Selasa, 11 Mac 2014

BUAH HATI BARU BUTANG N OYEN #SHIRO

Shiro a.k.a Adik (sebab dia paling kecik daripada kucen2 lain dlm umah)
(gambar hari 1st dibela 7/2/2014)
Hai.. hari ni teman nak citer pasal kucen baru teman ni, baru tak baru la jugak.. Start bela Shiro a.k.a Adik pada 7.2.2014 .. Masa tu my kakak ipar buat mee kari kat umah dia, so, dia jemput makan .. Chef nya di import dari Taiping, Perak.. hihihi.. sape lagi.. my lovely mother in law (MIL) la yang memasak mee kari special tu.. sedappp... haaa.. pada hari tersebut gak lah.. 

Thah day my SIL tunjuk kucen ni.. masa tu kucen ni taktau gi mana.. dah menghilang kata my SIL.. cari punya cari pastu baru jumpa.. ada kat dalam kotak luar beranda rupanya.. lor.. kesian sangat2.. kesejukan dia..tak aktif (seperti gambaran my SIL sebelum tu yang kucen tu suka lompat2)..  tapi lain pulak masa kami jumpa dia dalam kesejukan hari tu.. memang keras semacam je badan dia,ingatkan dah mati.. Alhamdulillah.. kami sempat selamatkan dia dari mati kesejukan..
Pastu teman amik kucen ni bagi dia tuala dan balut badan dia.. sambil tu letak celah peha nak bagi dia rasa kepanasan haba ibarat dipeluk la kann.. kesian sgt2.. menggeletar dia.. 
Tau ke nape dia basah kuyup tu? hu3.. sebab anak SIL mandikan kucen waktu malam tu.. dua kali dia mandikan kucen yang kecik sangat masa tu.. niat dia sebab nak buang kutu2 kat badan kucen tu.. tapi dia tak keringkan bulu kucen tu.. kucen tu pulak tak pandai lagi nak jilat2 bulu dia.. maka dibiarkan macam tu jea dalam kotak.. kesejukan diluar beranda.. huk3.. 
 Bukan salah anak SIL la kan.. sebab dia budak lagi.. dia mana tau menda2 camni kan.. teman pun pernah lakukan perkara yang sama gak masa budak2 dulu.. yelah.. niat kita baik, tapi cara kita tu kita tak tau apa kesannya... anak SIL tu sayang sangat kat kucen.. cadangnya diorang nak bela kucen ni, tapi disebabkan SIL teman takut kucen (fobia sebab pernah kena cako) maka kucen tu diberi ke kami.. 
hihihi.. maka bertambahlea kucen kami.. sekarang dah jadi 3 ekor.. ngeh3.. takpe..kami suka kucen.. haaaa.. lagi satuu.. teman masa mula2 nak terima tu agak keberatan gak tau, sebab teman ni just terima kucen jantan aje.. yg betina takmau.. sebab nanti beranak kang jenuh lak nak cari tuan kucen untuk anak kucen tu.. umah kami pun umah apartment .. tak sesuai kot bela ramei2.. kang berbau asyemm umah ni.. hu3.. 
Lagi satu nak citer ni, teman cukup risau masa mula2 bela tu, sebab taktau lagi jantina dia.. sebab kecik lagi kan.. tapi lepas dah semakin membesar.. baru teman tau jantina dia.. yess.. kucen jantan rupanya.. 

heee.. hari tu ada tanya kat blogger Aby kucen teman ni jenis apa.. teman pun baru tau ni jenis siamese.. err.. betul ke Aby? hu3.. 
Apa2 pun teman happy dengan Shiro ni, sebab dia pandai berak kat tempat yg disediakan.. tak kencing merata dan manjaaa sangat2.. tiap2 malam tido atas kepala teman.. mcm gambo atas ni.. hahahaha.. 
Punya banyak tmpt luas.. tmpat sempit tu jugak dia nk masuk.. kan dah tersepittt.. aigooo
Gelagat Shiro a.k.a Adik bersama si Oyen..
Gambar Shiro Terkini.. udah gemokssss

Sekiann... Note disini.. ada Setengah Gambo-->extract from Google

Ahad, 23 Februari 2014

FBI vs OMMIE

OMMIE 
Teman ternampak post ni kat wall FB Nasi Lemak Kopi O TV9, dan kebetulan minat kucen.. ternampak pulak kucen ni.. heee.. rupa2nya diorang ada buat undian sape paling macho time 16 Febuari hari tu.. sempena raya cina tu.. So, teman saja suka2 share kat sini.. sebab kucennya cumeyy sangatt2.. namanya OMMIE. Alkisahnya.. ada seorang pembaca Ommie Ommey menghantar gambar ini dan mahu kucingnya lawan siapa macho dengan host FBI Faizal B Ismail yang berposing dengan limau dan Luq sempena Gong Xi Fa Cai. haaa.. Apa kata korang? Sape Macho? ha3.. cer komen sini.. hi3
FBI vs OMMIE 
 

Rabu, 12 Februari 2014

APA YANG KUCING KORANG SUKA??

Si Butang dan Si Oyen suka tidur, suka melayari Internet, suka menangkap lipas…Suka jatuhkan tong sampah, suka main kejo2.. suka kencing merata.. Opsssssss.. haaa.. korang lak, Kucen korang suka apa yea..? heeee.. share kat sini jom! nak nengok apa kesukaan kucen korang.. 

Selasa, 11 Februari 2014

BUDAK BERMATA BIRU KERANA KENAN KUCING

Bermata Biru Kerana Ibu Kenan Kucen

SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

Sumber: Harian Metro

Isnin, 10 Februari 2014

KUCEN JADI IBU ANGKAT ANAK LANDAK

ANAK LANDAK MENYUSU DENGAN IBU KUCEN
Di sebuah kampung, seekor ibu landak telah mati dan meninggalkan empat ekor anak yang masih kecil dan masih menyusu. Namun seekor kucing yang bernama Sonya telah mengambil anak-anak landak itu sebagai anak angkatnya dan menyusukan anak landak tersebut. Sonya juga mempunyai seekor anak yang masih kecil. 

Haaaa... citer pasal Ibu Kucing jadi ibu angkat anak anjing atau anak harimau pasti korang pernah baca atau dengar beritanya kan?? Bagaimana pula kalau ibu kucing menjadi ibu angkat landak, iaitu haiwan yang berduri tuuu? Wah, pasti jadi unik dan istimewa kan! jom kita baca citer seterusnya.. menarik giler! heee..

Rusia – Ibu kucing yang mengadopsi anak landak terjadi di Rusia. Kucing itu bernama Sonya. Menurut cerita Daily Mail, Minggu (18/11), Sonya mempunyai seekor anak. Pada masa yang sama, ada 4 ekor anak landak yang kehilangan ibunya. 

Untuk membesar keempat2 anak landak itu harus tetap menyusu. Oleh kerana itu, Sonya seperti memahami dan seperti merelakan memberi susunya kepada anak-anak landak itu. Maka, akhirnya Sonya mengasuh anaknya sendiri dan juga 4 ekor anak landak. 

Kesemua anak landak pun menganggap Sonya sebagai ibunya. Mereka tidak segan untuk menaiki atau tidur di atas tubuh Sonya.

Menempatkan bayi-bayi haiwan dengan induk asuh yang sama jenis adalah latihan untuk menghindari haiwan itu ditinggalkan kembali di masa depan. Tapi, terkadang seekor induk yang sama jenis tidak serasi. 

Susu pada haiwan mamalia sangat sepadan dan menjadi pilihan terbaik dibandingkan pemberian susu botol. Semua haiwan kecil itu disediakan segala keperluannya dan menyusu .
Anak Landak ini menganggap Ibu Kucen ini ibu kandungnya..
aishh.. cute lea pulak landak tu kan!
Ada kes kucing yang mengadopsi kelinci/Arnab, rakun, dan tupai. Kes itu terjadi pada kucing bernama Smaigel dari Yordania. Smaigel menganggap anak-anak haiwan itu seperti anaknya sendiri. 

Tapi, baru kali ini ada kucing yang mengadopsi anak landak. dan lagi satu nak cerita, Salah satu kes adopsi yang aneh iaitu Sain Mai, harimau di Sriracha Tiger Zoo di Thailand yang mengadopsi sekelompok anak babi. aneh tak aneh? hu3

Tapi kes yang paling terkenal dan menyentuh hati teman ialah cerita yang terjadi pada anak kuda nil bernama Owen. Owen diselamatkan ketika hanyut ke samudera Hindia ketika kejadian tsunami tahun 2005. Owen mengganggap Aldabran, seekor kura-kura jantan, sebagai ibu angkatnya. sayu je baca kan!
Klik kat gambo atas ni kalau nak nengok 
Video Ibu Kucen menyusukan Anak Landak

Salam Isnin dari Butang...

Salam Pagi Isnin buat semua PenCinta Kucennnn!! dah bangun ke belum semua? dah Gosok Gigi?? teman udahhhh.. tengok niii.. eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. (sambil tunjuk Gigi) hik3.. ops.. tak sopan yea!

Ahad, 9 Februari 2014

KUCING PUN DAPAT MERASAI MOOD DAN EMOSI TUANNYA

Kucen faham mood tuannya..
Walaupun memang sikap kebanyakan kucing sombong dan 'eksyen', tapi sebenarnya si comel dapat merasai mood kita ketika gembira, sedih, atau tertekan. Cuba korang perhatikan kucen korang, dan kongsi dengan teman bagaimana reaksi kucen korang time korang menangis, sedih, happy or bosan...tentu korang ada cerita menarik yang nak dikongsikan jugak kan.. macam teman pun, memang Si Butang n Si Oyen tu pandai jea buat teman happy di saat teman kesedihan or frust.. siap baring2 sebelah teman dan cium2 muka teman.. hu3.. sayu hati ni bila tengok kucen macam memahami emosi dan situasi kita.. =')

Sabtu, 8 Februari 2014

KUCING MENYUSUKAN TUPAI

SEEKOR kucing bernama Tita menyusukan seekor tupai walaupun haiwan itu berlainan spesis. Tita, kucing milik Encik Ruben Gaviria, yang tinggal di bandar Envigado, Colombia. Encik Gaviria berkata beliau telah menyelamatkan tupai yang ketika itu cedera semasa menjumpainya di sebuah taman yang berdekatan dengan rumahnya minggu lalu. -- Reuters.

Ha2.. Unik kan.. tupai ni bole plak menyusu dengan ibu kucen ni.. 
tengok, dah macam keluarga dah deme ni.. heee...

Masa terbaca kisah Ibu Kucen menyusukan Tupai ni, teman rasa tertarik sangat nak buat entri untuk disimpan jadi kenangan dan rujukan buat baca2 dikala boring nanti.. heee.. memang geram tengok tupai dan ibu kucen ni kann.. rasa nak peluk2 jea deme ni.. hu3.. tapi nak peluk kucen jea.. Tupai tu... idaklea kot.. geli pun ada.. sebab macam tikus jea teman nengoknya.. ha2.. belum pegang lagi dah cakap cenggitu yea.. okeylah.. takmau citer apa2.. just nak share jea gambo ni dengan sedikit cerita tentang gambo ni dengan korang semua.. diharap korang enjoy lea nengok gambor atas ni yea.. hik3..

Jumaat, 7 Februari 2014

PETGRASS DAN BEKAS MAKANAN KUCEN

entri yang berkaitan-->PERTANDINGAN KUCEN ANTARABANGSA
                         -->KENAPA KUCEN SUKA MAKAN RUMPUT?

PERTANDINGAN KUCING ANTARABANGSA KKM / SACC MALL 2014
VENUE : SACC SHOPPING MALL , SHAH ALAM

DATE : 11 & 12 JANUARY 2014 (SABTU & AHAD)

Kunjungi booth Pet Grass (Malaysia) dan dapatkan Produk Pet Grass pada harga promosi..!

Fresh Grass @ RM5/pot (stok terhad 150 pot)
Pet Grass Self Grow Kit @ RM10/pcs (RRP:RM11.50)

hAAAA.. Jangan pelik, kat atas ni iklan yang teman jumpa kat FB awal Januari lepas, nak share tapi terlupa nak buat entri.. ni baru teringat, hari tu kan.. lepas jumpa jea iklan macam kat atas ni kan.. laju jea teman gitau hubby dan ajak dia gi tempat ni.. kebetulan lak hari yang sama anak sedara teman pun ada, so kami pun memang bercadang nak gi Shah Alam pun.. nak mandi manada dekat Wet World tu.. heee.. selesai jea mandi kami pun set terus nak gi SACC MALL, nak tengok kucen.. mujurlah anak sedara pun minat kucen.. hu3.. kami bertolak gi SACC Mall dalam jam 5.30.. adeh.. 

Rupa2nya pertandingan kucen tu hari AHAD bukan SABTU.. ha2.. pastu kami tak dapat nak nengok semua kucen2 yang dipamerkan sebab kul 6 pameran kucen ditutup.. dapat nengok sikit jea kucen.. hu3.. melepas... last2 kami pun gi cari Petgrass, memang itu tujuan utama pun nak gi SACC Mall tu, dan akhirnya jumpalah Petgrass tu, dan terus beli.. pastu terjumpa bekas makan untuk sibulus lak.. ha2.. memang lama dah mencari menda ni.. terus sambar lea bilik dah jumpa.. heee... tapi itulah... bila dah beli Si Butang dan Si Oyen ni bukan nak guna sangat bekas ni.. aiyooo.. 

Lupa lak.. sape2 nak tau citer pasal Pertandingan Kucen ni, bolehlah singgah blog sahabat blogger kita ni--->Aby. kucen Aby pun masuk pertandingan rasanya.. kalau lea teman datang hari AHAD tu, bolehlah jumpa kucen2 n jumpa ABy sekali kan.. hu2.. xde rezeki.. =(

Inilah bekas makanan kucen yang teman n hubby beli tu.. kaler PINK.. adeh..
Ni Petgrass tu, lepas Butang tengok jea, terus dia ngapppp... memang dia sukaa.. dia gigit2 rumput ni.. ha2.. Oyen lak tak makan rumput ni.. hemm.. tapi sib baik butang suka, kalau tak jenuh teman nak bertempik marah dia asik gigit penyapu aje.. nak tau nape kucen makan rumput? 

HAIWAN BERWAJAH MONYET TETAPI BERBADAN KUCING

Keratan akhbar yang teman share ni teman dapat masa google cerita/info tentang kucen2 untuk teman jadikan entri sebagai perkongsian bersama.. tiba2 terjumpalah gambar ni dekat google. Mula2 excited gak lea nak tau lebih lanjut tentang kucen berwajah monyet ni.. hihihi.. tapi rupa2nya ini memang monyet pun..spesis monyet yang dinamakan Pygmy Marmoset.. gambar atas ni,mungkin exotic pet yang terlepas dari tuannya. haa..kalau korang nak tengok lebih dekat, kat zoo banyak lea spesis ni..


Kalau tengok dari belakang memang macam kucen bentuk badannya kann.. 
tapi kalau tengok dari depan... errrr..
Gambar dari google, Pygmy Marmoset bersama kucen .. 
So, bagi yang belum tahu apa itu Pygmy Marmoset, jom kita tambah ilmu sikit tentang haiwan spesis ni.. Pygmy Marmoset ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama latinnya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Panjang monyet lucu ini hanya sekitar 5 sampai 6 inci termasuk panjang ekor.Ini merupakan monyet terkecil di dunia dan hanya tinggal di kawasan hutan Ekuador dan brazil. Monyet-monyet kecil dan lucu ini biasanya hidup dalam kelompok 2-6 ekor saja.

Monyet ini merupakan primata yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram beratnya, sedangkan berat betina hanya sebanyak 120 gram.

Pygmy Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.

Pigmy Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.

kerana ukurannya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan lincah,Pigmy Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar.Monyet ini dapat hidup sehingga 11 tahun.

Gambar n Info : Google

Rabu, 5 Februari 2014

KISAH MENYENTUH HATI DAN FOTO MENARIK NENEK MISAO DENGAN KUCINGNYA

Sejak lulus dari Nippon Photography Institute di tahun 2002, fotografer Jepun Miyoko Ihara mulai rajin memotret neneknya, yang bernama Misao. Suatu hari neneknya menjumpai seekor kucing dengan sepasang mata yang warnanya berbeza. Sejak dari itu, Ihara terus mendokumentasikan keindahan interaksi antara nenek dan kucing tersebut, hampir setiap hari hingga koleksi fotonya menjadi buku foto yang cukup laris di Jepun dan Amerika.
Bagi nenek Misao, kucing ini menjadi sahabat terbaik yang selalu menyertainya disemua aktiviti. Misao menamakan kucing tersebut Fukumaru, dari fuku yang bermakna keberuntungan, dan maru yang bermakna lingkaran.
Bagi kita yang sering mengeluh tidak ada objek menarik untuk difoto, kisah semacam ini harusnya menjadi inspirasi. Bagaimana Ihara membuat hal-hal simple dan ada disekitarnya menjadi objek foto dengan hasil yang luar biasa.

Silalah menikmati foto2 Nenek Misao beserta kucingnya yang sangat menyentuh hati ini...



















Banyak yang bertanya mengapa warna matanya beza sebelah? berikut penjelasannya..

Seekor kucing disebut odd-eye jika memiliki warna mata yang berbeza satu sama lain. Satu bola mata berwarna biru, dan satu bola matanya yang lain berwarna selain biru. Kondisi yang disebut sebagai complete heterochromia ini sebenarnya juga boleh terjadi pada binatang-binatang lainnya juga.

Kucing odd-eye biasanya adalah kucing dengan bulu berwarna putih. Namun boleh jadi juga terjadi pada kucing dengan warna bulu lain, tetapi yang pasti, kucing tersebut mempunyai warna putih biarpun hanya sedikit. Kenapa demikian??? 

alasannya adalah sebagai berikut ;

Warna mata odd-eye terjadi kerana gen epistatic putih (putih dominan) atau gen bercak putih menghalangi melanin/pigmen untuk mencapai salah satu mata si kucing. Sehingga salah satu mata kucing tersebut berwarna biru. Sehingga kondisi odd-eye sangat jarang (bahkan mustahil) terjadi pada kucing yang tidak memiliki warna putih di bulunya.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers