Rabu, 9 April 2014

Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah

Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah

Khamis, 29 September 2011 Milbury (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.
Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness.Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan. 
Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja.Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.
 
 

Selasa, 8 April 2014

DATO SERI NAJIB TUN RAZAK PUN SAYANG KUCING

olololo.. bertuah kucen ni kan..
Alalalaa... teman suka orang yang sayangkan kucen tauuu.. siyess.. bagi teman orang yang sayang kucen ni adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang orangnya.. walau segarang2nya orang tu, walau sekeras2nya orang tu.. kalau dia sayang kucen tu maknanya dalam hati dia masih ada taman.. heeeee.. Opsss.. bagi sape2 yang tak suka gambo ni sila fokus pada apa yang teman nak sampaikan aje yea.. heeee.. apa2pun.. thanx buat Dato Seri najib Tun Razak sebab sayangkan kucen.. siyes.. teman suka semua foto2 ni.. siap ada anak2 kucen lagi tu.. MasyaAllah.. gemuk2 kucennya.. tandanya depa dijaga dengan baik kan! apa kata jom nengok gambo2 kat bawah ni.. heeee.. sweet belako tauu..
tengok.. so sweettt.. 
lupa lak.. ni gambo tahun 2012 tauu.. dah beso agaknya anak2 kucen kecik tu..
   
hu2.. siyes.. i like muka Dato Seri Najib time ni.. 
 
Kasih sayang bukan boleh dibuat2.. setuju tak?
 
kucen2 tu pun macam sayangkan PM kita ni kan..
 
alalala.. gerammmnya.. 
 
gebus2 belaka kucen ni.. 

Ha2.. hope korang2 yang suka kucen tu terhibur nengok gambo ni yea.. teman tau gambo ni dah lama.. tahun 2012 (July) hari tu.. tapi saja nak letak dalam blog teman ni.. sekurang2nya ada something teman suka tentang PM kita ni utnuk diletakkan dalam blog ni.. i like him coz dia seorang Pencinta Kucen jugak.. 

Isnin, 7 April 2014

ADIBAH NOOR DAN 34 EKOR KUCING

Ramaiiinya kucen Adibah Noor...

PETALING JAYA – Penyanyi Adibah Noor mengakui sanggup berhabis wang demi membela sebanyak 34 ekor kucing di rumahnya.
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing-kucing yang dibela.

“Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

“Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada mSTar Online pada Selasa.

Tambah Adibah, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah satu penghalang untuk mengingati setiap nama kucing-kucingnya dan boleh mengesan sekiranya salah satu daripada kucing tersebut hilang.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM bakal muncul dengan sebuah album berkonsep duet tidak lama lagi.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu, setakat ini dia telah merakamkan sebanyak empat buah lagu dan antara penyanyi yang terlibat termasuklah Dina Nazir, Sam Innuendo, Datuk M. Nasir, Azlina Aziz, Liza Aziz, Asmidar, Hazama dan Faizal Tahir.

“Alhamdulillah, proses rakaman masih lagi dijalankan. Sebenarnya konsep album duet ini sudah lama ada di negara luar cuma kita sahaja yang tidak pernah praktikkan di sini.

“Jadi saya mahu cuba konsep duet sebagai pembaharuan dalam industri muzik tempatan kita.

“Dalam pada itu saya mahu lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai konsep yang pelbagai dengan kolaborasi bersama penyanyi lama dan baru. Saya percaya pendekatan ini pasti dapat menarik minat pendengar muzik tidak kira usia mahupun golongan,” ujarnya.

Kata Adibah, dia juga percaya pengeluaran album masih lagi relevan kerana terdapat segelintiri peminat muzik yang ingin mendengar lagu menerusi album berbanding memuat naik lagu di iTunes. – mStar Online

Ahad, 6 April 2014

KUCING DICELUP MINYAK DAN HAMPIR DIBAKAR

Vemale.com - Tak tahulah kenapa dengan manusia yang berhati kejam ni, tak ada kah sedikit rasa belas dalam diri diorang? sampai sanggup menyiksa kucen-kucen ni.. kesian sangat teman nengoknya.. apalah dosa kucen-kucen ni sampai diperlakukan begitu.. memang manusia bertopengkan syaiton betul deme ni.. Aishh.. sorry.. ter emosional lak.. hemm.. meh baca citer pasal kucen yang amat2 kasihan ni.. beberapa orang budak cuba menenggelamkan anak kucing dalam minyak dan hampir membakar anak kucing tersebut.
Untungnya kejadian itu cepat diketahui pejalan kaki yang sedang lalu disitu, sehingga anak kucing itu masih sempat diselamatkan. Anak kucing yang kini diberi nama Chester itu akhirnya dirawat dan dipelihara di Wear Valley and Darlington Cats Protection.

Chester ditemukan oleh seorang lelaki yang tak mahu disebut namanya di Chester-le-Streets. lelaki yang bekerja di jalanan tersebut ketika itu sedang bercakap di henfon, apabila melihat kejadian dia segera berteriak ke arah remaja-remaja yang kira-kira berusia 14 tahun itu.

Sang kucing tentu saja ditemukan dalam keadaan trauma. Bayangkan aja, anak kucing yang malang ini dicelup ke dalam minyak hingga nyaris tenggelam dan yang paling sedih mereka berniat membakarnya. Sungguh mulia hati orang yang telah menyelamatkan Chester dalam mala petaka itu.

Chester adalah anak kucing berbulu kekuningan. Saat ditemukan, bulunya menghitam akibat minyak yang digunakan untuk menyiksanya. Kucing itu kini dipotong sebahagian besar bulunya.

Perilaku Manusia Pada Haiwan 
Hemm.. makin banyak cerita mengenai penyiksaan pada haiwan yang terjadi secara langsung maupun tidak langsung. Ada kes penyiksaan haiwan seperti di atas, ada yang tak memberi makan walaupuin kucing itu adalah dibawah tanggungjawab dia, dan ada juga haiwan yang mati akibat eksploitasi alam.
Hal ini sangat membimbangkan.. sebab itu ibu bapa perlu mengajar anak2 mereka menyanyangi mahluk bernyawa seperti kucing dan haiwan-haiwan lain yang tak merbahaya.. 
Nasihat teman.. Apabila kita memang tidak mampu merawat binatang peliharaan, lebih baik kita menyerahkannya pada rumah perlindungan terdekat. kerana setiap makhluk mahupun tumbuhan, haiwan dan manusia berhak untuk hidup dengan baik di dunia.

Sabtu, 5 April 2014

BUTANG, OYEN, ADIK

Heee.. gambo ni nak beritahu kat korang semua.. teman ada kucen 3 ekor.. 
namanya Butang Oyen dan Adik a.k.a Shiro... 

Jumaat, 4 April 2014

KUCEN TENGOK IKAN DALAM KOLAM

Slurppp.. Dahaga lea pulok.. heeee... 

Khamis, 3 April 2014

Kucing seludup telefon bimbit untuk dibawa masuk ke dalam penjara

Kucing seludup telefon bimbit untuk dibawa ke dalam penjara

Wednesday, June 5, 2013
SYKTYVKAR, Rusia - Seekor kucing telah ditangkap oleh beberapa wardar kerana haiwan itu digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecaj ke dalam sebuah penjara dekat sini.

Beberapa wardar yang meronda di penjara itu menemui seekor kucing yang memanjat sebuah pagar dan terdapat beberapa barang pada badannya.

Selepas mendekati haiwan itu, wardar-wardar tersebut mendapati ia membawa beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas.

Beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas itu didapati diikat pada perut haiwan tersebut.
Menurut pihak Perkhidmatan Penjara Persekutuan Republik Komi kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu.

Penjara itu terletak 1,000 kilometer dari timur laut Moscow.

Rabu, 2 April 2014

DIARI CHERRY

ni gambo teman dapat dari Google.. moh lea baca citer pasal Cherry ni.. heee... 

Selasa, 11 Mac 2014

BUAH HATI BARU BUTANG N OYEN #SHIRO

Shiro a.k.a Adik (sebab dia paling kecik daripada kucen2 lain dlm umah)
(gambar hari 1st dibela 7/2/2014)
Hai.. hari ni teman nak citer pasal kucen baru teman ni, baru tak baru la jugak.. Start bela Shiro a.k.a Adik pada 7.2.2014 .. Masa tu my kakak ipar buat mee kari kat umah dia, so, dia jemput makan .. Chef nya di import dari Taiping, Perak.. hihihi.. sape lagi.. my lovely mother in law (MIL) la yang memasak mee kari special tu.. sedappp... haaa.. pada hari tersebut gak lah.. 

Thah day my SIL tunjuk kucen ni.. masa tu kucen ni taktau gi mana.. dah menghilang kata my SIL.. cari punya cari pastu baru jumpa.. ada kat dalam kotak luar beranda rupanya.. lor.. kesian sangat2.. kesejukan dia..tak aktif (seperti gambaran my SIL sebelum tu yang kucen tu suka lompat2)..  tapi lain pulak masa kami jumpa dia dalam kesejukan hari tu.. memang keras semacam je badan dia,ingatkan dah mati.. Alhamdulillah.. kami sempat selamatkan dia dari mati kesejukan..
Pastu teman amik kucen ni bagi dia tuala dan balut badan dia.. sambil tu letak celah peha nak bagi dia rasa kepanasan haba ibarat dipeluk la kann.. kesian sgt2.. menggeletar dia.. 
Tau ke nape dia basah kuyup tu? hu3.. sebab anak SIL mandikan kucen waktu malam tu.. dua kali dia mandikan kucen yang kecik sangat masa tu.. niat dia sebab nak buang kutu2 kat badan kucen tu.. tapi dia tak keringkan bulu kucen tu.. kucen tu pulak tak pandai lagi nak jilat2 bulu dia.. maka dibiarkan macam tu jea dalam kotak.. kesejukan diluar beranda.. huk3.. 
 Bukan salah anak SIL la kan.. sebab dia budak lagi.. dia mana tau menda2 camni kan.. teman pun pernah lakukan perkara yang sama gak masa budak2 dulu.. yelah.. niat kita baik, tapi cara kita tu kita tak tau apa kesannya... anak SIL tu sayang sangat kat kucen.. cadangnya diorang nak bela kucen ni, tapi disebabkan SIL teman takut kucen (fobia sebab pernah kena cako) maka kucen tu diberi ke kami.. 
hihihi.. maka bertambahlea kucen kami.. sekarang dah jadi 3 ekor.. ngeh3.. takpe..kami suka kucen.. haaaa.. lagi satuu.. teman masa mula2 nak terima tu agak keberatan gak tau, sebab teman ni just terima kucen jantan aje.. yg betina takmau.. sebab nanti beranak kang jenuh lak nak cari tuan kucen untuk anak kucen tu.. umah kami pun umah apartment .. tak sesuai kot bela ramei2.. kang berbau asyemm umah ni.. hu3.. 
Lagi satu nak citer ni, teman cukup risau masa mula2 bela tu, sebab taktau lagi jantina dia.. sebab kecik lagi kan.. tapi lepas dah semakin membesar.. baru teman tau jantina dia.. yess.. kucen jantan rupanya.. 

heee.. hari tu ada tanya kat blogger Aby kucen teman ni jenis apa.. teman pun baru tau ni jenis siamese.. err.. betul ke Aby? hu3.. 
Apa2 pun teman happy dengan Shiro ni, sebab dia pandai berak kat tempat yg disediakan.. tak kencing merata dan manjaaa sangat2.. tiap2 malam tido atas kepala teman.. mcm gambo atas ni.. hahahaha.. 
Punya banyak tmpt luas.. tmpat sempit tu jugak dia nk masuk.. kan dah tersepittt.. aigooo
Gelagat Shiro a.k.a Adik bersama si Oyen..
Gambar Shiro Terkini.. udah gemokssss

Sekiann... Note disini.. ada Setengah Gambo-->extract from Google

Ahad, 23 Februari 2014

FBI vs OMMIE

OMMIE 
Teman ternampak post ni kat wall FB Nasi Lemak Kopi O TV9, dan kebetulan minat kucen.. ternampak pulak kucen ni.. heee.. rupa2nya diorang ada buat undian sape paling macho time 16 Febuari hari tu.. sempena raya cina tu.. So, teman saja suka2 share kat sini.. sebab kucennya cumeyy sangatt2.. namanya OMMIE. Alkisahnya.. ada seorang pembaca Ommie Ommey menghantar gambar ini dan mahu kucingnya lawan siapa macho dengan host FBI Faizal B Ismail yang berposing dengan limau dan Luq sempena Gong Xi Fa Cai. haaa.. Apa kata korang? Sape Macho? ha3.. cer komen sini.. hi3
FBI vs OMMIE 
 

Rabu, 12 Februari 2014

APA YANG KUCING KORANG SUKA??

Si Butang dan Si Oyen suka tidur, suka melayari Internet, suka menangkap lipas…Suka jatuhkan tong sampah, suka main kejo2.. suka kencing merata.. Opsssssss.. haaa.. korang lak, Kucen korang suka apa yea..? heeee.. share kat sini jom! nak nengok apa kesukaan kucen korang.. 

Selasa, 11 Februari 2014

BUDAK BERMATA BIRU KERANA KENAN KUCING

Bermata Biru Kerana Ibu Kenan Kucen

SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

Sumber: Harian Metro

Isnin, 10 Februari 2014

KUCEN JADI IBU ANGKAT ANAK LANDAK

ANAK LANDAK MENYUSU DENGAN IBU KUCEN
Di sebuah kampung, seekor ibu landak telah mati dan meninggalkan empat ekor anak yang masih kecil dan masih menyusu. Namun seekor kucing yang bernama Sonya telah mengambil anak-anak landak itu sebagai anak angkatnya dan menyusukan anak landak tersebut. Sonya juga mempunyai seekor anak yang masih kecil. 

Haaaa... citer pasal Ibu Kucing jadi ibu angkat anak anjing atau anak harimau pasti korang pernah baca atau dengar beritanya kan?? Bagaimana pula kalau ibu kucing menjadi ibu angkat landak, iaitu haiwan yang berduri tuuu? Wah, pasti jadi unik dan istimewa kan! jom kita baca citer seterusnya.. menarik giler! heee..

Rusia – Ibu kucing yang mengadopsi anak landak terjadi di Rusia. Kucing itu bernama Sonya. Menurut cerita Daily Mail, Minggu (18/11), Sonya mempunyai seekor anak. Pada masa yang sama, ada 4 ekor anak landak yang kehilangan ibunya. 

Untuk membesar keempat2 anak landak itu harus tetap menyusu. Oleh kerana itu, Sonya seperti memahami dan seperti merelakan memberi susunya kepada anak-anak landak itu. Maka, akhirnya Sonya mengasuh anaknya sendiri dan juga 4 ekor anak landak. 

Kesemua anak landak pun menganggap Sonya sebagai ibunya. Mereka tidak segan untuk menaiki atau tidur di atas tubuh Sonya.

Menempatkan bayi-bayi haiwan dengan induk asuh yang sama jenis adalah latihan untuk menghindari haiwan itu ditinggalkan kembali di masa depan. Tapi, terkadang seekor induk yang sama jenis tidak serasi. 

Susu pada haiwan mamalia sangat sepadan dan menjadi pilihan terbaik dibandingkan pemberian susu botol. Semua haiwan kecil itu disediakan segala keperluannya dan menyusu .
Anak Landak ini menganggap Ibu Kucen ini ibu kandungnya..
aishh.. cute lea pulak landak tu kan!
Ada kes kucing yang mengadopsi kelinci/Arnab, rakun, dan tupai. Kes itu terjadi pada kucing bernama Smaigel dari Yordania. Smaigel menganggap anak-anak haiwan itu seperti anaknya sendiri. 

Tapi, baru kali ini ada kucing yang mengadopsi anak landak. dan lagi satu nak cerita, Salah satu kes adopsi yang aneh iaitu Sain Mai, harimau di Sriracha Tiger Zoo di Thailand yang mengadopsi sekelompok anak babi. aneh tak aneh? hu3

Tapi kes yang paling terkenal dan menyentuh hati teman ialah cerita yang terjadi pada anak kuda nil bernama Owen. Owen diselamatkan ketika hanyut ke samudera Hindia ketika kejadian tsunami tahun 2005. Owen mengganggap Aldabran, seekor kura-kura jantan, sebagai ibu angkatnya. sayu je baca kan!
Klik kat gambo atas ni kalau nak nengok 
Video Ibu Kucen menyusukan Anak Landak
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers