Selasa, 30 Jun 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+

7. Like facebook page
Helenz Signature Official 
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif 
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa 
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel 

AIN Dramatic Uniq Blog 

ShamieraOsment.com 
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com 
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz 
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz 
MMD One Stop Centre
P.C.L 
Blog BingkisanHati 
Cikk mimin mera 
Shaklee House Pantai TIMUR 
Zulls Grill N Spices
Nota Purba 
Nukilan Reena 
Mia Zain 
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin 
Sayidahnapisahdotcom 
safuraonlinediary 
Anajingga 
Bicara Mummy 
Aku Penghibur [dot] com 
SIpanjangkata Likers 


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Rabu, 1 April 2015

GAMBAR POTRET HANIS ZALIKHA DAN HAIRUL AZREEN BERSAMA KUCING

Ololoh.. sweetnya gambo kucen tu.. eh.. gambo Hanis Zalikha a.k.a Keknis bersama Hairul Azreen dan ditengah-tengah tu terselit kucen comel.. baru lepas mandi la tu kot.. sebab berbungkus bagai.. hahahaha.. ok.. nak share itu aje.. teruja nengok potret yang ada gambo kucen.. ehehehehe.. K bye..

Selasa, 24 Mac 2015

Penyakit Zoonotik / Zoonotic Disease.

Haha.. semakin suka baca Nota-Nota di Page Helo Vet Disini.. bermacam ilmu dan pengetahuan baru teman dapat.. hemm.. so, nak kongsi gak dengan semua pencinta kucing.. Jom baca.. Tapi kalau rajin.. singgahlah Page ini yea.. tengok link bawah sekali..

Nota dari Misi yang.. super awesome! heee.. jom baca..

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua. Since ade yang bertanya tentang penyakit yang bersifat zoonotic ni…maka Misi karangkan khas untuk menjawab sedikit persoalan yang terawang-awang dlm kepala korang tu… Okeh,mari kita mulakan ya. Bismillahirrahmanirrahim..

Misi, Zoonotic disease tu menatang ape?
Omaigoddd...tak tahu ker? Meh Misi bagitau..(sambil gosok2 Dr Anonymous kecek ilmu dia…lalalal) mcm ni ye uols...kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh si comel kita tidak boleh menjangkiti kita. Ia bersifat setia ke akhir hayat kepada host(perumah) nya sahaja. Tapi ada diantara Bakteria, Fungal,virus atau penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh si comel boleh menjangkiti kita.Mak tatottt nyahhh!! ...Zoonotic Disease ni kebanyakannya merbahaya ya...sila ambil langkah-langkah keselamatan pada tahap maksima sekiranya anak bulus korang disahkan menghidap Zoonotic Disease! Tapi, kalau korang biasa mengamalkan prosedur pencegahan seperti menjaga kebersihan termasuklah pembersihan kotak najis yang sempurna, vaksinasi dan sentiasa kemaskini rekod nyah parasit, Insyaallah All is Well…wallaweyy!

Ayooo…takotnya kita Misi…acaner penyakit Jahat tu leh kene kat ite ek Misi?
Mudah je...org jahat akan dibalas jahat ye! Ahahah...taklah..misi saje je bg warning pada org yang suka menjahati makhluk tak kiralah manusia ke haiwan!!. Eheheh.. Biasanya Zoonotic Disease ni boleh berjangkit melalui sentuhan terus pada rembesan/lelehan atau bahan kumuhan yang keluar dari si comel yang dijangkiti seperti air liur, najis. Boleh juga dipindahkan melalui parasit-parasit yang mendominasi si comel. Malahan melalui makanan dan minuman yang tidak sengaja dijilat oleh si comel yang sakit ittew. Gigitan si comel yang berpenyakit ini amatlah ber”dangerous”…Ya Allah…semoga kita semua dijauhkan dari semua inniey…

Ammaaaa…Misi…tell me tel me cepat…siapa yg senang kene atau berisiko kene penyakit ni ek?
Memandangkan kamu panggil misi gojes, so misi akan jawab dengan gaya lemah lembut ala2 Fara Fauzana dalam NONA…huahuahua….Well,kebanyakan Zoonotic Disease ni kesannya minima jek kecuali pada individu yang lemah. Maksud misi Individu yg Lemah adalah seperti, baby atau kanak-kanak, individu yang menhidap AIDS, warga Emas, Ibu-Ibu mengandung, dan pesakit kanser yang sedang didalam rawatan terapi. Golongan-golongan tersenarai di atas, sila ambil langkah2 pencegahan yek. 


Ok-ok...Misi ni banyak cakap la kan..ape kata Misi senaraikan penyakit-penyakit yang bersifat Zoonotik ni...banyak sket pekdah(faedah) nya...huhu.
Wah...carut misi ya. Awas kamuu...baiklah, Misi cut short...sila rujuk senarai bawah ya.

Jangkitan Bakteria Biasanya disebabkan oleh cakaran dari kucing-kucing yang dijangkiti bacteria seperti;

Jangkitan Bakteria akibat Cakaran/Gigitan kucing juga dikenali sebagai bartonellosis. Simptom dijangkiti; Lymph nodes membengkak terutamanya sekitar kepala, leher dan anggota badan sebelah atas. Mungkin mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan otot, keletihan dan hilang selera makan. Jika yang dijangkiti tu Lelaki atau Wanita matang yg sihat, ia boleh sembuh sendiri Cuma makan masa yg agak panjang. Kalau yg dijangkiti dari kategori yg Misi sebutkan atas tadi, mungkin mereka akan mengalami kesan lebih teruk termasuklah kematian ya. 

Salmonellosis, lagi satu bakeria yang agak biasa dan boleh mengakibatkan cerry-berry (cirit), demam, sakit perut yang berlarutan. Salmonella ni biasanya ade pada kucing yang biasa diberi makan DAGING,IKAN ATAU AYAM MENTAH. Najis yang dikeluarkan akan menjadi perumah kepada bakteria tersebut dan menjangkiti makhluk lain sekitar mereka. Sesetengah kes jangkitan bacteria ni memerlukan pemerhatian atau rawatan perubatan khas. Alert please...ramai yg diluar sana bg kucing2 korang makan benda2 mentah kannn.. 

Jangkitan Parasit Parasit-parasit sepertu kutu, Hama, Cacing. Kebanyakan jenis cacing terutamanya Cacing kerawit dan cacing pita dengan mudah boleh menjangkiti kita tanpa disedari ya. Sebab tu misi galakkan pencegahan awal berbanding rawatan. Paham ke tak ni?  

Jangkitan Fungal (Sporotricosis ) ~ Hmm…yg ni sangat Common dalam Dunia kucing…kerap kali kes Sporo ni menjengah klinik ya…biasanya kes sporo yang peringkat awal dapat dikesan, Dr vet akan menyarankan rawatan intensif untuk membantu si comel ni sembuh. Dan ada juga Vet yang mengambil kira keselamatan Tuan lalu betindak menyarankan tuan untuk PTS (put to sleep) aka mengakhiri hayat si comel mereka. PTS ni sgt sensitif dan ada setengah owner sgt allergic dgn word tu…but its actually up to you guys…the vet will explain the cause, consequences and alternatives while you are there to decide. Ingat…Allah sgt sayangkan hambanya yng berusaha…ade je sesetengah kes Sporo yg recover dan survive malahan dah gemok dah sekarang ni ya…Nanti misi akan sediakan nota khas utk cover topik sporo ni aje ek… 

Jangkitan Protozoa Organisma yang bersel tunggal ni boleh mengakibatkan jangkitan yang agak bahaya juga. Ade tiga (3) protozoa yang berbaya iaitu, cryptosporidiosisgiardiasis, and toxoplasmosisCryptosporidiosis dan giardiasis boleh mengakibatkan cirit-birit, dan merebak melalui air yang tercemar. Juga melalui kotak najis yang tidak dibersihkan dengan betul.

Toxoplasmosis ni pulak berpunca dari protozoa parasit yang dikenali sebagai  Toxolasma gondii. Meletopppp nama..macam watak cite otromen kannn...ape lagi, kasi Laser Beam je bg musnah kennn...eheheh. Individi yg ade masalah imuniti, kanak-kanak dan ibu mengandung paling mudah dijangkiti dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Raksasa gorgon  yang bernama Toxolasma gondii.  Ni mudah membiak pada persekitaran yang kotor terutamanya pada kotak najis dan bekas makanan yang tidak dibersihkan. Juga boleh didapati pada makann yang tidak dimasak sempurna. LAZIMNYA SI COMEL DIPERSALAHKAN SEBAB MENYEBARKAN BAKTERIA NI, HAKIKATNYA...TUAN DIA YG SALAH X JAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN DAN KEBAJIKAN SI COMEL YAAA!! AWASSS!!!

Jangkitan Virus. Kebanyakan virus kucing tidak akan menjangkiti manusia kecuali RABIES VIRUS (siap bunyi gema sekali) hehe. Sebab tu la kebanyakan Negara mewajibkan semua kucing dan anjing diberi Rabies Vaccine. Sangat penting diketahui bahawa Rabies mengakibatkan kematian yer. Biasanya kucing liar, atau haiwan liar seperti kelawar dan Raccon menjadi punca penyebaran. Sangatlah penting utk memastikan kucing korang yang indoor tu tidak ada hubungan terus dengan kucing-kucing atau mana-mana haiwan liar yang terdapat di persekitaran rumah. Untuk korang plak, kalo kene gigit dengan mana2 haiwan yang disyaki menghidap Rabies Virus ni...segera berjumpa doctor yaaaa.....Ingat tuuu...

Aiseh...manyak nye Misi...dah tu, ape yang boleh ktrg lakukan utk lindungi diri saya dan anak-anak bulus saya ekk?
Common sense...Haaa...kalo pernah dengar, sila aplikasikan bersama penjagaan kesihatan asas di rumah untuk menjaga keselamatan bersama . Sebagai contoh ;

1. Cuci tangan sebelum makan dan selepas menguruskan si comel korang.     

2. Jadualkan pemeriksaan kesihatan dan ujian najis si comel korang sekerap mungkin utk memeriksa sebarang kewujudan hidupan yang tidak diingini.  Giteww.   
  
3. Segera ke Klinik Haiwan utk pemeriksaan si comely g sakit.  
   
4. Update Vaksin Rabies si comel korang.     

5. Kekalkan pencegahan Parasit seperti kutu, hama dan cacing.     
6.Elakkan dari si comel menjilat muka, makanan, peralatan rumah.     
7. Pertimbangkan utk memelihara si comel dalam rumah sepenuh masa.     

8. Sekiranya digigit, dicakar...segera berjumpa pakar kesihatan. Doktor Manusia ok     

9. Beri si comel makanan yg dimasak sempurna atau makanan komersial.     

10. Cuci kotak najis sekerap yang mungkin.     

11. Cuci kotak najis menggunakan Clorox sekerap yang mungkin. 
  
12. Gunakan sarung tangan sewaktu kerja-kerja pencucian.

Pendek kata, segala yang melibatkan kebersihan lah ya.

TAPI, NOTA INI BUKAN BERTUJUAN MEMOMOKKAN KORANG! JANGAN TAKUT, AS LONG AS KORANG JAGA KEBERSIHAN DAN KEBAJIKAN SI COMEL, INSYALLAH SAMA-SAMA SELAMAT. BAITI JANNATI..UNGKAPAN YANG SESUAI UTK SEBUAH RUMAH BERSIH YANG LAYAK DIDIAMI OLEH KITA DAN ANAK-ANAK BULUS KITA. DAAAAAAAAAAA.....EH...SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH... ASSALAM.

p/s : nota ni xde la lengkap mana pun, utk maklumat lanjut sila minta konsultansi veterinar berdekatan atau basic info selebihnya dari Prof Madya Dato Dr Google ekk...lalalala

Nota ini disediakan oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036

FB : Helo Vet Disini   

KUCING HAPPY BSN CAMPAIGN

Hihihi.. memang kalau bab-bab kucen ni.. teman sukaaa sangat2.. hihihi.. sebab.. comel giler depa nih.. hihihi.. nak pulak boleh bercakap.. kih3.. tengok dalam gambar diatas ni.. comel kannnn.. 

haaa.. buat korang yang belum tau lagi.. sekarang ni team Bank Simpanan Nasional telah menubuhkan sebuah Jabatan baru dan melantik seorang Pengarah yang... comel. 

Memperkenalkan, Kucing Happy! korang hanya perlu beritahu Kucing Happy bagaimana dia boleh membuatkan korang happy, dan dia akan respon kepada permintaan korang dalam video seterusnya.
korang boleh buat permintaan ‪#‎KucingHappy‬ dalam ruang komen di Facebook BSN nanti.. hehehe

Haha.. tak percaya ke teman cakap kucen ni comeyy?? kalau tak caya.. cuba tengok Video kat atas ni.. mesti korang nak senyum sorang-sorang punya bila tengok video ni.. nak tengok lebih lagi? 
Haaa.. ni Video pertama.. Kucing Happy meng-happy-kan 10 orang yang bertuah yang hantar wish diorang di FB/Instagram/Twitter/ dengan Hashtag KucingHappy (@#KucingHappy
Respons korang semua akan dimasukkan ke dalam mangkuk ini. Nantikan videonya esok di mana kucing happy akan menjawab wish korang. Jom tengok siapa yang kena!
 hantarkan lagi wish anda di Facebook, Twitter dan Instagram, atau layari www.bsn40tahun.com.my.
Hemmm.. patutlah BSN ligat buat survey sebelum ni.. ruap-rupanya.. diorang nak buat segmen macam ni.. hehehehe.. boleh menghepi kan diri tengok Video #KucingHappy ni menunaikan hasrat orang.. hihihi.. walaupun hanya gurauan.. tetapi atleast hilang stress tengok video ni..TAPI BILA BACA YANG NI MACAM REAL JE.. KLIK hemmm...  

hihihihi.. So.. kalau korang pun nak join, dan tengok apa pula kata KucingHappy tentang wish korang tu.. haaa.. 


Hantarkan Impian korang di ---> BSN 40 Years

Page Facebook BSN ---> BANK SIMPANAN NASIONAL


Untuk dapatkan happy setiap hari, 


layari www.bsn40tahun.com.my‪#‎bsn40tahun‬ #JomHappy 


*Tertakluk pada terma dan syarat



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Rabu, 4 Mac 2015

SEMUA MAKHLUK TIADA BEZA DISISI ALLAH ...

Semua makhluk tiada beza disisi Allah.. Manusia je suka dan sengaja membeza-bezakan.. cantik atau tidak, sihat atau tidak, baka baik atau cuma kucen kampung sahaja.. jangan menilai begitu..

Sakit hati tengok gambar atas ni.. walaupun ia cuma lakaran kartun.. 

Selasa, 3 Mac 2015

KUCING ADA SEJADAH SENDIRI

Gambar ini dikongsikan oleh tuanpunya FB bernama Muhammad Fadhli Fadhli di Group KUCING PARSI DAN BAKA DLH: PORTAL JUAL BELI .. Sangat-sangat comel kucen ni punya perangai.. rasa nak babap aje kan.. hehehe.. tapi nak dengo jugak apa komen korang.. sila komen yea.. =)
Kata tuanpunya kucen, kucen ni taknak berganjak dan mula menggangu selagi tak dapat sejadah untuk dirinya sendiri.. hemmm.. kadang teman pun pelik kenapa kucen duduk kat sejadah yang kita guna untuk solat tu ye? kucen-kucen teman pun macam tu gak.. kadang siap duduk depan kita.. dengan buat muka comel dan innocent tu.. adoi.. 
Sape ada kucen macam ni? meh komen sini.. citer sikit apa reaksi nakal kucen korang bila dapat tengok sejadah.. huhuhu.. 

Jumaat, 27 Februari 2015

FLUTD SIRI 2 - KENCING TAK LAWAS/BATU KARANG

BACA SINI --> FLUTD SIRI 1

Cystitis ~~ Feline Interstitial Cystitis (FIC)
Bismillah…Assalamulaikum warga Pencinta Kucing sekalian. Bertemu kembali kita di nota seterusnya. Hari ini, misi nak huraikan sedikit topic berkenaan FLUTD siri 2. Kelas kann ade siri satu dan dua….hahah. Siri pertama tempoh hari, misi dah terangkan sedikit tentang Calculi aka Batu Karang kan! Hari ni…Cystitis pulekkkkk. Selamat mengulang kaji uols.. #fliparmpithair

Misiii… Feline Interstitial tu apa?
Haaaaa…sebenarnya Cyctitis ni merupakan pembengkakan pada pundi kending yang mengakibatkan gangguan pada system perkumuhan sekaligus mengakibatkan jangkitan. Beza antara FLUTD 1 = Calculi dan FLUTD 2 = Cystitis ni simple sahaja. Rujuk jadual dibawah ya.


FLUTD 1 : CALCULI/BT. KARANG
FLUTD 2 : CYSTITIS

Jantina % DIJANGKITI Batu Karang (FLUTD1)                      % DIJANGKITI Cystitis (FLUTD 2)
JANTAN 70% 30%
BETINA 30% 70%


Simple kan…kalau mengikut kajian, peratus serangan Batu Karangn cenderung kearah si jantan manakala cystitis pula lebih cenderung menyerang betina. Kenapa? Kerana salur kencing si jantan jauh lebih panjang dari betina. Hehehe..

Ayo Misi…bagi iols blur jew.. Ape symptom-simptom Feline Interstitial Cystitis ni?

Simptom-simptom penyakit ni adalah :

Posisi Kencing

  • Percubaan untuk kencing yang sangat kerap
  • Meneran sewaktu Qada Hajat
  • Kencing di tempat-tempat yang tidak sepatutnya – bukan di litter box.
  • Membuat bunyi bising sewaktu kencing…sakit oooooooo
  • Kecing yang berserta darah
Kerap jilat anu dia.. (sorry agak kurang sopan gambo ni)

Haaaa…kalau Nampak tanda-tanda mcm ni kat kucing korang tu…bersedialah yerr..cepat2 bawak ke Klinik Veterinar tauu..
 
Pundi Kencing yang membengkak!

Aisehmannnn…takot la Misi…cer bagi tau ape punca terjadi Cystitis ni ek?

Haaaaa…nama pun jangkitan pada pundi kencing. Biasanya berpunca dari :
  1. Stress. Akibat dari perangai yang suka tahan kencing.
  2. Jangkitan bakteria dari salur salur kencing naik ke pundi kencing- kotak pasir yang kotor!!!
  3. Jangkitan Virus (FeLV – Feline Leukemia Virus)
  4. Hormon yang tidak stabil – berpunca dr masalah Diabetes atau Tiroid.

Amat penting untuk korang bawa kucing korang ke Klinik untuk pemeriksaan berkala. Bukan apa, kalau la kata mereka ada masalah kesihatan, Vet akan cadangkan kaedah rawatan awal supaya mampu membendung masalah lebih besar yang mungkin terjadi akan dating. Pemeriksaan fizikal di sesetengah klinik (termasuk la Klinik kami free jahhh)

Amboi…kelas kau misi…sempat promot. Dah..jangan merapu lagi…cer bagitau mcm mana nak diagnosi penyakit ni cepat…

Ahahaha…kesian korang kene baca repekan misi sebelum dapat info kan! Nasib la labuuuuuuuuuuuu…dah misi korang ni perangai mcam Sailormoon..nak acaner kann..haha.
Well, diagnosis untuk FIC ni bergantung pada  symptom yang ditunjukkan. Seperti yang dimaklumkan, FIC ni masalah yang hamper sama symptom dengan Batu Karang! Jadii..
  • Vet akan kenalpasti jangkitan berdasarkan History atau Sejarah kesihatan yang dimaklumkan oleh tuan mereka dan meraba bahagian pundi kencing si comel. Apabila symptom FIC dimaklumkan/dikenalpasti :
  • Vet akan cadangkan X-ray yang merupakan salah satu kaedah yang Klinik gunakan untuk kenalpasti jenis jangkitan yang berlaku didalam pundi kencing.
  • Ujian air kencing…biasanya digunakan untuk memeriksa kandungan protin..darah dan apa-apa sahaja yang abnormal didalam nya.
  • Kaedah terbaik untuk kenalpasti FIC adalah dengan kaedah Ultrasound.
I see…mcm tu ek misi…mcm mana pulak dengan rawatan nya?

Biasanya, kalau si comel memang dah disahkan oleh Vet menghidap Cystitis ni…mereka akan berikan rawatan yang sewajarnya. Bersesuaian dengan masalah yang dihadapi..
Vet Juga akan mencadangkan kaedah pemakanan yang bersesuaian bagi mengawal jangkitan di dalam pundi kencing dia.

Kaedah rawatan = Tidak dapat didedahkan kerana itu merupakan prosedur Klinikal.


Fine…prosedur la sangat ya Misi…ko takut kene report kan! Hahaha…dah..cepat ajar kaedah mencegah!!!

Hahahaha…sendiri mau faham la ya…well…kaedah pencegahan yang boleh diaplikasikan di rumah sangat lah mudah ya.
  1. Pengurusan Kotak Tandas – Ko rasa??? hahaha 
  • Kalau korang ade 4 juta ekor kucing dalam rumah…korang letak satu je kotak pasir tandas tu…cukup ke? Hahaha… Nisbahkan la jumlah si comel korang dengan kotak pasir yang patut ek. Sbg contoh…empat ekor kucing…korang sediakanlah 2 box untuk mereka poo dalam tu…sebab mesti ade antara mereka yg x suka berkongsi tandas…kang ditahan kencing terus jadi masalah pulekkkk..
  • SIZE DOES MATTER! HAHAHA..korang ingat korang je suka yang besar2? Kucing pun occay! Make sure saiz kotak pasir tu sesuai dengan saiz kucing korang… jangan la pulak kucing sebesar lori, kotak pasir sebesar mangkuk lengkong (agar-agar)!!!
  • Pastikan kotak pasir mereka tidak terlalu tinggi. Anak kucing kan kecik, kalau kotak besar acaner dia nak panjat kan…kand dia dok tahan kencing…dah masalah…
  • Pasir yang digunakan sebaiknya bebas habuk dan bau.. korang memang la suka pasir yang bau lavender lah…lemon lah…grilled steak bbq lah…ehh…lapar laa… tapi kucing x suka ya. Bau yang terlalu kuat mengakibatkan ketidak selesaan pada mereka.
  • Kerap cuci bekas pasir mereka ekk… Kekerapan yg terbaik sehari tiga kali…pagi, Tengah hari dan malam…bagi yang bekerja smpi x Nampak matahari tu…dua kali pun voleyyyy….
  • Letakkan Kotak pasir di lokasi yang mudah untuk mereka membuang dan pastikan tidak berdekatan dengan kawasan tempias hujan, atau berdekatan dengan objek yang mereka takut!
Haaaaa…mudah. Tu utk pengurusan kebersihan tandas. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyediakan bekas air dalam jumlah yang mencukupi. Dan sediakan mainan atau kawasan khas untuk mereka bermain bagi tujuan mengurangkan stress.  

Haa..sedikit sebanyak tentang masalah Jangkitan dalam Pundi Kecing yang kedua. Rujuk dan fahamkan ekk..kalau tak faham…bleh jew call/inbox weols ekkkkk

Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN
DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.



Nota ini disediakan oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036

FB : Helo Vet Disini   

FLUTD SIRI 1 – CALCULI / BATU KARANG

Posisi yg boleh digunakan utk kenalpasti jangkitan FLUTD

MASALAH SALURAN KENCING (Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD) atau BATU KARANG!

Disebabkan teman punya kucen pun dah hadapi masalah ini.. so, teman terpaksa mengkaji punca-punca penyebab Butang dapat FLUTD tu.. dan inilah info paling teman suka bca..

Uikk.. sebelum korang baca habis.. teman nak gitau.. entri ni bukan teman yang tulis tau.. teman just share dari FB aje.. leh klik kat bawah kalau nak baca macam2 nota lagi.. best gaya penyampaian Misi Gojes.. teman suka baca.. senang faham wehh.. apa-apa pun.. jom baca sama-sama..

Bismillahirrahmanirrahi…Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…apa khabar anak-anak sekalian? Hari ini, misi nak sharekan sikit info berkenaan masalah yang biasa terjadi di kalangan kucing jantan…seperti tajuk yang misi highlightkan di atas iaitu FLUTD aka Batu Karang! Bukan terumbu karang yang cantik dan berwarna warni di pulau SIPADAN tu ya anak-anak…tappiiiiiiiiii…BATU KARANG yang sangkut dalam saluran pundi kencing kucing kita!!!. Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…” Gitteww!

Haaa…si comel kite merupakan sebahagian dari ahli keluarga kita…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yg berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing tu membuatkan kite senyum x cukup pipi ye. Mahal kan…well good food for good health!

Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].

Pekejadahnya CALCULI niii??
Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu (STRUVITE) terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan iritasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Bayangkan kalo saluran kencing korang yang tersumbat kan! Bengkak ala-ala ikan buntal! Hikss…

APA SIMPTOM-SIMPTOM FLUTD- CALCULI NI? Sila rujuk dibawah yer…
  1. Kepayahan membuang air kecil
  2. Kerap buang air kecil
  3. Air kencing bercampur darah
  4. Kurang selera makan
  5. Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
  6. Dehidrasi  dan muntah-muntah [tahap kronik]
Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbezaaa..

APA PUNCA NYA?
1.    Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.
2.    Kurangnya minum air.


Pakcik Kayo!! 
GITTEW…ACANER PULAK DARI SEGI RAWATAN?
Kalau le kata kucing korang terkena penyakit ni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. 
“catheter”Instriument yg digunakan sewaktu Surgery.
Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkinan berlaku semula (berulang) itu ada. Kene ikut etika penjagaan di rumah yang vet ajarkan sewaktu discaj! Senang kata…prosedur “surgery” utk rawatan batu karang ni agak kompleks dan berisiko…
Batu Karang

PENCEGAHAN
Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya. Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya.. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.

Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. Betul tak?
Sedikit Tips pembelian makanan. Memang la jenama Science Plan dan Royal Canin agak mahal di pasaran…trick mereka mudah sahaja…makin besar pek makanan yang dijual…makin murah harganya…xde la murah sangat tapi pada misi berbaloi la harga dengan jumlah pengambilan sehari dan bekalan nutrisi yang dibekalkan.

Semoga nota ini bermanfaat buat semua… Insyaallah. daaaaaaaaaaa


Nota ini disediakan oleh :
Misi Gojes.. 
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
0176598036

FB : Helo Vet Disini   

Rabu, 25 Februari 2015

KURM500 HHP Cat Show, Centro Mall, Klang.



KURM500 HHP Cat Show, Centro Mall, Klang.
Sebanyak 131 rosette menjadi rebutan

Antara kategori yang dipertandingkan : 

Prejudging Stage :

RING 1
Best Longhair
Male - 10 terbaik
Female - 10 terbaik
Kitten - 10 terbaik

Best Shorthair
Male - 10 terbaik
Female - 10 terbaik
Kitten - 10 terbaik

RING 2
Best Longhair
Male - 10 terbaik
Female - 10 terbaik
Kitten - 10 terbaik

Best Shorthair
Male - 10 terbaik
Female - 10 terbaik
Kitten - 10 terbaik

Best in Category Stage :

Best Longhair
Male - 1 terbaik
Female - 1 terbaik
Kitten - 1 terbaik

Best Shorthair
Male - 1 terbaik
Female - 1 terbaik
Kitten - 1 terbaik

Best Overall Stage :
Best Longhair - 1 terbaik
Best Shorthair -1 terbaik
Best Kitten - 1 terbaik

Best in Show Stage:
Reserved Best in Show - 1 terbaik
Best in Show - 1 terbaik

Selasa, 9 Disember 2014

Rumah Baru Untuk Si Comel | Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS

Alalalala .. Comelnya kucen tu dengan dog tu kan.. hee.. ops.. itu bukan butang yea.. | Haa.. mereka ni happy sebab dengo citer nak dapat umah baru.. Mereka dah bersedia untuk berpindah ke rumah baru mereka . Apa yang mereka perlukan sekarang adalah beberapa dana untuk membantu mereka membina semula tempat tinggal baru mereka di tanah baru . Sumbangan dan sokongan berterusan sangat dihargai. Kawan-kawan, mari kita membantu mereka ? :)

PAWS ( Paws Haiwan Persatuan Kebajikan ) telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh sekumpulan kecil sukarelawan tempatan dan ekspatriat.

PAWS telah destinasi terakhir untuk Piatu bulat -up dari kawasan-kawasan perumahan dan jalan-jalan setiap hari . Setelah dibawa ke tempat perlindungan , Piatu berdiri peluang mendapat homed semula , yang cedera menyusui kembali, mumia dengan tandu diasingkan dan ya, sangat sakit atau cedera , euthanised .

PAWS telah dibina pada patch tanah yang dimiliki oleh Sime Plantations di Subang Jalan Lapangan Terbang . Kumpulan berbeza bangsal dan halaman yang masih berdiri hari ini dan pada masa ini kira-kira 400 rumah kucing dan anjing .

Dan berita baik adalah, MB Azmin telah mengarahkan Pejabat Tanah Daerah untuk bekerja dengan Sime Darby untuk mengenal pasti tanah alternatif bagi mereka untuk berpindah ke !

Kini mereka perlu mengumpul dana untuk penempatan semula dan akhirnya pembinaan semula tempat tinggal di tanah yang baru apabila ia telah dikenal pasti !

Mari kita membantu dan menyokong untuk mengumpul dana bagi peristiwa besar ini untuk PAWS menyebarkan pesanan ini keluar dan memberikan mereka sumbangan untuk membina rumah baru mereka .

A kesinambungan sokongan dan bantuan daripada orang awam sentiasa diperlukan di PAWS . Bantuan anda akan membawa perubahan kepada mereka . Mari kita membantu ! :)

Untuk lebih maklumat , sila layari 

Ahad, 9 November 2014

KASIH SAYANG HAIWAN BERNAMA KUCING

Biar Gambar Terus Berbicara.....Citer ni dah lama dah.. bulan July hari tu.. Tapi teman nak share jugak kat sini.. story.dari Group DKG....Dah 2 3 bulan ni ada sekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing2 saya. Tak tau samada dia bertuan atau tidak.Saya panggil dia Sandy. manja tp tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam.

Tapi subuh tadi saya nampak sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk disebelahnya..Saya perhati kenapa sandy tak bergerak?. Rupanya sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk menjaga sandy berjam2 sampai la saya tanam sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar2 ini.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers