Ahad, 9 Februari 2014

KUCING PUN DAPAT MERASAI MOOD DAN EMOSI TUANNYA

Kucen faham mood tuannya..
Walaupun memang sikap kebanyakan kucing sombong dan 'eksyen', tapi sebenarnya si comel dapat merasai mood kita ketika gembira, sedih, atau tertekan. Cuba korang perhatikan kucen korang, dan kongsi dengan teman bagaimana reaksi kucen korang time korang menangis, sedih, happy or bosan...tentu korang ada cerita menarik yang nak dikongsikan jugak kan.. macam teman pun, memang Si Butang n Si Oyen tu pandai jea buat teman happy di saat teman kesedihan or frust.. siap baring2 sebelah teman dan cium2 muka teman.. hu3.. sayu hati ni bila tengok kucen macam memahami emosi dan situasi kita.. =')

Sabtu, 8 Februari 2014

KUCING MENYUSUKAN TUPAI

SEEKOR kucing bernama Tita menyusukan seekor tupai walaupun haiwan itu berlainan spesis. Tita, kucing milik Encik Ruben Gaviria, yang tinggal di bandar Envigado, Colombia. Encik Gaviria berkata beliau telah menyelamatkan tupai yang ketika itu cedera semasa menjumpainya di sebuah taman yang berdekatan dengan rumahnya minggu lalu. -- Reuters.

Ha2.. Unik kan.. tupai ni bole plak menyusu dengan ibu kucen ni.. 
tengok, dah macam keluarga dah deme ni.. heee...

Masa terbaca kisah Ibu Kucen menyusukan Tupai ni, teman rasa tertarik sangat nak buat entri untuk disimpan jadi kenangan dan rujukan buat baca2 dikala boring nanti.. heee.. memang geram tengok tupai dan ibu kucen ni kann.. rasa nak peluk2 jea deme ni.. hu3.. tapi nak peluk kucen jea.. Tupai tu... idaklea kot.. geli pun ada.. sebab macam tikus jea teman nengoknya.. ha2.. belum pegang lagi dah cakap cenggitu yea.. okeylah.. takmau citer apa2.. just nak share jea gambo ni dengan sedikit cerita tentang gambo ni dengan korang semua.. diharap korang enjoy lea nengok gambor atas ni yea.. hik3..

Jumaat, 7 Februari 2014

PETGRASS DAN BEKAS MAKANAN KUCEN

entri yang berkaitan-->PERTANDINGAN KUCEN ANTARABANGSA
                         -->KENAPA KUCEN SUKA MAKAN RUMPUT?

PERTANDINGAN KUCING ANTARABANGSA KKM / SACC MALL 2014
VENUE : SACC SHOPPING MALL , SHAH ALAM

DATE : 11 & 12 JANUARY 2014 (SABTU & AHAD)

Kunjungi booth Pet Grass (Malaysia) dan dapatkan Produk Pet Grass pada harga promosi..!

Fresh Grass @ RM5/pot (stok terhad 150 pot)
Pet Grass Self Grow Kit @ RM10/pcs (RRP:RM11.50)

hAAAA.. Jangan pelik, kat atas ni iklan yang teman jumpa kat FB awal Januari lepas, nak share tapi terlupa nak buat entri.. ni baru teringat, hari tu kan.. lepas jumpa jea iklan macam kat atas ni kan.. laju jea teman gitau hubby dan ajak dia gi tempat ni.. kebetulan lak hari yang sama anak sedara teman pun ada, so kami pun memang bercadang nak gi Shah Alam pun.. nak mandi manada dekat Wet World tu.. heee.. selesai jea mandi kami pun set terus nak gi SACC MALL, nak tengok kucen.. mujurlah anak sedara pun minat kucen.. hu3.. kami bertolak gi SACC Mall dalam jam 5.30.. adeh.. 

Rupa2nya pertandingan kucen tu hari AHAD bukan SABTU.. ha2.. pastu kami tak dapat nak nengok semua kucen2 yang dipamerkan sebab kul 6 pameran kucen ditutup.. dapat nengok sikit jea kucen.. hu3.. melepas... last2 kami pun gi cari Petgrass, memang itu tujuan utama pun nak gi SACC Mall tu, dan akhirnya jumpalah Petgrass tu, dan terus beli.. pastu terjumpa bekas makan untuk sibulus lak.. ha2.. memang lama dah mencari menda ni.. terus sambar lea bilik dah jumpa.. heee... tapi itulah... bila dah beli Si Butang dan Si Oyen ni bukan nak guna sangat bekas ni.. aiyooo.. 

Lupa lak.. sape2 nak tau citer pasal Pertandingan Kucen ni, bolehlah singgah blog sahabat blogger kita ni--->Aby. kucen Aby pun masuk pertandingan rasanya.. kalau lea teman datang hari AHAD tu, bolehlah jumpa kucen2 n jumpa ABy sekali kan.. hu2.. xde rezeki.. =(

Inilah bekas makanan kucen yang teman n hubby beli tu.. kaler PINK.. adeh..
Ni Petgrass tu, lepas Butang tengok jea, terus dia ngapppp... memang dia sukaa.. dia gigit2 rumput ni.. ha2.. Oyen lak tak makan rumput ni.. hemm.. tapi sib baik butang suka, kalau tak jenuh teman nak bertempik marah dia asik gigit penyapu aje.. nak tau nape kucen makan rumput? 

HAIWAN BERWAJAH MONYET TETAPI BERBADAN KUCING

Keratan akhbar yang teman share ni teman dapat masa google cerita/info tentang kucen2 untuk teman jadikan entri sebagai perkongsian bersama.. tiba2 terjumpalah gambar ni dekat google. Mula2 excited gak lea nak tau lebih lanjut tentang kucen berwajah monyet ni.. hihihi.. tapi rupa2nya ini memang monyet pun..spesis monyet yang dinamakan Pygmy Marmoset.. gambar atas ni,mungkin exotic pet yang terlepas dari tuannya. haa..kalau korang nak tengok lebih dekat, kat zoo banyak lea spesis ni..


Kalau tengok dari belakang memang macam kucen bentuk badannya kann.. 
tapi kalau tengok dari depan... errrr..
Gambar dari google, Pygmy Marmoset bersama kucen .. 
So, bagi yang belum tahu apa itu Pygmy Marmoset, jom kita tambah ilmu sikit tentang haiwan spesis ni.. Pygmy Marmoset ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama latinnya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Panjang monyet lucu ini hanya sekitar 5 sampai 6 inci termasuk panjang ekor.Ini merupakan monyet terkecil di dunia dan hanya tinggal di kawasan hutan Ekuador dan brazil. Monyet-monyet kecil dan lucu ini biasanya hidup dalam kelompok 2-6 ekor saja.

Monyet ini merupakan primata yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram beratnya, sedangkan berat betina hanya sebanyak 120 gram.

Pygmy Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.

Pigmy Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.

kerana ukurannya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan lincah,Pigmy Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar.Monyet ini dapat hidup sehingga 11 tahun.

Gambar n Info : Google

Rabu, 5 Februari 2014

KISAH MENYENTUH HATI DAN FOTO MENARIK NENEK MISAO DENGAN KUCINGNYA

Sejak lulus dari Nippon Photography Institute di tahun 2002, fotografer Jepun Miyoko Ihara mulai rajin memotret neneknya, yang bernama Misao. Suatu hari neneknya menjumpai seekor kucing dengan sepasang mata yang warnanya berbeza. Sejak dari itu, Ihara terus mendokumentasikan keindahan interaksi antara nenek dan kucing tersebut, hampir setiap hari hingga koleksi fotonya menjadi buku foto yang cukup laris di Jepun dan Amerika.
Bagi nenek Misao, kucing ini menjadi sahabat terbaik yang selalu menyertainya disemua aktiviti. Misao menamakan kucing tersebut Fukumaru, dari fuku yang bermakna keberuntungan, dan maru yang bermakna lingkaran.
Bagi kita yang sering mengeluh tidak ada objek menarik untuk difoto, kisah semacam ini harusnya menjadi inspirasi. Bagaimana Ihara membuat hal-hal simple dan ada disekitarnya menjadi objek foto dengan hasil yang luar biasa.

Silalah menikmati foto2 Nenek Misao beserta kucingnya yang sangat menyentuh hati ini...



















Banyak yang bertanya mengapa warna matanya beza sebelah? berikut penjelasannya..

Seekor kucing disebut odd-eye jika memiliki warna mata yang berbeza satu sama lain. Satu bola mata berwarna biru, dan satu bola matanya yang lain berwarna selain biru. Kondisi yang disebut sebagai complete heterochromia ini sebenarnya juga boleh terjadi pada binatang-binatang lainnya juga.

Kucing odd-eye biasanya adalah kucing dengan bulu berwarna putih. Namun boleh jadi juga terjadi pada kucing dengan warna bulu lain, tetapi yang pasti, kucing tersebut mempunyai warna putih biarpun hanya sedikit. Kenapa demikian??? 

alasannya adalah sebagai berikut ;

Warna mata odd-eye terjadi kerana gen epistatic putih (putih dominan) atau gen bercak putih menghalangi melanin/pigmen untuk mencapai salah satu mata si kucing. Sehingga salah satu mata kucing tersebut berwarna biru. Sehingga kondisi odd-eye sangat jarang (bahkan mustahil) terjadi pada kucing yang tidak memiliki warna putih di bulunya.

KISAH ANJING SELAMATKAN KUCING

ANJING SELAMATKAN KUCING MELALUI PEMINDAHAN DARAH
NEW ZEALAND 21 Ogos - Kita sering digambarkan bahawa anjing dan kucing merupakan dua haiwan yang saling bermusuhan. Namun, seekor anjing di sini menyangkal pepatah itu apabila menyelamatkan seekor kucing yang hampir mati akibat termakan racun tikus menerusi prosedur pemindahan darah.
Rory
Keputusan itu diambil oleh doktor di Klinik Haiwan Tauranga, Kate Heller yang menyedari bahawa kucing bernama Rory itu tidak akan hidup melainkan ia menerima darah serta-merta.

Namun begitu, ketika pemilik Rory, Kim Edwards tiba di klinik itu, makmal ujian darahnya telah ditutup dan ini menyebabkan doktor tidak mengetahui jenis darah kucing tersebut sama ada A, B atau AB kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa maut.
Selepas berunding dengan doktor-doktor haiwan lain, Heller memutuskan untuk menjalankan pembedahan terhadap kucing itu dengan menggunakan darah anjing.

"Jika kami tidak lakukannya, kucing itu akan mati, kami tidak akan rugi apa-apa jika mencuba, ia antara hidup atau mati, ini juga sangat luar biasa.
"Berdasarkan prosedur, pemindahan darah di antara dua spesies berbeza adalah tidak digalakkan,'' katanya. Jelas Heller, dia kemudian menghubungi rakannya yang juga pemilik seekor anjing bernama Macy, untuk mendapatkan darah haiwan itu.
Kajian menunjukkan kucing tidak akan memberi sebarang tindak balas negatif terhadap apa juga jenis darah yang dimasukkan ke dalam badan haiwan tersebut. 

sumber : Utusan Online
Gambar : Google

Selasa, 4 Februari 2014

KUCING LUMPUH DAN ANJING BERSAHABAT AKRAB


Anjing dan Kucing ini ibarat sahabat yang tidak boleh dipisahkan lagi.. 
Hu3.. masa balik kampung sempena cuti tahun baru cina baru2 ni, teman di unjuk sekeping keratan surat khabar bertarikh 24 Januari 2014, keratan tu emak teman simpan sebab nak tunjuk pada teman katanya.. mak teman pun memang suka kucen dari dulu lagi.. memang udah menjadi kesukaan kami membela kucen sedari dulu lagi.. sebab tu kalau ada jea citer2 menarik pasal kucen dalam surat khabar atau majalah, mak akan simpan.. 

Keratan surat khabar yang mak tunjukkan pada teman kali ni ialah tentang kucen dan anjing yang bersahabat akrab sangat.. Sweet sangat2 tauu.. macam mana boleh bersahabat ni? bukankah kucen dan anjing ni seteru sejak dulu lagi? 

ho2.. memang rasa suka sangat tengok gambar kat atas ni.. terbayang macam mana anjing tu gonggong kucen yang lumpuh tu dulu kan.. Opsss.. nak tau lebih lanjut? baca bawah ni yea.. =) 

PERIBAHASA ‘bagai anjing dengan kucing’ biasanya dirujuk kepada individu yang sering bertelagah. Namun, peribahasa itu tidak lagi relevan apabila kedua-dua haiwan itu dikatakan menjadikan ‘sahabat setia'.

Pemilik anjing Diane Gagliano yang bekerja di Perkhidmatan haiwan Seminole County berkata, anjingnya mengutip kucing itu dari tepi jalan selepas dibuang oleh pemiliknya.
“Kucing lumpuh itu berusia kira-kira dua tahun. Anjing saya membawanya pulang ke rumah dan kini kedua-duanya bersahabat,” katanya dipetik DailyMail

Menurutnya, jika ada sesiapa yang cuba menyentuh kucing itu, anjingnya akan melindungi kucing terbabit.Melihat keakraban kedua-dua haiwan itu, beliau kini berusaha membuat kempen menyelamatkan kucing dan anjing terbiar di sekitar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.

Rabu, 29 Januari 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN
2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN
Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Rabu, 22 Januari 2014

DIDGA SKATER CAT -- KUCING SKATEBOARD

Clever cat: Didga shows his perfect poise on the skateboard his owner has dubbed Ollie
Haaaa.. dengar tajuk pun menarik sangat kita nak membaca n melihat video kucen bijak ni kann..  kucen ni memang bijak sangatt.. So, kali ni mari kita baca kisah tentang Didga yang pandai main skateboard ni.. jom!

Skateboarding cat who lives life in the fast lane: Watch Didga's amazing array of tricks... including the moment he leaps a ROTTWEILER Owner has trained him to use motorised skateboard named Ollie Cat has become a sensation in Australian town of Coolongatta

If you’re going to have nine lives, you can be a little bit reckless with at least one of them. Didga the cat is living life in the fast lane on board his motorised skateboard Ollie. Stunning spectators, he cruised through the Australian coastal town of Coolongatta.

He then jumped off the board and onto fences and park benches before parading his skating skills. Didga launched himself on a passer-by, catching him unawares. He abandoned all fear as he leaped over a Rottweiler, landing coolly on his board before riding home. 

    Youtube user Craig Weaver commented on the viral video saying: 'He's pretty daring, tricking over a Rottweiler! (I still think he's a pussy though).' Cat trainer and YouTube user CatManToo captured this fearless feline and posted the video online.
Cool customer: Didga skates through the centre of his home town as passerby watch in astonishment
Gone cruising: Didga surveys his domain from the comfort of his motorised skateboard
Cheeky! The cat uses this Rottweiler as a jump before landing back on his board with ease
Audience: Some of Didga's admirers line up to watch him show off his skills on the street
The video has received over 307,000 hits since going live. CatManToo said the entire filming and editing process took nearly a year and a half to complete.Most viewers didn’t mind that the video was edited and instead praised CatManToo for training his cat in the art of extreme skateboarding.The mind-blowing video has astounded people globally.Youtube User, Mr.Flip the Cat, called it 'simply pawesome!'
Giant leap for catkind: Didga shows off his co-ordination as he jumps on top of a bench 
as the side of the street...
... and then lands back on his board with graceful ease

Video Didga yang Awesome sedang bermain skateboard.. He2.. kucen pun pandai main skateboard yea.. bijakkk.. bijakk Didga ni.. Kalau camni, nak train Oyen n Butang camni leh tak..
Haaa.. buat Blogger Zack Hoya (ZH) amacam? leh challenge Didga tak?? heh3..

Sumber/info/Gambar dari :|
http://www.dailymail.co.uk/home/index.html

Isnin, 13 Januari 2014

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers