Selasa, 4 Februari 2014

KUCING LUMPUH DAN ANJING BERSAHABAT AKRAB


Anjing dan Kucing ini ibarat sahabat yang tidak boleh dipisahkan lagi.. 
Hu3.. masa balik kampung sempena cuti tahun baru cina baru2 ni, teman di unjuk sekeping keratan surat khabar bertarikh 24 Januari 2014, keratan tu emak teman simpan sebab nak tunjuk pada teman katanya.. mak teman pun memang suka kucen dari dulu lagi.. memang udah menjadi kesukaan kami membela kucen sedari dulu lagi.. sebab tu kalau ada jea citer2 menarik pasal kucen dalam surat khabar atau majalah, mak akan simpan.. 

Keratan surat khabar yang mak tunjukkan pada teman kali ni ialah tentang kucen dan anjing yang bersahabat akrab sangat.. Sweet sangat2 tauu.. macam mana boleh bersahabat ni? bukankah kucen dan anjing ni seteru sejak dulu lagi? 

ho2.. memang rasa suka sangat tengok gambar kat atas ni.. terbayang macam mana anjing tu gonggong kucen yang lumpuh tu dulu kan.. Opsss.. nak tau lebih lanjut? baca bawah ni yea.. =) 

PERIBAHASA ‘bagai anjing dengan kucing’ biasanya dirujuk kepada individu yang sering bertelagah. Namun, peribahasa itu tidak lagi relevan apabila kedua-dua haiwan itu dikatakan menjadikan ‘sahabat setia'.

Pemilik anjing Diane Gagliano yang bekerja di Perkhidmatan haiwan Seminole County berkata, anjingnya mengutip kucing itu dari tepi jalan selepas dibuang oleh pemiliknya.
“Kucing lumpuh itu berusia kira-kira dua tahun. Anjing saya membawanya pulang ke rumah dan kini kedua-duanya bersahabat,” katanya dipetik DailyMail

Menurutnya, jika ada sesiapa yang cuba menyentuh kucing itu, anjingnya akan melindungi kucing terbabit.Melihat keakraban kedua-dua haiwan itu, beliau kini berusaha membuat kempen menyelamatkan kucing dan anjing terbiar di sekitar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.

3 ulasan:

Hai.. cat lover! meh lea komen kat sini.. kucen2 teman happy sgt kalau korang komen kat sini.. depa ckp.. thank you yu all yg encem, cute,lawo,cun,ganteng! he3..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers