Keratan akhbar yang teman share ni teman dapat masa google cerita/info tentang kucen2 untuk teman jadikan entri sebagai perkongsian bersama.. tiba2 terjumpalah gambar ni dekat google. Mula2 excited gak lea nak tau lebih lanjut tentang kucen berwajah monyet ni.. hihihi.. tapi rupa2nya ini memang monyet pun..spesis monyet yang dinamakan Pygmy Marmoset.. gambar atas ni,mungkin exotic pet yang terlepas dari tuannya. haa..kalau korang nak tengok lebih dekat, kat zoo banyak lea spesis ni..
Kalau tengok dari belakang memang macam kucen bentuk badannya kann..
tapi kalau tengok dari depan... errrr..
Gambar dari google, Pygmy Marmoset bersama kucen ..
So, bagi yang belum tahu apa itu Pygmy Marmoset, jom kita tambah ilmu sikit tentang haiwan spesis ni.. Pygmy Marmoset ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama latinnya Callithrix (Cebuella) pygmaea.
Panjang monyet lucu ini hanya sekitar 5 sampai 6 inci termasuk panjang ekor.Ini merupakan monyet terkecil di dunia dan hanya tinggal di kawasan hutan Ekuador dan brazil. Monyet-monyet kecil dan lucu ini biasanya hidup dalam kelompok 2-6 ekor saja.
Monyet ini merupakan primata yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram beratnya, sedangkan berat betina hanya sebanyak 120 gram.
Pygmy Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.
Pigmy Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.
kerana ukurannya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan lincah,Pigmy Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar.Monyet ini dapat hidup sehingga 11 tahun.

Gambar n Info : Google
0 ulasan:
Catat Ulasan
Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..