Jumaat, 13 September 2013

Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing..

Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing.. (jangan ambil remeh)

Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing......


Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.

Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.

Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Cara mencegah CSD:

1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing.
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu.
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

Walau macam manapun, kita kena berhati-hati juga sewaktu membelai kucing tu..yang paling penting jaga kebersihan kucing anda!..itu yang pasti..

7 ulasan:

  1. bahaya gak erk...tucen kt umah tu mmg suka menggigit kaki..sbb nak ajak main ngan dia...aiiihhh...

    BalasPadam
  2. kalau kita dah mandikan kucing tu..still kuman tu ada dalam air liur dia ke?even dia xde kutu? meaning that bile dia jilat2 tangan bahaya lah ye? oh very nice info.thanks anyway.

    BalasPadam
  3. teman paling takut kena cakar dengan kucing...

    BalasPadam
  4. Bahayanya.. syukran sebab kongsikan info nie :D

    BalasPadam
  5. oh br tau. thanks for d info! :D

    BalasPadam
  6. Tak la lover sgt ngan kucen2 ni, tp adelah sekor kucing tu, dari mane ntah, tibe2 je numpang kt umah, cian kt die, belikan makanan kucing.. tp sib baik tau diri kucen ni, tak masuk umah pon, cume duk kt luar je..

    BalasPadam

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers