Isnin, 13 Januari 2014

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

Sabtu, 11 Januari 2014

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Kenapa Kucing Makan Rumput? Ketahuinya sekarang..


Kucing adalah haiwan yang pembersih. Tentu sekali anda pernah lihat kucing anda menjilat bulu mereka setiap hari. Seperti yang anda ketahui, kucing mempunyai lidah seperti sikat yang halus, jika kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidah kucing dan akan terus ditelan.

Bulu yang terus ditelan tersebut tidak akan dicerna atau dihadam oleh perut kucing, jadi saban hari bulu tersebut menjadi gumpalan ataupun lebih dikenali sebagai "hairball".

Gumpalan bulu yang tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera.

-- Bagaimana cara untuk mengeluarkan gumpalan bulu tersebut? --

Jangan risau, kucing semestinya tahu bagaimana untuk mengeluarkan gumpalan tersebut secara semulajadi. Mengikut pemerhatian di seluruh dunia, kucing akan memilih Rumput sebagai ejen untuk memuntahkan gumpalan bulu tersebut.
Ya! ,memuntahkan semula adalah satu-satunya cara untuk mengawal atau membuang gumpalan tersebut. Kucing akan makan rumput dan akan memuntahkan gumpalan bulu bersama-sama rumput yang dimakan.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai dan salad itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan / tumbuhan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.

TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

Terdapat banyak kes yang menyedihkan mengatakan kucing mereka mati akibat diracun orang, kepada yang terlibat, kami meminta maaf atas apa yang terjadi kepada kucing anda, tetapi mungkin anda perlu berfikir dua tiga kali kenapa kucing anda seakan diracun orang. Mungkin kerana racun rumpai yang tidak disengajakan ataupun pokok/rumput yang beracun. Jadi, berhati-hati.

--- Memilih rumput organik --
Pet Grass™ dari Green Growers Ent. (http://tinyurl.com/mypetgrass ) ini adalah satu alternatif rumput yang selamat, organik dan semulajadi. Boleh ditanam di apartmen dan tempat-tempat yang sempit tanpa memerlukan ruang yang banyak.

Produk Pet Grass™ Self Grow Kit adalah produk yang mesra pengguna. Anda tidak perlu bersusah payah untuk membeli tanah, bekas dan juga masa. Pakej Self Grow Kit lengkap dengan biji benih, media tanaman organik, bekas penanaman, dan cara-cara penanaman. Anda hanya perlu sediakan air dan juga sedikit pencahayaan.

Pet Grass™ dari Green Growers Ent. cuma memerlukan SEMINGGU untuk tumbuh, ya! seminggu sahaja diperlukan dan haiwan peliharaan anda boleh menikmatinya.
Pet Grass™ bukan sahaja terhad kepada kucing, malah kepada ARNAB, HAMSTER, GUINEA PIG, ANJING, PARROT, IGUANA, REPTILIA & LAIN-LAIN.

Pet Grass™ merupakan biji benih yang diimport dari Australia, 100% Organik dan juga biji benih yang terbaik. Senang tumbuh malah tahan lama apabila sudah ditanam.
hihihihi.. Amboi, pandai dia remind Mama dia bila Pet Grass dah layu ye... 

Untuk pembelian ataupun pertanyaan boleh lawat ke laman :

Atau boleh terus ke cara-cara pembelian di :http://tinyurl.com/petgrassbuy

Jumaat, 10 Januari 2014

PERTANDINGAN KUCING ANTARABANGSA KKM / SACC MALL 2014 VENUE : SACC SHOPPING MALL , SHAH ALAM

Hallo2.. para pencinta kucen.. heeee.. jom kita gi tengok kucen nak?? haa.. ni teman baru dapat tau dari hubby miaw teman, dia kata Esok dengan hari Ahad ni ada pertandingan kucen.. hehehehe.. teman pun memang nak ke Shah Alam esok, bermandi-mandi dekat... adalah! ha3.. pastu leh lea ngajak deme gi tengok kucen lak pastu.. mesti bestt giler!! dah lama nak tengok pertandingan kucen ni, hope dapat lea tengok esok! korang nak pi tak? jom jom! kita jumpa disanaaa.. heee.. 

Tujuan teman nak gi ni pun sebab nak beli Pet Grass, teman sebenonya dah lama carii Pet Grass tu.. untuk si bulus teman yang dua ekor tu.. Butang n Oyen.. so.. inilah peluangnya.. dapat harga murah esok.. ada offer... tapi kena booking kata deme.. apa2 pun.. jom baca info bawah ni jomm..

PERTANDINGAN KUCING ANTARABANGSA KKM / SACC MALL 2014
VENUE : SACC SHOPPING MALL , SHAH ALAM


DATE : 11 & 12 JANUARY 2014 (SABTU & AHAD)


Kunjungi booth Pet Grass (Malaysia) dan dapatkan Produk Pet Grass pada harga promosi..!

Fresh Grass @ RM5/pot (stok terhad 150 pot)
Pet Grass Self Grow Kit @ RM10/pcs (RRP:RM11.50)

Fresh Grass adalah terhad! , kepada sesiapa yang ingin booking dan ambil di booth 
PET GRASS MSIA
sila PM PET GRASS MSIA sekarang (Booking minima 2pcs) 


=== SABTU, 11 JAN 2014 ===

KENDURI MAKANAN KUCING “BRIT”
*Bermula dari jam 12.00 petang - 3.00 petang
* Semua Kucing di jemput ke majlis kenduri makanan kucing & 
boleh bawa seberapa banyak kucing yang anda suka .
* dan ada lucky draw untuk setiap peserta
* Percuma - Tidak ada sebarang bayaran .

PAMERAN KUCING CANTIK

Bermula dari jam 9.30 pagi – 6.00 petang (Sabtu)
* Setiap kucing yang mengambil bahagIan dalam pameran ini akan dibayar sebanyak RM10.00
* Hanya yang telah mendaftar saja akan diterima untuk menyertai pemeran ini .
* Sila daftar dengan kadar segera kerana tempat sangat terhad
* Untuk pendaftaran pameran sila call , En Habbil , 013 698 1978.

Pertandingan sampingan 
- Pertandingan meniru suara dan aksi kucing (dewasa dan kanak2)

PAMERAN BOOTH :
- Passport Kucing dari Jab. Veterina Malaysia, Penjualan makanan kucing, ,
Penjualan barangan keperluan kucing, ubat-ubatan kucing, rumah kucing , dan lain lain.
- Pemberian Kucing Angkat /cat adoption

#####################

PERTANDINGAN KUCING ANTARABANGSA KKM / SACC MALL 2014
AHAD – 12 JAN 2014 ,
BERMULA DARI JAM 9.30 PAGI - 6.00 PETANG


Pertandingan sampingan 

- menghias sangkar kuicng (boleh bawa sangkar sendiri atau guna sangkar yang kkm sediakan)
- Pertandingan Fashion Show kucing.
- Pertandingan meniru suara dan aksi kucing (dewasa dan kanak2)

PAMERAN BOOTH
- Passport Kucing dari Jab. Veterina Malaysia, Penjualan makanan kucing, Penjualan barangan keperluan kucing, ubat-ubatan kucing, rumah kucing , dan lain lain.
- Pemberian Kucing Angkat /cat adoption

waktu show :
10.00 pagi - 6.00 petang

Khamis, 9 Januari 2014

KUCING BERNAMA ZAZA MENCURI

Entri lebih kurang sama--->CAT BURGLAR
Ha2.. macam2 kan! kalau kucen tu pandai curik duit acane lak? aiyoo.. kang tuan dia plak dituduh berniat nak mencuri guna kucen kan? hahaha.. lupa lak, ada satu lagi kucen yang punya perangai yang sama camni, nama dia ZAZA.. hik3.. 

sebut jea ZAZA, teman dah terbayang muka rakan blogger teman cik ZAZA IMAN.. hi3.. apa2 pun.. jom nengok apa menda lak yang dicuri oleh ZAZA ni.. hik3.. eh, bukan ZAZA IMAN tau, ZAZA kucen tau.. kucen tu yang mencuri, bukan ZAZA yea! hik3.. moh baca, citer ni baru lagi.. 2014 punya citer.. ha2.. kelakar pun ada, cumey pun ada muka si kucen bernama ZAZA tu.. jom tengok!
Inilah Zaza yang teman citer tadi.. ha2.. muka kesian kan?
Misteri kehilangan patung di sebuah rumah akhirnya terbongkar apabila Ayliffe dan Wicks mendapati kucing mereka bernama Zaza telah membawa pulang beberapa patung mainan selepas mencurinya di rumah jiran.

Perbuatan Zaza itu terbongkar apabila Zaza dilihat mengigit donut gergasi mainan. Kesemua mainan itu di bawa pulang oleh Zaza yang berusia lima tahun dengan cara mengheretnya.

Akhirnya Ayliffe dan Wicks berpindah ke rumah flat sekaligus dapat mengelakkan Zaza mencuri lagi.
Barang Mainan yang dicuri.. alahai.. semua toys untuk girl ni.. hik3
Zaza bersama Toys2 yang dicuri.. comel lea zaza ni.. mcm ZAZA iman.. hik3

Kucing Bernama Dusty Ditangkap Mencuri Bra & 600 Barangan Lain..

Kucen Comel ini bernama Dusty

California 2011- Seekor kucing akhirnya dikesan sedang melakukan tindakan pencurian. Kucing tersebut dianggap bertanggung jawab atas kejahatan pencurian tersebut selama tiga tahun ke atas lebih 600 barangan.

Selama ini warga California bertanya-tanya siapa yang mencuri pakaian, patung beruang serta beberapa barang kecil yang terus menerus hilang. Namun pertanyaan itu akhirnya terjawab ketika seekor kucing bernama Dusty selalu kembali ke rumahnya dengan barangan milik orang lain.Tertangkapnya Dusty hasil kamera khas di malam hari. Kamera itu berhasil merakam aksi kucing pencuri itu saat ia sedang menjalankan kerja pencuriannya.
Pemilik kucing itu Jean Chu dan Jim Coleman mengaku binatang peliharaannya selalu membawa 11 barang berbeza dalam satu malam.
"Dia terus membawa tuala mandi, sarung tangan, kasut, alas kaki, mainan dan masih banyak lagi," ungkap Chu..
Sejumlah lebih dari 600 barang yang hilang dari sekitar lingkungan tempat kucing itu tinggal. Para tetangga mengatakan kucing itu suka mengambil pakaian mandi dan kucing nakal tersebut bahkan tertangkap kamera dengan sarung bra di mulutnya.


nak tengok Video? klik--->  CAT BURGLAR

Selasa, 7 Januari 2014

KUCING SHARIFAH SHAHIDAH MENJUARAI PERTANDINGAN KUCING DI SACC MALL, SHAH ALAM

SHARIFAH Shahidah Syed Abdul Rahman dan Ahmad Shafiq Mohd. Arif bersama Kanang Anak Langkau dalam Karnival dan Pertandingan Kucing Antarabangsa yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

SHAH ALAM 7 Jan. - Kanang Anak Langkau menumpaskan 80 pesaingnya apabila dinobatkan sebagai Best in Show dalam Karnival dan Pertandingan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall di sini semalam.

Pemiliknya, Sharifah Shahidah Syed Abdul Rahman, 28, berkata, selain mempunyai bulu yang panjang, Kanang Anak Langkau merupakan kucing jenis maine coon yang kuat, bijak dan manja.

Sharifah Shahidah berkata, suaminya, Ahmad Shafiq Mohd. Arif sering membantunya dalam menjaga kucing pertamanya itu yang kini telah berusia setahun dua bulan.

"Bagi saya penjagaan haiwan peliharaan seperti kucing bukan sahaja ditekankan dalam soal pemakanan dan penjagaan kesihatan sebaliknya perkara paling penting ialah kita sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada mereka.

"Walaupun saiz Kanang Anak Langkau besar dan mempunyai berat kira-kira 6.8 kilogram, kucing tersebut senang dijaga dan jinak. Kami tidak kisah jika perlu membelanjakan sehingga RM1,200 sebulan untuk memenuhi keperluan penjagaan Kanang," katanya yang merancang membuka kedai haiwan peliharaan dalam tempoh terdekat ini.

Selain dinobatkan sebagai Best in Show, Kanang Anak Langkau turut memenangi kategori Best Semi Longhair dalam pertandingan tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid berkata, selain mengumpulkan para peminat kucing di seluruh negeri ini, pihaknya turut menganjurkan seminar berkaitan kucing kepada para peserta.

"Tahun ini, sebanyak 60 peserta yang berdaftar dan mempertandingkan 160 ekor kucing termasuk 80 ekor kucing belaan yang telah berdaftar dengan KKM. Selebihnya adalah anak kucing dan kucing yang belum berdaftar dengan mana-mana kelab," katanya.

Sumber : Utusan Online 

KUCING SHARIFAH SHAHIDAH JADI JUARA

SHARIFAH Shahidah Syed Abdul Rahman dan Ahmad Shafiq Mohd. Arif bersama Kanang Anak Langkau dalam Karnival dan Pertandingan Kucing Antarabangsa yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

SHAH ALAM 7 Jan. - Kanang Anak Langkau menumpaskan 80 pesaingnya apabila dinobatkan sebagai Best in Show dalam Karnival dan Pertandingan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall di sini semalam.

Pemiliknya, Sharifah Shahidah Syed Abdul Rahman, 28, berkata, selain mempunyai bulu yang panjang, Kanang Anak Langkau merupakan kucing jenis maine coon yang kuat, bijak dan manja.

Sharifah Shahidah berkata, suaminya, Ahmad Shafiq Mohd. Arif sering membantunya dalam menjaga kucing pertamanya itu yang kini telah berusia setahun dua bulan.

"Bagi saya penjagaan haiwan peliharaan seperti kucing bukan sahaja ditekankan dalam soal pemakanan dan penjagaan kesihatan sebaliknya perkara paling penting ialah kita sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada mereka.

"Walaupun saiz Kanang Anak Langkau besar dan mempunyai berat kira-kira 6.8 kilogram, kucing tersebut senang dijaga dan jinak. Kami tidak kisah jika perlu membelanjakan sehingga RM1,200 sebulan untuk memenuhi keperluan penjagaan Kanang," katanya yang merancang membuka kedai haiwan peliharaan dalam tempoh terdekat ini.

Selain dinobatkan sebagai Best in Show, Kanang Anak Langkau turut memenangi kategori Best Semi Longhair dalam pertandingan tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid berkata, selain mengumpulkan para peminat kucing di seluruh negeri ini, pihaknya turut menganjurkan seminar berkaitan kucing kepada para peserta.

"Tahun ini, sebanyak 60 peserta yang berdaftar dan mempertandingkan 160 ekor kucing termasuk 80 ekor kucing belaan yang telah berdaftar dengan KKM. Selebihnya adalah anak kucing dan kucing yang belum berdaftar dengan mana-mana kelab," katanya.

Sumber : Utusan Online 

Khamis, 5 Disember 2013

Wordless Wednesday -- diulangiii.. Jangan setting Word Verification.. teman udah Rabunn..


Bagi Blogger baru masih boleh dimaafkan sebab korang taktau.. teman pun dulu taktau.. tapi sib baik ada rakan blogger tolong edjust kan masa tu.. so, buat korang yang tak tau tu.. sila ikut arahan ni yea untuk deactivate kan korang punya word verification tu.. sila lihat bawah...hope ia membantu.. =) gi kat ....

Settings >> Posts n Comments >> Comments >>  Show word verification? >> Pilih NO

Rabu, 4 Disember 2013

KENALI SIKAP KUCING ANDA MELALUI PERGERAKAN EKOR

Haaa.. ini untuk korang yang suka bela kucen tapi masih tak tau sikap kucen korang camne.. haaa.. sebenonya, tengok pada ekor pun kita dah leh mengenali emosi/sikap kucen tauu.. ha2.. contok macam kucen teman si Butang n Oyen tu.. kalau manjaaaa.. time baring tu dihempas2 lembut jea ekor depa, tapi kalau macam kita buat dia geram (geletek2 dia) dia akan hempas ekor dia kuat2.. ha3.. cumey gilerrr.. ! kalau korang nak tahu sikap kucen korang camne.. leh lah buat test.. pastu tengok kat gambo atas ni.. betul x? haaa... kann.. teman paling senang nak tau, time kucen mengamok/marah.. heee.. ekor kembang giler!

Selasa, 3 Disember 2013

KUCING YANG SETIA

Seekor kucing di Italia menunjukkan kesetiannya terhadap sang majikan yang sudah meninggal dunia. Kucing itu tak pernah lupa mengunjungi makam majikannya setiap hari.

Kucing bernama Toldo itu ditinggal majikannya, Lozelli Renzo, yang meninggal pada September tahun lalu di usianya yang ke-71. Toldo dikabarkan mengikuti rombongan pengantar jenazah yang akan memakamkan jasad majikannya itu di sebuah kompleks pemakaman. Sejak saat itu, Toldo pun mulai sering mengunjungi makam majikannya tersebut.

Kucing itu selalu membawa benda-benda ketika mengunjungi makam majikannya. Benda itu antara lain adalah dedaunan, ranting, dan potongan kertas atau plastik. Demikian seperti diberitakan Digital Spy, 
Senin (7/1).

“Ketika saya mengunjungi makam suami saya bersama putri saya, saya melihat ada kumpulan ranting di atas makamnya. Saya bilang ranting itu dibawa Toldo namun putri saya tidak mau mempercayainya,” ujar istri Renzo. “Seringkali orang yang saya temui dalam perjalanan mengatakan bahwa Toldo telah berada di sana sejak pagi,” tambahnya.

Menurut istri Renzo, suaminya memang memiliki hubungan yang sangat dekat dengan Toldo, sehingga ia tidak heran dengan sikap setia yang ditunjukkan oleh kucing berusia 3 tahun itu.

Isnin, 2 Disember 2013

Tribute to Iyo (Hero)

24 NOVEMBER 2013 - HERO MATI KERANA LEUKEMIA
Entri berkaitan Hero-->HERO
Entri ni teman taip khas untuk Iyo, baru hari ni dapat buat entri ni sebab masa terhad nak buat macam2 sampai terlupa tentang entri Iyo yang dah lama tersimpan dalam draft.. masa nak update blog kucen ni baru ternampak draft entri pasal Iyo.. kucen yang sangat tabah.. kucen yang menjadi buah hati ramai pencinta kucen di Malaysia ni, siapa yang tak kenal icon comel Malaysia ini? Hero atau nama manjanya Iyo.. telah diselamatkan oleh penjaganya yang dikenali sebagai Papa Hero (PH), sehingga Iyo kembali sihat dan lincah walaupun cuma berbekalkan 2 kaki sahaja.. manakala yang lagi dua telah dipotong oleh manusia yang tiada perasaaan.. kejamm.. mujur PH ada memberi sinar baru dalam hidup Iyo.. video Iyo sewaktu mula2 teman lihat dulu cukup menyayat hati.. tak sanggup tengok seksanya seekor kucen diperlakukan begitu.. kini Iyo dah pergi buat selama2 nya.. sedih tak terkata.. tak sangka.. kucen yang selalu menjadi bualan hangat di media2 elektronik, di majalah kini telah tiada.. moga Iyo tidur dengan lena disana yea.. we all love u!
Papa Hero bersama Iyo
time ni Iyo dah start taknak minum langsung, Iyo macam dehydration.. 
22 November 2013 Iyo Warded
Iyo tengah rest baru lepas makan dan buang air besar, semuanya normal dan sepatutnya 
seminggu dari tarikh Iyo dalam gambar ni PH kena bawak ke UPM utk pemindahan darah,
 namun tak kesampaian.. Iyo pergi sebelum waktunya.. 
24 November 2013, Iyo atau Abam (panggilan manja dari PH) telah pergi buat selama2 nya..
sedih dan sebaknye bila baca kata2 PH untuk Iyo ni.. 
"Pelukan terakhir dari Ayah utk Iyo..
Ayah akan kenang jasa Iyo sampai bila2..."
Hero The Legend...

Note : Sedar tak sedar airmata mengalir.. teringat pada kucen teman si Mata Beso yang teman 
sayang sangat tu.. huk2.. tiba2 teringat sangat kat dia.. 

Isnin, 11 November 2013

OYEN YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

 oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia kurus sekarang sudah gebuss,
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia comot sekarang sudah cuteee.. ha2..
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu dia manja sekarang dia eksyennn...
 
Oyen yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu suka tido sini, sekarang dah x sukaa..
Heeeeeeeeeeeeee.. saja pagi2 ni teringat nak upload gambo kucen teman yang sekor lagi ni haaa.. yelea.. asik Butang jea jadi pilihan masuk blog teman kan, Oyen takde pun di kasi peluang enterframe.. majok pulak budak tu kang.. hu3.. nah.. sekarang, Oyen pun dah masuk dalam blog teman ni.. puas hati tak Oyen?? ha2..siap buat lagu lak tu.. sebab dulu dia kurus sangat2.. comot..mata berair.. suka beyak n kencing merata.. sampaiiiiilah ke hari ni.. teman x tau nak ngajo camne dah.. degil bebeno dia ni.. tapi nak wat cne.. udah sayang sangat kat dia ni.. redha kan jelea.. cuma kalau nampak dia mula nak mengencing kat mana2, kenalah menjerit sampai cermin pecah kasi dia terkejut.. pastu dengan lipas kudung dia lari kencing kat dalam bekas pasir (Toilet dia) haaa.. pandai lea pulak dia yea.. haishhhhh.. memang menguji kesabaran...
  
yang ni lak si Butang, kucen teman yang palinggg hubby teman sayang.. heee.. pernah berberapa kali cubaan melarikan diri dari umah, pergh.. tercungap2 teman mengejonya.. aduh.. Butang sayang, kat luar tu banyak sangat anjing2 liar, Butang tak tahu lagi apa akan jadi kalau dok luar sana.. tolonglah faham.. hu2.. 

nak tau kisah macam mana start bela Oyen? 
Klik---> OYEN YANG DULU
Klik sini gak ----> OYEN SAKIT
Klik Sini sekali --->MISI MANDI OYEN N BUTANG

Jumaat, 11 Oktober 2013

CIKO DAN KIKI.. KUCEN SIAPAKAH INI.. ?

 CIKO DAN KIKI HEPI DAPAT UMAH BARU.. WEEEEE.... 
Cakkk! haaa..kali ni giliran kucen siapakah jadi pilihan teman untuk di share kat sini? haaaaaa.. he2.. Bubu, Bibi, Koko,Kiko,Cumi,Ciki,Ciko,Dodi,Dudu,Dodo,Tammy,Spoty,Boi Boi.. 
ha2.semua yg teman nyatakan ni adalah nama kucen2 Nekcik  yang ramai tuu.. hu3..teruja nengok gambo kucen cumey2, makanya kali ni teman nak share tentang entri dari Blog Teratak 66 yang dipunyai oleh seorang Pencinta Kucen yang nama panggilan beliau Nekcik .. Masa singgah blog Nekcik teman memang terkejut nengok banyaknya kucen Nekcik.. cumey2 dan gebus2 belaka.. tandanya elok terjaga rapilah tu.. siap buatkan umah special untuk kucen2nya.. memang selesa lea teman nengoknya.. korang nak tengok?? haaa.. jom terjah blog Teratak 66 ni..  jangan lupa baca entri yang ni.. punya banyak kucen Nekcik  !!!

Baca tau.. ---> DIY KITTY'S GARDEN
dan baca ni jugak!--> KELUARGA BUBU
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers