikan di rumah sangat lah mudah ya.
- Pengurusan Kotak Tandas – Ko rasa??? hahaha
- Kalau korang ade 4 juta ekor kucing dalam rumah…korang letak satu je kotak pasir tandas tu…cukup ke? Hahaha… Nisbahkan la jumlah si comel korang dengan kotak pasir yang patut ek. Sbg contoh…empat ekor kucing…korang sediakanlah 2 box untuk mereka poo dalam tu…sebab mesti ade antara mereka yg x suka berkongsi tandas…kang ditahan kencing terus jadi masalah pulekkkk..
- SIZE DOES MATTER! HAHAHA..korang ingat korang je suka yang besar2? Kucing pun occay! Make sure saiz kotak pasir tu sesuai dengan saiz kucing korang… jangan la pulak kucing sebesar lori, kotak pasir sebesar mangkuk lengkong (agar-agar)!!!
- Pastikan kotak pasir mereka tidak terlalu tinggi. Anak kucing kan kecik, kalau kotak besar acaner dia nak panjat kan…kand dia dok tahan kencing…dah masalah…
- Pasir yang digunakan sebaiknya bebas habuk dan bau.. korang memang la suka pasir yang bau lavender lah…lemon lah…grilled steak bbq lah…ehh…lapar laa… tapi kucing x suka ya. Bau yang terlalu kuat mengakibatkan ketidak selesaan pada mereka.
- Kerap cuci bekas pasir mereka ekk… Kekerapan yg terbaik sehari tiga kali…pagi, Tengah hari dan malam…bagi yang bekerja smpi x Nampak matahari tu…dua kali pun voleyyyy….
- Letakkan Kotak pasir di lokasi yang mudah untuk mereka membuang dan pastikan tidak berdekatan dengan kawasan tempias hujan, atau berdekatan dengan objek yang mereka takut!
Haaaaa…mudah. Tu utk pengurusan kebersihan tandas. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyediakan bekas air dalam jumlah yang mencukupi. Dan sediakan mainan atau kawasan khas untuk mereka bermain bagi tujuan mengurangkan stress.
Haa..sedikit sebanyak tentang masalah Jangkitan dalam Pundi Kecing yang kedua. Rujuk dan fahamkan ekk..kalau tak faham…bleh jew call/inbox weols ekkkkk
Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN
DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.
Nota ini disediakan oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036
FB : Helo Vet Disini
Kalau tengok orang yang ada batu karang ni dah nampak terseksanya orang tu, inikan kucing. Kesiannya.
BalasPadamKucing sy betina. Baru ni perasan dia x bleh nk kencing. Klau bwak ke vet brp kos rawatannye ye. Tq
BalasPadamassalamualaikum.. kucing saya kencing berdarah.. dah bawak klinik doc just bg ubt jea.. doc kata klu msk tube 50:50.. masalah sekarang kucing saya dye x nk mkn.. puas dah suap.. dye minum air jea.. mcm mana ea saya nak buat..
BalasPadammaaf ye.. saya baru terbaca posting awak ni.. apa khabar kucing awak skang?
PadamSalam. Sy baru lepas buat rawatan pd kucing sy. Selepas dibius,dan bawak balik ke rumah, keadaan dia membimbangkan sy. Kucing sy tercungap2,terjelir lidah dan bernafas laju seperti anjing. Adakah itu normal?
BalasPadamSalam. Sy baru lepas buat rawatan pd kucing sy. Selepas dibius,dan bawak balik ke rumah, keadaan dia membimbangkan sy. Kucing sy tercungap2,terjelir lidah dan bernafas laju seperti anjing. Adakah itu normal?
BalasPadamSalam. Kucing saya ada masalah kerap kencing tetapi dalam tempoh yg lama dia duduk mngcangkung. Pastu bila kencing dia selalu bising2 mcm sakit...apa perlu saya buat?? Klau nk bawak jmpa vet. memng susah sikit sebab kcing saya susah nk bwak naik kereta..dia takut...so, apa patut saya buat???
BalasPadamMasukkan dlm kndang kecik, bawak naik keta, pi jumpa vet.
Padamsalam, kucing sy ada simptom seperti yg miss ckpkan tu dan sy da bawa ke vet. vet da bg 4 jenis ubat, antibiotik, antiradang, kidney supply n satu lg xingt..hari ni hari ke 4 kucing sy on drug tp simptom tu still ada cumanya kuantiti darah dlm air kencing tu da kurang sikit. perlu ke sy bawa ke vet semula atau habiskan ubat dulu? biasanya keadaan kucing akan ok selepas berapa hari ye? thanks miss
BalasPadamSalam..hai..saya ada ank kucing jantan, yatim piatu (nama dia bobby) umur 5 minggu..sejak sminggu lepas, bobby kerap berak n kencing keluar darah..dia still aktif mcm biasa,cumanya bobby mnum susu skit sgt n kena pksa dia mnum gna picagari..bert bdn plak trun mendadak wlaupun kerap bg dia mnum susu. kalau gosok2 perut dia, dia marah n akn jd agresif kalau saya pegang bahgian kluar najis tu..dua hari lepas, saya bwa prgi ke VET n VET sahkan kna ccing..lepas bg ubt cacing, selang bberapa jam tu memg dia berak kluar cacing gelang..smua tmpt tidur, tmpt mkn n tmpt buang kotoran saya gantikan dgn y baru sbb tkut bobby kna cacing smula..mnum susu pown dh ok tpi untk satu hri lepas mkn ubt ccing tu ja..kemarin bobby jd xnk minum susu balik..dia selalu tolak puting susu kluar wlaupun nmpk dia lapar..pd td, saya tengok dia susah sgt nk kencing n kencing dia pulak keluar darah lg..cara dia kencing sebijik macam gambar y miss letk kt ats tu (y posisi meneran tu)..saya google jgk punca2nya, tp byk y sya jmpa mcm xpdn dgn simtom2 y ada pd bobby..adakah kencing brdarah tu sbb ccing atau bnda lain??ataupun slepas mkn ubt pown, perkara mcm ni memg biasa jd n mkn masa utk sembuh??ni 1st time saya cb jaga ank kucing n saya perlukan bantuan sgt2 utk tahu tindakan slanjutnya y saya perlu buat..bantuan miss sgt saya hargai..
BalasPadamkalau kucing yg brumur 11 bulan, asyik terkencing je kenapa ek, dah pakaikan pampers kesian dia asyik terkurung je so pakaikan la pampers.... doc suruh beli ubat radang dan kencing lawas tapi sama je ... ada kaedah lain tak
BalasPadamAssalamualaikum...sya nk tanya setiap kali bulus sya buat grooming mesti dia kena tinggal kt sna..esok hari baru blh ambil..slpas blik dr grooming dia terus msuk toilet..agak ssh utk dia kencing...sbb dia tahan kencing rasanya..di rumah dia poo n pee dlm toilet bkn dlm litter box...mgkin dia xbiasa so dia tahan kencing..agak ssh jga nk buat dia kencing ok semula..sya bg dia air kelapa muda..tp amik masa jga utk pulih..kesian tgok dia..klu g vet mmg doc bg ubt n sruh bg rc urinary
BalasPadam