Selasa, 24 Mac 2015

Penyakit Zoonotik / Zoonotic Disease.

Haha.. semakin suka baca Nota-Nota di Page Helo Vet Disini.. bermacam ilmu dan pengetahuan baru teman dapat.. hemm.. so, nak kongsi gak dengan semua pencinta kucing.. Jom baca.. Tapi kalau rajin.. singgahlah Page ini yea.. tengok link bawah sekali..

Nota dari Misi yang.. super awesome! heee.. jom baca..

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua. Since ade yang bertanya tentang penyakit yang bersifat zoonotic ni…maka Misi karangkan khas untuk menjawab sedikit persoalan yang terawang-awang dlm kepala korang tu… Okeh,mari kita mulakan ya. Bismillahirrahmanirrahim..

Misi, Zoonotic disease tu menatang ape?
Omaigoddd...tak tahu ker? Meh Misi bagitau..(sambil gosok2 Dr Anonymous kecek ilmu dia…lalalal) mcm ni ye uols...kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh si comel kita tidak boleh menjangkiti kita. Ia bersifat setia ke akhir hayat kepada host(perumah) nya sahaja. Tapi ada diantara Bakteria, Fungal,virus atau penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh si comel boleh menjangkiti kita.Mak tatottt nyahhh!! ...Zoonotic Disease ni kebanyakannya merbahaya ya...sila ambil langkah-langkah keselamatan pada tahap maksima sekiranya anak bulus korang disahkan menghidap Zoonotic Disease! Tapi, kalau korang biasa mengamalkan prosedur pencegahan seperti menjaga kebersihan termasuklah pembersihan kotak najis yang sempurna, vaksinasi dan sentiasa kemaskini rekod nyah parasit, Insyaallah All is Well…wallaweyy!

Ayooo…takotnya kita Misi…acaner penyakit Jahat tu leh kene kat ite ek Misi?
Mudah je...org jahat akan dibalas jahat ye! Ahahah...taklah..misi saje je bg warning pada org yang suka menjahati makhluk tak kiralah manusia ke haiwan!!. Eheheh.. Biasanya Zoonotic Disease ni boleh berjangkit melalui sentuhan terus pada rembesan/lelehan atau bahan kumuhan yang keluar dari si comel yang dijangkiti seperti air liur, najis. Boleh juga dipindahkan melalui parasit-parasit yang mendominasi si comel. Malahan melalui makanan dan minuman yang tidak sengaja dijilat oleh si comel yang sakit ittew. Gigitan si comel yang berpenyakit ini amatlah ber”dangerous”…Ya Allah…semoga kita semua dijauhkan dari semua inniey…

Ammaaaa…Misi…tell me tel me cepat…siapa yg senang kene atau berisiko kene penyakit ni ek?
Memandangkan kamu panggil misi gojes, so misi akan jawab dengan gaya lemah lembut ala2 Fara Fauzana dalam NONA…huahuahua….Well,kebanyakan Zoonotic Disease ni kesannya minima jek kecuali pada individu yang lemah. Maksud misi Individu yg Lemah adalah seperti, baby atau kanak-kanak, individu yang menhidap AIDS, warga Emas, Ibu-Ibu mengandung, dan pesakit kanser yang sedang didalam rawatan terapi. Golongan-golongan tersenarai di atas, sila ambil langkah2 pencegahan yek. 


Ok-ok...Misi ni banyak cakap la kan..ape kata Misi senaraikan penyakit-penyakit yang bersifat Zoonotik ni...banyak sket pekdah(faedah) nya...huhu.
Wah...carut misi ya. Awas kamuu...baiklah, Misi cut short...sila rujuk senarai bawah ya.

Jangkitan Bakteria Biasanya disebabkan oleh cakaran dari kucing-kucing yang dijangkiti bacteria seperti;

Jangkitan Bakteria akibat Cakaran/Gigitan kucing juga dikenali sebagai bartonellosis. Simptom dijangkiti; Lymph nodes membengkak terutamanya sekitar kepala, leher dan anggota badan sebelah atas. Mungkin mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan otot, keletihan dan hilang selera makan. Jika yang dijangkiti tu Lelaki atau Wanita matang yg sihat, ia boleh sembuh sendiri Cuma makan masa yg agak panjang. Kalau yg dijangkiti dari kategori yg Misi sebutkan atas tadi, mungkin mereka akan mengalami kesan lebih teruk termasuklah kematian ya. 

Salmonellosis, lagi satu bakeria yang agak biasa dan boleh mengakibatkan cerry-berry (cirit), demam, sakit perut yang berlarutan. Salmonella ni biasanya ade pada kucing yang biasa diberi makan DAGING,IKAN ATAU AYAM MENTAH. Najis yang dikeluarkan akan menjadi perumah kepada bakteria tersebut dan menjangkiti makhluk lain sekitar mereka. Sesetengah kes jangkitan bacteria ni memerlukan pemerhatian atau rawatan perubatan khas. Alert please...ramai yg diluar sana bg kucing2 korang makan benda2 mentah kannn.. 

Jangkitan Parasit Parasit-parasit sepertu kutu, Hama, Cacing. Kebanyakan jenis cacing terutamanya Cacing kerawit dan cacing pita dengan mudah boleh menjangkiti kita tanpa disedari ya. Sebab tu misi galakkan pencegahan awal berbanding rawatan. Paham ke tak ni?  

Jangkitan Fungal (Sporotricosis ) ~ Hmm…yg ni sangat Common dalam Dunia kucing…kerap kali kes Sporo ni menjengah klinik ya…biasanya kes sporo yang peringkat awal dapat dikesan, Dr vet akan menyarankan rawatan intensif untuk membantu si comel ni sembuh. Dan ada juga Vet yang mengambil kira keselamatan Tuan lalu betindak menyarankan tuan untuk PTS (put to sleep) aka mengakhiri hayat si comel mereka. PTS ni sgt sensitif dan ada setengah owner sgt allergic dgn word tu…but its actually up to you guys…the vet will explain the cause, consequences and alternatives while you are there to decide. Ingat…Allah sgt sayangkan hambanya yng berusaha…ade je sesetengah kes Sporo yg recover dan survive malahan dah gemok dah sekarang ni ya…Nanti misi akan sediakan nota khas utk cover topik sporo ni aje ek… 

Jangkitan Protozoa Organisma yang bersel tunggal ni boleh mengakibatkan jangkitan yang agak bahaya juga. Ade tiga (3) protozoa yang berbaya iaitu, cryptosporidiosisgiardiasis, and toxoplasmosisCryptosporidiosis dan giardiasis boleh mengakibatkan cirit-birit, dan merebak melalui air yang tercemar. Juga melalui kotak najis yang tidak dibersihkan dengan betul.

Toxoplasmosis ni pulak berpunca dari protozoa parasit yang dikenali sebagai  Toxolasma gondii. Meletopppp nama..macam watak cite otromen kannn...ape lagi, kasi Laser Beam je bg musnah kennn...eheheh. Individi yg ade masalah imuniti, kanak-kanak dan ibu mengandung paling mudah dijangkiti dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Raksasa gorgon  yang bernama Toxolasma gondii.  Ni mudah membiak pada persekitaran yang kotor terutamanya pada kotak najis dan bekas makanan yang tidak dibersihkan. Juga boleh didapati pada makann yang tidak dimasak sempurna. LAZIMNYA SI COMEL DIPERSALAHKAN SEBAB MENYEBARKAN BAKTERIA NI, HAKIKATNYA...TUAN DIA YG SALAH X JAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN DAN KEBAJIKAN SI COMEL YAAA!! AWASSS!!!

Jangkitan Virus. Kebanyakan virus kucing tidak akan menjangkiti manusia kecuali RABIES VIRUS (siap bunyi gema sekali) hehe. Sebab tu la kebanyakan Negara mewajibkan semua kucing dan anjing diberi Rabies Vaccine. Sangat penting diketahui bahawa Rabies mengakibatkan kematian yer. Biasanya kucing liar, atau haiwan liar seperti kelawar dan Raccon menjadi punca penyebaran. Sangatlah penting utk memastikan kucing korang yang indoor tu tidak ada hubungan terus dengan kucing-kucing atau mana-mana haiwan liar yang terdapat di persekitaran rumah. Untuk korang plak, kalo kene gigit dengan mana2 haiwan yang disyaki menghidap Rabies Virus ni...segera berjumpa doctor yaaaa.....Ingat tuuu...

Aiseh...manyak nye Misi...dah tu, ape yang boleh ktrg lakukan utk lindungi diri saya dan anak-anak bulus saya ekk?
Common sense...Haaa...kalo pernah dengar, sila aplikasikan bersama penjagaan kesihatan asas di rumah untuk menjaga keselamatan bersama . Sebagai contoh ;

1. Cuci tangan sebelum makan dan selepas menguruskan si comel korang.     

2. Jadualkan pemeriksaan kesihatan dan ujian najis si comel korang sekerap mungkin utk memeriksa sebarang kewujudan hidupan yang tidak diingini.  Giteww.   
  
3. Segera ke Klinik Haiwan utk pemeriksaan si comely g sakit.  
   
4. Update Vaksin Rabies si comel korang.     

5. Kekalkan pencegahan Parasit seperti kutu, hama dan cacing.     
6.Elakkan dari si comel menjilat muka, makanan, peralatan rumah.     
7. Pertimbangkan utk memelihara si comel dalam rumah sepenuh masa.     

8. Sekiranya digigit, dicakar...segera berjumpa pakar kesihatan. Doktor Manusia ok     

9. Beri si comel makanan yg dimasak sempurna atau makanan komersial.     

10. Cuci kotak najis sekerap yang mungkin.     

11. Cuci kotak najis menggunakan Clorox sekerap yang mungkin. 
  
12. Gunakan sarung tangan sewaktu kerja-kerja pencucian.

Pendek kata, segala yang melibatkan kebersihan lah ya.

TAPI, NOTA INI BUKAN BERTUJUAN MEMOMOKKAN KORANG! JANGAN TAKUT, AS LONG AS KORANG JAGA KEBERSIHAN DAN KEBAJIKAN SI COMEL, INSYALLAH SAMA-SAMA SELAMAT. BAITI JANNATI..UNGKAPAN YANG SESUAI UTK SEBUAH RUMAH BERSIH YANG LAYAK DIDIAMI OLEH KITA DAN ANAK-ANAK BULUS KITA. DAAAAAAAAAAA.....EH...SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH... ASSALAM.

p/s : nota ni xde la lengkap mana pun, utk maklumat lanjut sila minta konsultansi veterinar berdekatan atau basic info selebihnya dari Prof Madya Dato Dr Google ekk...lalalala

Nota ini disediakan oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036

FB : Helo Vet Disini   

1 ulasan:

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers