Rabu, 4 Disember 2013
KENALI SIKAP KUCING ANDA MELALUI PERGERAKAN EKOR
Posted on Disember 04, 2013 by Tengkubutang
Selasa, 3 Disember 2013
KUCING YANG SETIA
Posted on Disember 03, 2013 by Tengkubutang
Seekor kucing di Italia menunjukkan kesetiannya terhadap sang majikan yang sudah meninggal dunia. Kucing itu tak pernah lupa mengunjungi makam majikannya setiap hari.
Kucing bernama Toldo itu ditinggal majikannya, Lozelli Renzo, yang meninggal pada September tahun lalu di usianya yang ke-71. Toldo dikabarkan mengikuti rombongan pengantar jenazah yang akan memakamkan jasad majikannya itu di sebuah kompleks pemakaman. Sejak saat itu, Toldo pun mulai sering mengunjungi makam majikannya tersebut.
Kucing itu selalu membawa benda-benda ketika mengunjungi makam majikannya. Benda itu antara lain adalah dedaunan, ranting, dan potongan kertas atau plastik. Demikian seperti diberitakan Digital Spy,
Senin (7/1).
“Ketika saya mengunjungi makam suami saya bersama putri saya, saya melihat ada kumpulan ranting di atas makamnya. Saya bilang ranting itu dibawa Toldo namun putri saya tidak mau mempercayainya,” ujar istri Renzo. “Seringkali orang yang saya temui dalam perjalanan mengatakan bahwa Toldo telah berada di sana sejak pagi,” tambahnya.
Menurut istri Renzo, suaminya memang memiliki hubungan yang sangat dekat dengan Toldo, sehingga ia tidak heran dengan sikap setia yang ditunjukkan oleh kucing berusia 3 tahun itu.
Isnin, 2 Disember 2013
Tribute to Iyo (Hero)
Posted on Disember 02, 2013 by Tengkubutang
24 NOVEMBER 2013 - HERO MATI KERANA LEUKEMIA
Entri berkaitan Hero-->HERO
Entri ni teman taip khas untuk Iyo, baru hari ni dapat buat entri ni sebab masa terhad nak buat macam2 sampai terlupa tentang entri Iyo yang dah lama tersimpan dalam draft.. masa nak update blog kucen ni baru ternampak draft entri pasal Iyo.. kucen yang sangat tabah.. kucen yang menjadi buah hati ramai pencinta kucen di Malaysia ni, siapa yang tak kenal icon comel Malaysia ini? Hero atau nama manjanya Iyo.. telah diselamatkan oleh penjaganya yang dikenali sebagai Papa Hero (PH), sehingga Iyo kembali sihat dan lincah walaupun cuma berbekalkan 2 kaki sahaja.. manakala yang lagi dua telah dipotong oleh manusia yang tiada perasaaan.. kejamm.. mujur PH ada memberi sinar baru dalam hidup Iyo.. video Iyo sewaktu mula2 teman lihat dulu cukup menyayat hati.. tak sanggup tengok seksanya seekor kucen diperlakukan begitu.. kini Iyo dah pergi buat selama2 nya.. sedih tak terkata.. tak sangka.. kucen yang selalu menjadi bualan hangat di media2 elektronik, di majalah kini telah tiada.. moga Iyo tidur dengan lena disana yea.. we all love u!
Papa Hero bersama Iyo
22 November 2013 Iyo Warded
Iyo tengah rest baru lepas makan dan buang air besar, semuanya normal dan sepatutnya
seminggu dari tarikh Iyo dalam gambar ni PH kena bawak ke UPM utk pemindahan darah,
namun tak kesampaian.. Iyo pergi sebelum waktunya..
24 November 2013, Iyo atau Abam (panggilan manja dari PH) telah pergi buat selama2 nya..
sedih dan sebaknye bila baca kata2 PH untuk Iyo ni..
"Pelukan terakhir dari Ayah utk Iyo..
Ayah akan kenang jasa Iyo sampai bila2..."
Isnin, 11 November 2013
OYEN YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG
Posted on November 11, 2013 by Tengkubutang
oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia kurus sekarang sudah gebuss,
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia comot sekarang sudah cuteee.. ha2..
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia manja sekarang dia eksyennn...
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu suka tido sini, sekarang dah x sukaa..
Heeeeeeeeeeeeee.. saja pagi2 ni teringat nak upload gambo kucen teman yang sekor lagi ni haaa.. yelea.. asik Butang jea jadi pilihan masuk blog teman kan, Oyen takde pun di kasi peluang enterframe.. majok pulak budak tu kang.. hu3.. nah.. sekarang, Oyen pun dah masuk dalam blog teman ni.. puas hati tak Oyen?? ha2..siap buat lagu lak tu.. sebab dulu dia kurus sangat2.. comot..mata berair.. suka beyak n kencing merata.. sampaiiiiilah ke hari ni.. teman x tau nak ngajo camne dah.. degil bebeno dia ni.. tapi nak wat cne.. udah sayang sangat kat dia ni.. redha kan jelea.. cuma kalau nampak dia mula nak mengencing kat mana2, kenalah menjerit sampai cermin pecah kasi dia terkejut.. pastu dengan lipas kudung dia lari kencing kat dalam bekas pasir (Toilet dia) haaa.. pandai lea pulak dia yea.. haishhhhh.. memang menguji kesabaran...
yang ni lak si Butang, kucen teman yang palinggg hubby teman sayang.. heee.. pernah berberapa kali cubaan melarikan diri dari umah, pergh.. tercungap2 teman mengejonya.. aduh.. Butang sayang, kat luar tu banyak sangat anjing2 liar, Butang tak tahu lagi apa akan jadi kalau dok luar sana.. tolonglah faham.. hu2..
nak tau kisah macam mana start bela Oyen?
Klik---> OYEN YANG DULU
Klik sini gak ----> OYEN SAKIT
Klik Sini sekali --->MISI MANDI OYEN N BUTANG
Jumaat, 11 Oktober 2013
CIKO DAN KIKI.. KUCEN SIAPAKAH INI.. ?
Posted on Oktober 11, 2013 by Tengkubutang
Khamis, 10 Oktober 2013
Isnin, 7 Oktober 2013
BLOGGER DEDEQDEWISHES.. TQ!!! HE2..
Posted on Oktober 07, 2013 by Tengkubutang
Sabtu, 5 Oktober 2013
KUCING MATI KERANA DI RACUN !!
Posted on Oktober 05, 2013 by Tengkubutang
KUCING INI MATI KERANA DI RACUN !!
YA ALLAH, KEJAMNYA MANUSIA YANG BUAT KERJA DURJANA INI!
Lokasi di TAMAN BUKIT CHERAKAH, MERU, KLANG.
Semua kucing2 ini ada tuan. Bukan nya kucing jalanan....
Kawan2 yang tinggal berhampiran kawasan tersebut,
Semua kucing2 ini ada tuan. Bukan nya kucing jalanan....
Kawan2 yang tinggal berhampiran kawasan tersebut,
tolong pastikan kucing2 korang semua di tempat yang selamat.
Semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal bagi yg bertanggungjawab.
Semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal bagi yg bertanggungjawab.
ALANG DAN ATIH
Posted on Oktober 05, 2013 by Tengkubutang
Sape punya kucen niii? heeeee...
Khamis, 3 Oktober 2013
GREY-C NAMA KUCING ZIZAN RAZAK
Posted on Oktober 03, 2013 by Tengkubutang
ini bukan kucen zizan, tapi saja letak sebab sweet..
suka zizan suka kucen
Gray-C nak ikut jengjalan.. masuk bag senyap2.. heee..
ha3.. macam kucen2 lain gak.. suka buat laptop jadi katil deme..
montel nya Gray-C.. bulu macam Oyen teman jea..
Gray-C dan tuannya yang suka buat lawak, Zizan Razak
Ahad, 15 September 2013
KUCING 1 MALAYSIA
Posted on September 15, 2013 by Tengkubutang
Jumaat, 13 September 2013
Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing..
Posted on September 13, 2013 by Tengkubutang
Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing......
Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.
Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.
CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.
Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.
CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.
Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.
Cara mencegah CSD:
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing.
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu.
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.
Walau macam manapun, kita kena berhati-hati juga sewaktu membelai kucing tu..yang paling penting jaga kebersihan kucing anda!..itu yang pasti..
Ahad, 8 September 2013
SELAMAT PAGI ISNIN
Posted on September 08, 2013 by Tengkubutang
Langgan:
Catatan (Atom)