Jumaat, 22 Februari 2013

Scarlett | Ibu Kucing yang Berani..

Scarlett bersama brg mainannnya.. tisu2 kain2.. n benang2.. hee.. 
haa.. cer tgk wajah Scarlett ni.. ada nampak pelik x?
cuba tenung lg.. ada apa2 yg pelik x?
yg ni.. masih x nmpk apa yg pelik?
ok lea.. meh kita zoom.. nampak kan.. mata scarlett agak pelik.. nk tahu kenapa? jom baca citer sedih ni.. sebak teman membacanya tauu.. opss.. air mata udah jatuh.. =(
mungkin gambar ini bole menceritakan segalanya? apa2 pun baca citer bawah ni.. citer ni berlaku tahun 1996.. jom kita baca n kalau nk tau lebih story.. gi tanya pakcik google yeaa..! 

Kucing pun sayang anak.. aduh tiba2 teman rasa sedih n pilu baca artikel ni.. memang terbayang j cara mcm mana ibu kucen ni menyelamatkan ank2 nya dari kebakaran.. memang kagum dgn pengorbanan ibu kucen ni..

Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.


Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)


Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. (gambar 3) Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.


Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan. 


P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.

9 ulasan:

  1. hebatnya pengorbanan ibu walaupun dia hanya seekor kucing... MasyaAllah..

    BalasPadam
  2. yea betul anna.. rasa sebak n sayu baca citer pasal scarlett ni.. Allah Maha Besar jadikan kucing berperasaan kasih dan syg pd anak2 dia..

    BalasPadam
  3. sebak rasa dada baca. semua ibu memang akan cuba sedaya upaya untuk buat yg terbaik untuk anak-anak..

    BalasPadam
  4. Apa mknn kegemaran awk? Jom! Jemput join segmen 1st saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

    BalasPadam
  5. kalau boleh..nyawa pun sanggup diberi pada sang anak..

    BalasPadam
  6. MissNadia-->betul.. mmg rasa nk menangis membayangkan mcm mana ibu kucen ni menyelamatkan ank2 dia walaupun telinga dan mukanya dh terbakar..

    BalasPadam
  7. Kamsiah-->betul kak.. demi anak2 ibu sanggup berkorban apa saja..
    #teringat kat emak kat ipoh.. tq mak.. =)

    BalasPadam
  8. huishh teruk tu terbakar badan dia....anak2 nampak semua ok je...

    BalasPadam
  9. Sebak....huk..huk...berlinang air mate...
    Allahhuakbar...subhanallah.....
    Walaupun seekor binatang..dia lebih mulia...

    BalasPadam

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers